BAB 3

246 31 2
                                    

"korang oke tak?"

Nusa dan Nisa hanya mengangguk tanpa berkata apa-apa.  Walaupun begitu, Sarah tahu mereka menyembunyikan sesuatu daripada Sarah tetapi Sarah tidak mahu memperbesarkan masalah jadi dia memilih untuk berdiam diri.

"Sarah."
Fadhir memanggil Sarah.

"Yow."

"Kau free tak petang ni?"
Tanya Fadhir.

Sarah mengangguk.

"Jom petang ni pergi main pubg."

Sarah menggeleng.

"Tak boleh, kalau nak pun kena ada sorang lagi"

Tanpa mereka sedar Aniq sudah mendengar perbualan mereka. Akhirnya Aniq menyertai mereka.

…………

Setelah puas bermain PUBG mereka semua beransur pulang.

"Sarah."
Panggil Aniq.

"Haa, kenapa?"

"Aku teman kau balik la."

Sarah menunjukkan tanda berhenti menggunakan tangannya kemudian mengeluarkan jari telunjuknya dan menggerakkan ke kiri dan kekanan.

"Aniq, lelaki dan perempuan mana boleh berdua-duaan."

"Tapi kita tak berdua-duaan, nampak tak sekarang kita kat public so people see us."

Sarah tidak ada kuderat ingin berbalas bahasa dengan si Aniq ni. Jadi dia biarkan sahaja, lagipon Sarah tidak sedap hati juga jalan sorang-sorang waktu malam ni.

Sesampai sahaja di rumah Sarah, Aniq menarik baju Sarah. Sarah terkejut lalu menepis tangannya. Aniq semestinya terkejut dan cepat- cepat meminta maaf kerana dia tidak sengaja.

"Ada something aku nak bagitau kau sebenarnye."

Sarah mengangguk.

"Aku suka kau."

"Hah?? Oh. HUH!!?"

Terkejut Sarah apabila Aniq tiba-tiba sahaja meluahkan perasaannya kepada dia. Sarah tidak pernah berfikir yang dia akan menyukai sesorang sepertinya.

"Aniq, sorry tapi aku tak ada perasaan dekat kau lagipon aku tak fikir nak couple pun."

"Siapa cakap aku nak couple dengan kau?"

"Huh?" Sarah berasa pelik.

"Aku nak melamar kau. Mestilah kena tunggu kita graduate dulu baru aku boleh lamar kau. Even sekarang ni kau cakap kau tak suka aku tapi aku akan tunggu kau sampai kau suka aku."

Pening kepala Sarah mendengar penjelasannya.

"Aniq, kau sure ke aku jodoh kau?"

Aniq mengangguk sambil tersenyum.

"Yes, even kau bukan jodoh aku, aku akan berdoa sampai kau jadi jodoh aku."

Sarah dan Aniq memandang antara Satu lain. Seribu persoalan terlintas dalam otak Sarah pada masa itu. Dia tidak pasti adakah dia jujur atau tidak. Sarah merasakan Aniq jujur tapi tidak masuk akal langsung jika orang seperti dia menyukai Sarah. Sarah membuat keputusan untuk melupakan apa yang terjadi hari ini dan fokus kepada pelajaran.

ASTAGHFIRULLAH!! (COMPLETE)Where stories live. Discover now