BAB 20

150 18 0
                                    

"Wow! Tak sangka jumpa kau kat sini. Mesti kau rindu aku kan"
Kata Haikal.

"Aku tak pernah rindu kau."
Kata Sarah.

"Kejam!"

Aniq hanya berkedip-kedip matanya melihat mereka berdua.

"Aniq ni kawan lama aku Haikal, Haikal ni kawan sekelas aku Aniq."
Sarah perkenalkan mereka berdua.

"Or bekas tunang Sarah"
Kata Haikal.

Sarah dan Aniq memandang Haikal. Sarah memijak kaki Haikal dengan kuat sekali.

"Tak lawak la monyet!"
Jerit Sarah.

Haikal ketawa terbahak-bahak apabila melihat reaksi Sarah. Aniq dah seperti tunggul kayu sudah, tengok sahaja gelagat mereka berdua.

Sarah sempat memandang Aniq yang dari tadi termenung sahaja.

"Kitorang pernah di jodohkan, but di sebabkan aku tolak so kitorang tunang 2 minggu je"
Sarah menjelaskan kepada Aniq.

Aniq memandang Sarah dan mengangguk. Terukir senyuman di bibir kerana Sarah menjelaskan hubungan mereka berdua kepada Aniq. Tangannya menutup separuh mukanya kerana terlalu gembira.

"Dah la kitorang nak blah, bye."

"Kejap Sarah!"

"APE!"
Jerit Sarah.

"Aku nak number kau boleh?"

"Tak boleh"

"Instagram kau?"

"Tak boleh"

"Semua tak boleh, kalau macam tu kalau kita jumpa lagi kau kena bagi aku number kau, promise."
Kata Haikal.

"Hmm, suka hati kau la, jom Aniq."
Sarah terus meninggalkan Haikal.

Sarah langsung tidak memandang Haikal. Dah nampak dah dia langsung tidak tertarik dengan si Haikal tu.

"Haikal tu.."

"Haikal tu kawan aku dari kecik je, even dia nampak Baik tapi dia annoying, so just ignore him."

Aniq hanya mendiamkan diri. Mereka semua makan malam bersama. Riuh-rendah tempat itu dengan suara mereka sahaja. Sudah tiba untuk pulang ke bilik masing-masing Sarah masih di luar memandang pantai. Bunyi pantai dan baunya membuatkan Sarah berasa tenang, nasib baik dia dapat ikut, kalau tak mesti tak akan dapat rasa tenang macam ni.

Aniq duduk di tepi Sarah tanpa menegur Sarah tapi Sarah perasan sahaja dia duduk ditepinya.

"Kau memang suka pantai eh?"
Tanya Aniq sebab nak mulakan perbualan.

"Tak, tapi bunyi dia buat aku relax."
Jelas Sarah.

"Sarah."
Panggil Aniq dengan nada lembut.

"If you ada problem and you need someone untuk dengar problem you, I'm always here and ready to listen to your problem, okey?"
Kata Aniq.

Sarah memandang Aniq. Mereka berdua memandang antara satu sama lain. Mata Sarah sudah mulai berair, air mata mula jatuh mengalir di pipi Sarah. Aniq jadi risau apabila melihat Sarah tiba-tiba menangis. Sarah menangis teresak-esak, terharu dengan kata-kata Aniq, Kata-kata yang dia perlukan selama ini. Kata-kata yang perlu dia dengar dari keluarganya bukan orang luar. Aniq tidak membuat apa-apa selain melihat dan menemani Sarah menangis sehingga dia puas.

"It's alright, I'm here, lepaskan semua."
Aniq menepuk kepala Sarah dengan lembut.

Selepas beberapa minit puas menangis, Sarah memeluk dirinya. Dia enggan berhadapan dengan Aniq. Dia malu sebab dia menangis depan Aniq, kenapa dalam ramai-ramai dia juga?

Aniq cuba memanggil Sarah supaya dia memandangnya tetapi Sarah enggan melihatnya.

"Aku masuk dulu tau jumpa esok."

Aniq mendekatkan mulutnya ke telinga Sarah dan berbisik.

"Goodnight, love you"

Kemudian Aniq terus beredar dari situ. Sarah menoleh memandang Aniq yang sudah jauh itu sambil tangannya memegang telinganya, mukanya merah semerah-merahnya.

"Whattttttttttt!!!!!"
Jerit Sarah.

ASTAGHFIRULLAH!! (COMPLETE)Where stories live. Discover now