BAB 4

221 27 0
                                    

"Main truth or dare jom."
Ajak Kila.

Semua tidak mengendahkan ajakan Kila kerana mereka tahu dia akan bertanyakan soalan yang memperlmalukan mereka.

"Woi!!! Aku ajak ni, pekak ke!?!!"

Terkeluar suara lelaki Kila menjerit kerana mereka mengabaikan ajakan Kila.

'pang'. Bunyi tamparan yang kuat diberikan oleh Hajar kepada Kila.

"Woi!! Bet*na apasal kau tampar aku!??"
Jerit Kila kepada Hajar.

Hajar menarik telinganya dengan kuat sehingga merah telinga si Kila ni.

"Sakit bod*h!!"
Kata Kila sambil menampar tangan Hajar.

Hajar menunjukkan mejanya dengan jarinya.

"Kau buta ke set*n, aku nak study pun tak tenang tau sebab kau!"
Jerit Hajar.

"HAHAHAHAH, LEPASTU!?? ADA AKU KIIISAHHH!?"

Mereka bergaduh sesama mereka manakala yang lain hanya mengabaikan mereka sahaja. Sudahlah bergaduh sampai main tarik-tarik rambut pula, akhirnya pergaduhan mereka dileraikan oleh cikgu Hamzah.

Cikgu Hamzah membawa mereka ke bilik guru untuk memberi hukuman ringan kerana cikgu Hamzah tidak suka merotan dan memarahi pelajar, bukan mereka boleh berubah pun, tetap sama juga.

"Cikgu tulis je ke?"

"Iye, 200 kali."

"Cikgu banyak sangat la."
Mengeluh Kila.

"Buat je la pempuan."
Kata Hajar sambil menarik telinga Kila.

"Kalau kamu nak hukuman lain, saya boleh hantar kamu ke pengetua."

Kila terus terdiam dan melakukan hukumannya dengan cepat, iyalah siapa sahaja tidak gerun dengan pengetua sekolah ini, dia sangat garang dan sangat tegas, kalau diberi hukuman mungkin di panggil mak ayah, seram!

"Cikgu kami dah siap."
Kata Kila.

"Sebelum kamu balik kelas, saya nak tanya kamu, kamu rapat kan dengan Sarah?"

Mereka mengangguk.

"Dia okey ke?"

"Okey je cikgu."
Kata Hajar dengan kebingungan.

"Oke tak apa lah kamu boleh kembali ke kelas."

"Terima kasih cikgu."

Mereka tertanya-tanya kenapa cikgu Hamzah bertanya kepada mereka tentang Sarah kerana sebelum ini cikgu Hamzah tidak mengenali Sarah apa lagi cikgu yang lain. Mereka juga sebenarnya perasan Sarah pelik kebelakangan ini. Hari itu bajunya basah, kemudian bekal makanannya hilang, bukunya hilang, banyak sangat perkara yang malang telah menimpa Sarah. Adakah dia di buli!?? Itu adalah persoalan yang pertama terlintas di otak mereka. Tetapi jikalau dia di buli siapa yang membulinya?? Kerana kawan-kawannya sahaja yang mengenali Sarah, senior, junior tak kenal Sarah.

Jadi siapa?

ASTAGHFIRULLAH!! (COMPLETE)Where stories live. Discover now