BAB 19

131 15 0
                                    

"Kau ok tak Sarah, muka Kau pucat betul."
Tegur Fadhir.

Nusa menutup mulut Fadhir sambil menunjukkan tanda 'senyap' kepadanya. Nusa memandang Sarah sekejap kemudian terus manarik selimutnya untuk tidur.

"Pagi-pagi dah tidur."
Kata Fadhir lagi saja cari gaduh dengan kekasihnya.

Nusa hanya membalas dengan menarik rambut dan menamparnya kemudian dia sambung tidur. Aniq yang duduk di hadapan Sarah memandang Sarah dari hadapan tetapi Sarah langsung tidak perasan yang Aniq memandangnya. Aniq mengetuk bahunya Sarah kemudian Sarah pun mendongak kepalanya memandang Aniq.

"Kenapa kau call?"
Tanya Aniq.

Sarah menggeleng.
"Tertekan."
Jawapan simple dan pendek daripada Sarah.

Pelik. Selalunya dia mesti jawab jawapan panjang atau dia marah tapi kali ini berlainan pula. Aniq tidak mahu Sarah berasa tidak selesa jadi dia tidak bertanyakan apa-apa kepada Sarah.

"DAH SAMPAI!"
Jerit Nusa sambil berlari ke pantai tersebut.

"Woi Nusa! Jangan excited sangat, angkat barang ni woi, Kau ingat kau princess?"
Kata Fadhir.

Nusa datang dalam memuncungkan mukanya kemudian mengangkat bag begasinya sahaja. Sedang Fadhir mengangkat begnya Nusa sempat menyepak kaki Fadhir sampaikan dia hampir jatuh. HA HA. Nusa sempat memandang ke belakang kemudian menjeling lidahnya kepada Fadhir.

"Eyy perempuan ni, nasib baik kau awek aku Nusa!"
Jerit Fadhir.

Kila dan Hajar cuma memandang mereka dengan muka yang jijik.(mereka berdua datang sendiri)
Nak sweet, sweet la sorang-sorang, main lari-lari pulak, ingat filem Hindustan ke? Itulah yang Kila fikir sekarang ni.

Sarah pula hanya mengangkat begnya satu persatu, kemudian Aniq merampas beg tersebut.

"Biar aku tolong."

Kalini Sarah biarkan sahaja Aniq tolong. Tiada seribu alasan dah.

Mereka semua memasuki bilik masing-masing dan berehat, malam nanti baru turun sama-sama untuk supper.

Sarah keluar dari biliknya kemudian menatap pantai yang betul-betul berada di depan hostel itu. Kebetulan pula Aniq ambil angin, terserempak pula dengan Sarah. Aniq memakaikan selimut kecilnya kepada Sarah.

"Sejuk Harini, pakai tebal-tebal sikit bila nak keluar."
Kata Aniq.

Sarah tidak menjawab. Dia hanya menarik selimut tersebut dan memeluknya kemudian memandang pantai. Aniq menatap Sarah sambil tersenyum.

"Kenapa kau call aku haritu?"

Sarah terdiam sekejap.

"Sorry, aku down time tu, aku taktau kenapa aku ingat kau so aku call kau, tapi lepas aku call kau aku taktau nak cakap apa kat kau so aku end call. Sor-"

Kata-kata Sarah terhenti apabila dia menoleh kepalanya untuk melihat Aniq, Aniq menatap Sarah sambil tersenyum lebar dan dia sangat dekat dengan Sarah. Sarah menoleh ke depan semula dan terdiam.

"Sarah, pandang aku."
Kata Aniq dengan lembut.

Sarah tidak menolehkan pandangannya langsung dia tetap melihat ke depan. Aniq menuju ke depan Sarah.

"Sarah."
Panggil Aniq dengan nada lembut.

Sarah mendongak kepalanya memandang Aniq dengan mukanya yang merah seperti tomato.

"Are you fall in love with me, Sarah?"
Tanya Aniq dengan lembut.

Tidak sempat Sarah ingin menjawab ada seseorang yang memanggil nama Sarah.

"SITI SARAH!?"
kata orang itu sambil terkejut.

Sarah menoleh kepalanya dan memandang orang tersebut. Riak mukanya terus berubah seperti tidak suka atau 'annoying'.

"Haikal?"
Kata Sarah.

ASTAGHFIRULLAH!! (COMPLETE)Where stories live. Discover now