BAB 27

144 14 2
                                    

Sarah lihat sekeliling Aniq, mana tau ada luka mana-mana, risau juga. Tanpa sedar Aniq sudah pandang Sarah dengan lama sekali. Sarah pun berdiri dengan cepat dan menjauhi Aniq beberapa langkah.

Aniq senyum. Senyum la, sudah berbunga-bunga hati, pilihan hati sudah menerima, seronok la dia. Aniq bangun kemudian membersihkan habuk-habuk yang melekat di seluarnya itu.

"Sarah..."

Aniq panggil Sarah dengan lembut aje. Sarah apa lagi terus toleh pandang Aniq yang jauh beberapa langkah itu.

"Kau..I mean, apa yang kau cakap dekat dalam tadi memang jujur ke?"

Eh Aniq tanya lagi. Member tengah merah padam tahan malu boleh tanya lagi. Tak akan Sarah saja nak reka cerita kepada semua orang, tak dapat apa-apa pun kalau bohong.

Sarah mengangguk. Sarah dengan berani mendekati Aniq dengan muka masih kemerahan itu.

"Oke lah. Disebabkan aku taknak kau fikir aku tipu or reka cerita, so aku straight to the point je."

Sarah menarik nafas. Keluarkan sifat malu sekejap, bagi reda jantung dahulu.

"Aniq. Aku suka kau. I really love you and I falling in love with you."

Sarah sudah melepaskan perasaannya terhadap Aniq. Aniq sampai terkaku tak terkata-kata. Dia tenung sahaja Sarah. Lama juga dia tenung sampai Sarah pun terkedu.

Terukir senyuman di bibir Aniq. Merasakan bahagia. Akhirnya gadis yang dia sukai, menyukainya. Tak sia-sia Aniq doa selama ni supaya Sarah suka dia balik. Baru suka belum kahwin lagi. Kalau kahwin ni over dia lagi teruk.

"So.. kau suka aku aku pun suka kau. Then kita berdua.."

"Lover"

Tak sempat Aniq nak cakap Sarah dah cakap dulu. Lover. Akhirnya mereka berdua bersama la kan? Tapi jangan gembira sangat, takut nanti kena tarik.

Aniq tersenyum, tersipu malu. Malu-malu anjing dia dah keluar balik. Sarah pun dah senyum kambing dia sampai ke telinga.

"Ahh, alololo sweet betul kawan aku ni."

Ha suara Kila dah keluar. Mereka ni la yang dari tadi curi-curi dengar perbualan Sarah dan Aniq. Keluar sudah.

"So now, we have new couple."

Ayyan pula bersuara.

"Congrats."

Semua sudah bersuara apa lagi, masuk dalam rumah balik.

Sedang semua gelak ketawa, tiba-tiba panggilan salam disebut oleh seseorang dari luar. Siapa? Tak tau. Siapa aje nak datang malam-malam ni.

Sesorang lelaki berbaju hoodie dan vape tergantung di lehernya. Kedua tangannya di dalam poket sambil melihat Sarah. Sarah terkedu. Terkaku. Mulut bergerak mahu cakap sesuatu tapi entah kenapa suara tidak keluar. Peluh mula keluar. Mata terbeliak melihat jejaka yang berada di depannya. Siapa? Randy.

Randy? Siapa Randy? Randy kawan lamanya dulu. Sebelum dia pindah ke sini dia rapat dengan Randy. Randy, kawan satu-satunya yang selalu dengan Sarah. Menangis, ketawa, bermain, belajar semua sama-sama. Sampai satu hari, Randy luah perasaannya kepada Sarah, sudah pasti Sarah tolak. Di sinilah bermulanya neraka bagi Sarah. Sarah langsung tidak suka kepada Randy. Selepas ditolak Randy berubah. Dia jadi ganas, kaki pukul, kaki buli. Buli? Ya. Buli. Lagi-lagi Sarah. Macam-macam dia buat dekat Sarah sampai Sarah hampir di rogol olehnya.

Masa. Ya. Masa mengalir. Sarah membuat keputusan untuk pindah ke sekolah lain jauh dari sekolah lamanya. Sekolah mana? Ya sekolah yang dia sudah pindah sekarang tapi apa yang dia buat kat sini? Sudah setahun. Tidak. Tak sampai setahun Sarah pindah ke sini, bagaimana Sarah boleh jumpa Randy? Kebetulan? Tak mungkin. Atau dia memang cari Sarah. Tapi bagaimana dia tahu?

"Sarah!"

Aniq mengoncangkan badan Sarah. Sarah terkedu. Berpusing matanya melihat aniq. Aniq sudah cemas dengan perubahan muka Sarah yang kelihatan cuak itu. Aniq jeling melihat Randy yang dari tadi tatap Sarah dari jauh. Aniq sempat memberi pandangan tajam kepada Randy. Tergamam juga Randy sampai tersenyum sinis dia.

"Kenapa?"
Tanya Aniq.

Ini sudah masuk tiga kali Aniq tanya Sarah. Sarah tetap diam tidak memberi apa-apa jawapan. Tangan Sarah bergetar-getar dengan berpeluh lagi.

"Sarah. You can tell me. Trust me. You're not alone. You have me."

Kata Aniq nak memujuk Sarah supaya beritahu sebab dia jadi begitu.

"Randy."

Nama Randy di sebut.

"That guy yang masuk tadi?"

Sarah mengangguk.

"Dia. Dia yang buli aku dekat sekolah lama. I..I... almost...kena...rogol..."

Membahang kemarahan Aniq apabila Sarah kata begitu. Bukan kepada Sarah tapi si sampah Randy tu. Orang dah pergi dia cari balik. Bukannya tak ada orang lain dekat sekolah tu. Ramai lagi perempuan-perempuan hot. Nak juga Sarah yang biasa-biasa ni.

Sarah terus menangis. Tersedu-sedu dia teringat masa-masa lalu yang langsung tidak ingin dia ingat.

"It's okey Sarah. You have me. Aku selalu sebelah kau. I'll protect you."

ASTAGHFIRULLAH!! (COMPLETE)Where stories live. Discover now