BAB 16

148 21 0
                                    

"MORNING SARAH!"

"Morning."

Nusa menolak Kila yang duduk di tepi Sarah kemudian duduk di tempat itu. Kila hampir terguling di atas lantai kerana Nusa menolak Kila. Kila berdiri dan melihat Nusa  dengan mata yang menyeramkan.

Hajar menepuk belakang Kila.
"Sabar, sabar."

"Mana Fadhir?"
Tanya Nusa.

"Kalau kau nak cari pakwe kau pergi la cari jangan la kecoh dalam kelas orang c*bai!"
Tengking Kila.

Nusa menjeling ke arah Kila.

"Kau pahal perempuan?"
Kata Nusa.

Mata mereka berdua berpandangan seperti ada kilat yang menyambar. Sarah cepat-cepat meleraikan pergaduhan yang hampir terjadi itu.

"Sudah! Kalau nak gaduh, gaduh kat luar jangan dalam ni."
Kata Hajar.

Nusa terus memusingkan badannya lalu duduk di atas kerusi bersebelahan Sarah sambil menjeling Kila.

"Sarah, kau gay ke?"
Tanya Nusa.

"Hah!? Kau gila ke?"
Kata Sarah.

"Yelah, semua orang dah ada crush, partner , kau? Sorang pun takde. Tu, si Aniq tu pun kau reject, kau nak lelaki macam mana lagi?"
Bebel Nusa.

"Macam Teahyung bts tu, tak dapat Teahyung pun Eun woo pun oke."
Gurau Sarah.

Mereka berdua ketawa terbahak-bahak, yelah mustahil Sarah dapat orang macam kpop idol tu, kat Malaysia ni mana ada muka macam mereka.

Sedan mereka ketawa, Aniq menghampiri mereka lalu duduk di sebelah Sarah.

"Yow Aniq!"

Aniq tersenyum.

"Korang sabtu ni korang busy tak?"
Tanya Aniq.

"Tak! Kau nak bawa kami holiday ke?"
Nusa excited sudah.

"Haah, actually aku keluar dengan kawan aku tapi cancel sebab hotel pun dah tempah aku nak ajak la Korang, kalau korang free jom kita pergi sana, kat sana pun ada pantai."
Jelas Aniq.

Nusa melompat menepuk tangan tanda setuju begitu juga yang lain tapi Sarah hanya mendiamkan diri dan menunduk, entah apa yang di fikirkan oleh Sarah.

"Aku rasa.. aku tak boleh ikut."
Kata Sarah dengan nada lembut.

"Ala! Kenapa Sarah!?"
Tanya Nusa.

"Aku kan ada kerja, kalau aku tak kerja macam mana aku nak dapat duit."
Sarah menunduk.

"It's okey, aku boleh tolong kalau kau nak pergi."
Kata Aniq sambil tersenyum.

"Okey, terima kasih Aniq."
Kata Sarah sambil tersenyum.

Kila memandang mereka berdua. Dia memikirkan ada yang pelik tentang perlakuan mereka, selalunya Sarah akan menolak mentah-mentah jika Aniq nak menolong Sarah, tapi kali ini dia terima dengan hati yang terbuka, tersenyum lagi! Pelik ni!

Pada waktu rehat, Sarah tidak ke kantin seperti biasa sebab simpan duit kan. Suruh lepak di belakang bangunan sekolah sambil makan keropok yang di bawanya dari rumah. Aniq tiba-tiba sahaja muncul di sebelah Sarah tanpa disedari olehnya.

"Sorang je?"

"Sorang la, ada orang lain ke kat sini?"

Aniq hanya tersenyum. Aniq menyandar ke dinding lalu menutup matanya. Sarah menoleh kemudian menatap muka Aniq.

'handsome jugak Aniq ni. First time tengok muka dia dekat-dekat macam ni.' Kata Sarah dalam hatinya.

Rambut Aniq ditiup angin lalu rambut Aniq menutupi mukanya kerana rambutnya panjang. (Sekolah benarkan rambut panjang). Sarah mendekati Aniq lalu Sarah cuba menyelak rambut Aniq, tiba-tiba sahaja Aniq memegang tangan Sarah.

"Kau nak buat apa?"
Kata Aniq.

Sarah menepis tangan Aniq lalu terus berdiri. Mukanya sudah blushing teruk sampai tak tahu nak lari ke nak stay.

Aniq tersengih melihat Sarah jadi kelam-kabut, bukannya dia marah Sarah pun. Aniq mendekati Sarah lalu menunduk ke arah Sarah. Sarah hanya terkedu kerana malu. Aniq memegang hujung baju lengan Sarah lalu meletakkan tangannya ke atas kepala Aniq.

"Kau boleh pegang rambut aku bila-bila kau nak pegang sebab aku kan kau punya."
Kata Aniq sambil tersenyum sampai ke telinga.

ASTAGHFIRULLAH!! (COMPLETE)Where stories live. Discover now