BAB 30

104 12 0
                                    

"Kau nak pegi mana bang?" Tiba-tiba Kila muncul.

"Rumah Aniq. Asal? Kalau kau nak aku tapau makanan kau pergi beli sendiri. Aku malas." Ayyan dah fikir bukan-bukan. Bukan taktau perangai adiknya tu.

"Bukanlah. Kau suka fikir buruk-buruk pasal adik kau. Sampai hati." Nak simpati Kila ni.

"Aku nak tanya kau pasal Hajar." Tambah Kila lagi.

Dah kenapa tanya pasal Hajar dekat Ayyan pulak ni? Nak kata rapat tak berapa rapat pun.

"Asal pulak kau tanya aku?" Tanya Ayyan.

"Yelah. Semalam kau yang hantar dia balik kan? So aku nak tanya kau betul ke hantar dia balik?"

Ayyan mengangguk tanda betul.

"Dah tu, asal dia tak angkat call aku?"

Ayyan terus buat muka. Dah kenapa pulak adik dia ni tanya Ayyan. Ayyan mana la tau. Ayyan tolong hantarkan balik je. Tak ada la nak tolong dia bangun pagi ke, nak tau apa dia buat segala. Ayyan ni bukan bodyguard Hajar.

"Kau ingat aku maid dia ke tau kat mana bagai? " Marah Ayyan. Adik dia ni kadang-kadang bodoh dia orang gila pun kalah.

"Abang! Kau pergi rumah dia. Kau suruh dia  hantar kerja math kat aku. Cepat!." Suruh Kila. Main suruh-suruh macam abang dia tu hamba abdi dia.

"Amboi kau... Kau ingat aku ni hamba abdi kau ke? Ada kaki pergi la sendiri. Jangan menyusahkan aku."

"Kalau macam tu aku bagitau mama yang kau fail Sem 1." Ugut Kila.

"Main ugut-ugut pulak kau. Kalau macam tu aku bagitau mama yang kau buat party semalam." Balas Ayyan.

Kila menghentak kaki. Geram dengan perangai abang dia. Nak suruh tolong pun susah. Tolong adik sendiri bukan orang lain. Betul ke tak dia ni abang aku. Entah-entah mama kutip dalam hutan sebab tu perangai macam babi.

"Eish! Abang benci la macam ni." Marah Kila. Kila terus memuncungkan bibirnya. Merajuk la tu sebab abang dia taknak tolong.

Ayyan mengeluh. Kesian pula adik dia ni. Tolong je lah. Sebagai abang yang paling baik dalam dunia, perlulah bantu adik sendiri apabila kesusahan. Biasalah adik dia kan anak syurga.

"Fine. Aku pergi rumah Hajar. Dah senyap-senyap duduk rumah. Bising dengar suara kau dalam rumah ni."

Kila melompat-lompat kegembiraan. Seronok abang dia nak tolong dia. Tak perlu dia keluar sebab dia nak siapkan homework. Nak SPM kenalah usaha lebih sikit.

"Yey! Sayangggg abang. Thanks!" Kila terus masuk bilik.

Terima kasih sahaja dia bagi. Tidak ada duit ke makanan ke sebagai hadiah terima kasih? Sayang dia mana cukup. Kenalah bagi barang sekali tapi disebabkan dia adiknya dia mengalah.

******

"Assalamualaikum" Salam diberikan oleh Ayyan apabila ternampak Hajar keluar daripada rumahnya.

"Waalaikumusslam. Abang Ayyan. Kenapa datang sini?" Pertanyaan diberikan kepada Ayyan.

"Kila la suruh. Kila suruh Hajar send kerja math kat dia. Dia tak siap lagi."

Hajar mengangguk.

"Oke. Nanti Hajar bagi kat Kila. Hajar busy buat kerja rumah tadi."

Ayyan tersenyum. Dalam hati dah seribu kali puji Hajar tambah dengan nervous lagi. Yelah dah crush depan mata, siapa aje tak nervous.

"Ayyan? Kau buat apa kat sini?" Suara yang agak familiar bertanya.

Ayyan angkat kepala melihat empunya suara itu. Aniq rupanya. Mesti dia datang dengan Sarah. Yelah, Sarah kan tinggal sebumbung dengan Aniq.

"Bro! Aku baru nak pergi rumah kau. Nak bincang pasal perkara tu." Jelas Ayyan.

"Perkara apa?" Kali ni Sarah pula yang muncul. Bertanya tentang perkara mereka tu.

"Adalah. Hal lelaki. Kau mana boleh tau." Kata Ayyan.

Aniq dan Ayyan memandang masing-masing. Sarah melihat mereka berdua, tiba-tiba dia memberi riak muka terkejut sambil menutup mulut dengan tangannyannya.

"Entah-entah, Kau orang berdua, sama-sama..ehhhhh" Sarah dah fikir bukan-bukan.

Aniq dan Ayyan terus ketawa terbahak-bahak. Benda apalah yang di fiikirkan Sarah ni. Jauh betul fikir. Ingat Aniq dengan Ayyan tu gay ke? Kalau Aniq tu gay takkan Aniq suka Sarah. Sarah dah lupa ke yang Aniq tu suka kat dia.

"Mengarut la Kau Sarah. Takkan aku dengan Ayyan. Sarahhhhh.." Aniq dah ketawa sambil bercakap.

"Boleh tahan otak kuning juga eh kau ni Sarah. Muka aje innocent. Otak Kau blue juga eh?" Kata Ayyan pula.

"Geli la aku dengan Ayyan. Euwww" Aniq mengosok-gosok badannya tanda geli.

Sarah melepaskan nafas lega.

"Nasib baik. Melepas Hajar nanti." Kata Sarah.

Hajar terus menampar lengan Sarah sambil menjeling. Sarah tersedar dia dah salah cakap, dia terus menutup mulutnya.

"Oops."

Hajar menepuk dahinya. Macam mana la Sarah ni boleh terlepas cakap. Kantoi la Hajar suka Ayyan. Kalau Kila tau ni mampus Hajar. Dah la budak tu suka cari pasal.

ASTAGHFIRULLAH!! (COMPLETE)Where stories live. Discover now