BAB 6

189 24 0
                                    

Esoknya, Sarah pergi ke sekolah seperti biasa, masuk kelas seperti biasa tapi ada sesuatu yang tidak seperti biasa, iaitu pandangan orang-orang terhadapnay. Dia dapat rasakan yang orang di sekolah memandangnya seperti tidak puas hati.

"SARAH SARAH!!"
Kila berlari ke arah Sarah dengan penuh kerisauan.

"Asal!?"

"Ni- ni kau kan!?? Sarah ni kau kan!!?"

Sarah mengerutkan dahinya. Dia mengambil telefonnya dan membaca post sekolah di Facebook.

'Sarah and Aniq pelajar F5 kelas CEMPAKA-1 in relationship, semalam saya dan kawan saya ternampak mereka berada di dalam kelas berdua-duaan dan berpegangan tangan, this is so funny sebab Sarah ex religion school, what she's doing was too embarassing. Dia selalu tegur itu haram ini haram but dia pun Hippocrates!'

Selepas sahaja membaca post itu Sarah terkejut. Dia tidak menjangka perkara ini akan menjadi lebih teruk. Kalau Aniq bawa terus mereka berdua ke bilik disiplin mesti tak jadi benda macam ni tapi mengapa Sarah pula kena tempias.

Sarah cepat-cepat pergi ke kelas Nusa dan memanggil Nusa.

"Kau post!?"
Tanya Sarah dengan Nada bergetar kerana tahan kemarahan.

"What!?"

"Aku tanya kau, post pagi ni kau post!? Yes or not!?"

"NO! tak!"
Jawab Nusa.

"So siapa post it!!?"
Jerit Sarah.

"How can I know!?"

Sarah menghentakkan Kakakinya lalu keluar daripada kelas itu. Penat Sarah memikirkan siapa yang tidak puas hati denganya tetapi tiada siapa yang terkeluar daripada otaknya. Seharian dia tak nampak Aniq, dalam kelas tiada, masa rehat tiada, waktu sudah balik juga tiada. Sarah menjadi risau takut-takut perkara ini akan memberi impak yang besar kepadanya.
……………

Esoknya, Sarah ternampak Aniq untuk pertama kalinya. Sarah menegur Aniq tetapi dia tidak membalas teguran Sarah tidak seperti dia sebelumnya. Sarah sudah mengagak mesti perkara ini akan berlaku. Mungkin ayah Aniq melarang dia berkawan atau rapat dengan Sarah sebab itu dia mengabaikan Sarah.

Sarah dan Aniq di panggil Oleh guru disiplin tentang perkara yang sudah viral di kalangan pelajar dan guru-guru iaitu hubungan Sarah dan Aniq. Mereka memanggil ibu bapa datang sekali tapi Sarah tahu ibu dan ayah Sarah tak akan datang tapi itulah perkara yang paling malang sebab bapa Aniq hadir.

"Saya rasa kamu berdua sudah tau kenapa kami guru-guru memanggil ibu bapa kamu dan kamu ke sini."

Sarah mengangguk. Dari tadi Aniq hanya menunduk dan raut wajahnya kelihatan gerun? Mungkin kerana bapa Aniq sangat garang.

"Jadi betul ke kamu berdua couple? Kamu tau kan perkara ini sangat berat, bagi pelajar biasa mungkin biasa tetapi bagi pelajar seperti Aniq tidak, kamu tahu kan Sarah?".
Kata Salah sorang guru di situ.

Sarah tidak berkata apa-apa kerana guru bercakap dengan sopan jadi tiada sebab untuk dia menjadi kurang ajar.

"Kalau diorang couple saya nak mereka berpisah, dia tak layak bersama dengan anak saya. Saya juga nak mereka berdua berlainan kelas, budak tu beri pengaruh tak baik dekat anak saya, kalau cikgu tak boleh buat, saya pindahkan anak saya ke sekolah lebih baik."

Kata ayah Aniq.

Mendengar kata-kata ayah Aniq, Sarah berasa dia dalam drama TV3 sudah. Sarah berdiri dan terus berkata apa yang terlintas di otaknya walaupun sebenarnye dia nervous nak mampus.

"Pakcik, saya tahu saya bukanlah berada macam pakcik tapi saya pun manusia, kalau saya beri pengaruh tak baik, pakcik sure anak pakcik tak beri pengaruh baik pada semua orang?"

"What!?"
Ayah Aniq melihat Sarah dengan tajam.

"Apa yang saya nak cakap, saya dan Aniq dua-dua manusia, kami berdua akan buat salah setiap masa sebab kami sedang membesar, pakcik tak pernah buat salah ke masa teenage dulu?? Saya dan Aniq tak ada hubungan langsung but kami berdua rapat. Even saya pelajar miskin tapi akhlak saya dan mindset saya tak semiskin pakcik."

Ayah Aniq mula marah dan mengetuk meja sambil menunjukkan muka bengisnya.

"Saya mungkin remaja, tapi sekarang mind set orang sudah berubah. Kalau pakcik boleh cakap kata-kata kasar kenapa saya tak boleh?"

Ayah Aniq terdiam.

"Pakcik ingat dengan ketegasan pakcik, pakcik akan melahirkan anak yang baik? Tidak! Pakcik tengok la anak pakcik, pakcik memang nak anak pakcik jadi seorang yang takut dengan ayah sendiri ke? Pakcik pilih la antara nak anak pakcik jadi seorang yang lahir dengan penuh kasih sayang atau anak yang penuh dengan troma dan ketakutan."

Berlinang air mata Aniq mendengar kata-kata  Sarah. Sarah sudah meluahkan semua kata-kata yang ingin dia lontarkan kepada ayahnya tetapi oleh sebab rasa gerun dia tidak dapat melepaskannya dan hanya mampu memendam.

ASTAGHFIRULLAH!! (COMPLETE)Where stories live. Discover now