BAB 18

133 15 0
                                    

"Thanks Aniq"
Ucap Sarah.

Aniq hanya mengangguk sambil tersenyum. Pintu di buka oleh ayah Aniq. Ayah Aniq membetulkan suaranya setelah melihat Sarah.

"Terima kasih Sarah sebab dah selamatkan anak saya."
Kata ayah Aniq.

Sarah hanya mengangguk, lihat muka ayahnya sahaja sudah tau dia tidak ingin melihat Sarah setelah kata-kata kejam yang dikatakan oleh Sarah hari itu. Sarah mengambil motonya dan bergegas pulang.

Sampai di rumah, Sarah terkejut melihat rumah sangat bersepah, pakaian di merata-rata tempat, air tumpah, bau sampah sampai menusuk hidung Sarah. Sarah mengeluh lalu membersihkan rumah. Sarah mengetuk pintu ibunya.

"Mama! Duit sewa rumah mama dah bayar ke belum?"

Sarah bertanya berkali-kali tapi Ibunya hanya diam sambil bermain telefonnya. Sarah merampas telefon tersebut lalu membalingnya dengan kasar. Ibu Sarah berdiri lalu mukanya menunjukkan riak marah.

"Kau dah kenapa betina!? APA MASALAH KAU!?"
Tengking ibu Sarah.

"Adik tanya mama Kan! Mama tak jawab dah kenapa!?"
Sarah juga menengking Ibunya.

"Eyy! Kau cakap dengan siapa sekarang ni! Kau ingat aku kawan kau ke?!"
Kata ibu Sarah sambil menolak kepala Sarah berkali-kali.

Sarah menepis tangan ibunya itu.

"Mama ingat adik kawan mama ke? Adik tau la mama mak adik! Tapi kalau dah mama layan adik macam sampah, adik kena la layan mama macam SAM PAH!"

Kata-kata Sarah itu membuatkan ibu Sarah lagi marah lagi panas, dengan tidak teragak-agak ibu Sarah menampar muka Sarah kemudian menendangnya. Ibu Sarah menjerit-jerit dan memaki Sarah kerana kurang ajar terhadapnya, tapi betul juga buat apa cakap baik-baik bukan dia dengar pun.

Muka Sarah bengkak dan tangan Sarah lebam. Sarah duduk di atas katil sambil termenung melihat sinaran bulan. Sedang bulan bersinar terang dan Indah, hidupnya sedang dalam kegelapan, entah kenapa tangannya mencapai telefon lalu menelefon Aniq. Aniq menjawab panggilan Sarah tetapi Sarah tidak bercakap apa-apa, dia hanya mendiamkan diri.

"Hello Sarah"
Panggil Aniq sekali lagi.

Sarah terus menutup telefonnya lalu menyandar ke dinding. Tangannya mencapai sehelai kain dan ada jahitan comel berbunga di hujung kain itu, Sarah memeluk kain itu sambil menangis.

Telefon Sarah terus berdering tanpa henti. Sarah hanya melihat telefonnya tapi tiada niat untuk menjawab panggilan telefon itu. Sarah melihat ke luar tingkap sambil memegang kain yang di peluknya tadi. Dia terfikir sejak bila hidupnya menjadi malang sebegini.

Sarah menarik baju lengannya, dia mencapai pisau dan menghalakan ke arah lengannya sambil tangannya bergetar-getar. Sarah berhenti seketika kemudian membaling pisau tersebut dengan kasar. Dia memeluk dirinya sambil menangis sehingga dia tertidur.

ASTAGHFIRULLAH!! (COMPLETE)Where stories live. Discover now