BAB 31

105 14 0
                                    

"Hajar suka Ayyan!??" Bisik Aniq.

"Ish! Pelan la sikit suara tu. Kantoi la kat Ayyan nanti." Bisik Sarah pula.

"Suka sama suka la ni? Kita tolong dia orang nak?" Aniq memberi idea kepada Sarah.

Sarah dengan lajunya menggeleng.

"Itu masalah dia orang. Lagi pun Hajar tak suka orang sibuk masalah dia. So better jangan masuk campur kalau taknak kena penampar maut dia." Sarah bebel takut dengan Hajar.

Aniq mengangguk. Dia pun taknak kena marah dengan Hajar tu. Dah la garang. Tak friendly langsung. Aniq yang lelaki ni pun takut apa lagi Sarah. Semestinya dia takut kena bebelan Hajar tu. Boleh berdarah telinga tau! Orang pekak yang tak boleh dengar pun boleh bernanah telinga apalagi mereka berdua ni.

Sarah dan Aniq memutuskan untuk membiarkan mereka berdua. Jadi mereka menuju ke halaman rumah Hajar yang luas tu. Dah macam Padang. Sedang mereka berjalan-jalan melihat pemandangan yang Indah ini, Sarah ternampak zoo mini di halaman rumahnya.

"Ya Allah anjing!" Jerit Sarah.

"Anjing aje pun Sarah bukan beruang! Woof woof!" Aniq saja kacau Sarah walaupun dia tau Sarah takut anjing.

Sarah melibas tangannya mengahalau anjing yang tak bergerak itu. Pandai anjing tu, dia tahu Sarah takut anjing jadi duduk situ aje tak bergerak.

"Jangan main-main la Aniq. Aku tak dapat sepak anjing tu aku sepak kau nanti." Marah Sarah.

"Oke, oke. Aku halau ye. Kesian dia." Pujuk Aniq sambil tertawa kecil. Suka dia kacau Sarah tu. Dengan anjing pun takut.

Sarah hanya memuncungkan mulut tanda merajuk. Dah tau dia takut dengan anjing nak lagi kacau dia. Kalau Sarah terpengsan kat situ macam mana? Dia la kena angkat Sarah pergi hospital. Sarah dah la berat.

"Merajuk ke?" Tanya Aniq sambil memandang muka Sarah.

Sarah hanya menoleh ke arah lain. Sarah enggan memandang muka Aniq kerana merajuk dengan Aniq.

"Merajuk la. Kita takut anjing dia bagi anjing. Kalau aku mati sebab takut macam mana? Kahwin pun belum tau." Bebel Sarah . Marah sebab Aniq kacau dia.

"Alololo. Kesian dia. Yelah aku jahat sebab kacau kau. Kalau macam tu kita pergi beli ais-krim eh? Aku belanja." Pujuk Aniq.

Sarah terus menoleh memandang Aniq yang dari tadi memandang Sarah sambil tersenyum. Sarah mengangguk lalu menuju ke kereta Aniq.

"Nak pergi mana tu?" Tanya Aniq.

"Kata nak beli ais-krim?" 

Aniq tersenyum. Aniq terus menuju ke keretanya. Comel aje Sarah ni. Senang nak pujuk dia ni. Guna ais krim aje.

ASTAGHFIRULLAH!! (COMPLETE)Where stories live. Discover now