BAB 14

151 17 3
                                    

Pintu kelas di buka dan cikgu Hamzah masuk ke dalam kelas. Semua pelajar memberi salam kepda cikgu Hamzah.

"Oke duduk semua"

Mereka duduk.

"Hari ini cikgu tak akan beri kamu homework sebab cikgu nak kamu rehat. Cikgu-cikgu lain juga tidak akan memberikan kamu homework supaya kamu boleh berehat setelah lama kami guru-guru push kamu. TETAPI jangan sampai lupa yang kamu akan menduduki peperiksaan yang sangat penting pada Bulan September ini."

Semua orang mengangguk dengan muka yang serius padahal dalam hati sudah bersorak.

"Tetapi cikgu banyak menerima laporan yang segelintir pelajar dalam kelas ini selalu bergaduh"

Semua terus memandang Kila dan Hajar.

"Jadi cikgu akan bagi tugasan kepada kamu, selama 4 hari kamu berehat ini kamu perlu membuat laporan tentang kawan semeja kamu. Tulis sahaja apa-apa yang berkaitan dan jumaat ini cikgu nak kamu bentang dan cerita tentang kawan kamu, faham?!"

"Faham cikgu!"

"Itu sahaja dari cikgu, terima kasih, cikgu keluar ni jangan bising."

Setelah cikgu Hamzah keluar, kelas terus bising, bersorak kerana cikgu tidak akan memberikan kerja sekolah.

"Aku nak tulis apa pasal kau Hajar ?"
Tanya Kila.

"Manalah aku tau."
Jawab Hajar.

"Eh, Sarah kau buat laporan pasal siapa? Nisa kan takde."

Sarah tersedar. Dia lupa akan kewujudan Nisa dalam hidupnya. Dia lupa juga yang Nisa duduk di sebelahnya.

"Taktau, maybe aku dikecualikan? So Aku tak perlu buat tugasan, hehe."
Kata Sarah.

Kila melihat sekeliling. Kila mengambil pemadam di atas meja Sarah lalu membalingnya ke arah Aniq, tepat-tepat pemadam itu kena pada kepalanya.

"Aduh!"
Aniq kesakitan, dia mengusap kepalanya dan mengambil pemadam itu. Dia membaca tulisan di atas pemadam itu ada nama Sarah, Aniq terus berpusing ke arah Sarah.

"Oi! Aniq sini kau."
Panggil Kila.

"Kau boleh tak panggil aku dengan sopan sik-"

"Diam."

"Ok. ..."

"Kau buat tugasan dengan sapa?"
Tanya Kila.

"Dengan Ryan la. Ryan kau buat tugasan dengan aku kan?"

"Ha-"

Tidak sempat Ryan menjawab Kila sudah mengeluarkan jari tengahnya kepada Ryan sambil menatapnya seperti ingin menakan Ryan. Ryan terus ketakutan.

"A... Aku dengan Ammar, ha Ammar!"
Kata Ryan sambil menunjuk Ammar.

"Oh ye ke? So aku takde."
Kata Aniq.

Kila menepuk tangannya.

"Baguslah! Sarah tak ada juga, sekarang ambil beg kau duduk sebelah Sarah!"

Tengking Kila.

"Ah?!"
Aniq kebingungan.

"Duduk je la lembap!"

Kila mengambil beg Aniq dan mencampaknya ke atas meja yang bersebelahan dengan Sarah.

"Sekarang korang buat la kerja. Kami berdua tak akan kacau, bye!"

Kila menarik tangan Hajar dan duduk tempat mereka semula.

"Diorang kenapa?"
Tanya Aniq.

Sarah hanya mengangkat bahu.

"Sarah kau kenapa?"

Aniq semakin mendekat ke arah Sarah, jantung Sarah sudah ingin meletup disebabkan Aniq terlalu dekat! Aniq memegang kepala Sarah lalu memusingkan kepala Sarah secara paksa agar Sarah melihat ke arah Aniq.

"Kau kenapa Sar-"

Aniq terkaku seketika ketika dia melihat muka Sarah kemerehan. Aniq mulai sedar yang mereka berdua terlalu dekat lalu dia lepaskan Sarah.

"Sa- Sarah sorry! Aku tak sengaja!"
Kata Aniq.

Sarah mengangguk lalu terus tidur sehingga waktu balik sebab dia terlalu malu untuk melihat muka Aniq. Kalau melihat Aniq lagi Sarah pasti jantungnya akan meledak!

ASTAGHFIRULLAH!! (COMPLETE)Onde histórias criam vida. Descubra agora