BAB 5

199 23 0
                                    

"haaaaahh"

Sarah mengeluh kepenatan kerana motonya rosak di tengah-tengah jalan jadi dia perlu tolak moto tu sampai ke sekolah. Tak lama kemudian Aniq ternampak Sarah yang sedang menolak motonya.

"Eh Sarah? Moto kau rosak?"

Sarah menepuk kepalanya.

"And then?? Rosak la, bang"
Kata Sarah.

Aniq keluar daripada kereta dan menyandarkan moto Sarah ke tepi dinding, kemudian dia mengunci moto itu dengan rantai moto.

"Jom."
Ajak Aniq sambil menghulurkan tangannya.

"Bismillah"
Sarah mengucap sambil mengetuk kepala Aniq.

"Jom ke mana jantan!?"

Aniq menggosok kepalanya.
"Kau tumpang aku la"

Sarah menggelengkan kepalanya.
"Aniq perempuan dengan lelaki tak boleh berdua-duaan"

Aniq mengetuk tingkap pintu depan keretanya.
"Kita tak berdua-duaan Sarah."

Sarah terdiam dan mengambil beg sekolahnya lalu masuk ke dalam kereta Aniq.

Tiba sahaja di sekolah mereka terus menuju ke kelas. Pelajar masih lagi tak ramai sebab masih awal lagi. Kelas mereka berada di tingkat 3 paling atas sekali, kemudian lampu pula rosak, gelap pula, semestinya meremang la bulu roma.

"Gelap weh!"
Jerit Sarah.

"Kau takut?"
Tanya Aniq.

"Takut la! Aku tak suka gelap-gelap ni!"

"AHHHHHHHH HAHAHAHAH"
Aniq menjerit mengusik Sarah.

"WOI! TAK LAWAK LA JANTAN!"
Jerit Sarah dalam ketakutan sambil menampar Aniq.

Tiba-tiba bunyi seseorang ketawa terdengar. Mereka berdua berhenti berbicara seketika dan menjadi kaku selepas mendengar gelakan itu.

"Bunyi apa tu Aniq!!"
Bisik Sarah sambil memegang baju Aniq.

"Shhhhhh"
Kata Aniq sambil meletakkan jari telunjuknya di bibir.

Mereka ke kelas perlahan-lahan. Mereka mengintai untuk melihat ke dalam kelas tetapi di sebabkan gelap jadi mereka tidak dapat melihat dengan jelas.

"HAHAHAHAHAHAH"
Ketawa seseorang dengan kuat dan jelas.

Tidak bukan seorang tapi dua! Dan berlainan jantina. Aniq berasa pelik jadi dia terus membuka pintu dan lampu. Terlihat dua pelajar sedang berdating di dalam kelas pada pagi-pagi hari.

"EHH! NU- NUSA!???"
Jerit Sarah.

"And... Fadhir??"
Aniq berkata.

Mereka berdua terkejut lagi-lagi Aniq sebab dia ketua pengawas jadi dia perlu la bertangungjawab.

"Korang dating ke!?"
Kata Aniq dengan marah.

"Mana ada kami lepak je"
Kata Fadhir.

"Lepak!!!? Korang dating kan!? Choose bilik disiplin or punishment."
Kali ini Aniq menjadi sangat tegas.

"WHAT!? HELLO!?? KAU PUN DATING DENGAN SARAH."
Kata Nusa sambil menunjukkan jarinya kepada Sarah.

Sarah berdiri kemudian mengetuk meja dengan kuat.

"OI NUSA! Aku mana ada dating dengan dia, suka hati je kau fitnah aku."

Nusa terkaku.

"Kau ingat aku percaya?"
Kata Nusa.

Sarah tersengih.
"No, who cares if you believe or not. The real question is siapa yang cikgu percaya? Kau ke Aniq??"

Mereka semua terdiam tak tahu bagaimana nak jawab sebab apa yang Sarah cakap itu betul. Semestinya Aniq la cikgu percaya sebab mereka hanya pelajar nakal mana la cikgu percaya.

Aniq meleraikan pergaduhan mereka.

"Ok, I'll give you one more chance. Aku lepaskan korang but kalau kantoi kat orang lain korang jangan mention aku."

Mereka mengangguk kemudian Nusa kembali ke kelasnya. Pada masa itu Sarah pertama Kalinya nampak Aniq begitu serious, oke la nampak macho.

ASTAGHFIRULLAH!! (COMPLETE)Where stories live. Discover now