BAB 15

160 18 1
                                    

Tinggal dua hari sebelum menghantar tugasan tapi sepatah apa pun Sarah tidak mula menulis lagi. Sarah selalu menjauhi Aniq kerana dia malu setelah apa yang terjadi kemarin walaupun perkara itu bukanlah perkara yang serius, hanya menatap lama sahaja tetapi bagi Sarah dia Malu sehingga mahu mati!

*Ting*

Bunyi WhatsApp Sarah. Sarah terus tersedak apabila dia nampak mesej daripada Aniq.

'sarah kau busy ke?'

'kalau tak busy nak keluar tak hari ni?'

Sarah berguling-guling di atas katilnya apabila membaca mesej daripada Aniq itu.

'boleh, aku ok je.'

Sarah membalas.

Baru sahaja Sarah berasa malu, dia juga sudah lama tidak keluar jalan-jalan, apa salahnya sekali-sekala kan.

Sarah bersiap-siap lalu Aniq menjemput Sarah. Selepas sahaja mereka mengucapkan selamat pagi, suasana terus jadi janggal. Mereka langsung tidak berkata sepatah pun dan hanya duduk sahaja sehingga tiba ke destinasi mereka.

"Ni restaurant pakcik aku jadi kita boleh masuk terus tak perlu buat temujanji"

Sarah hanya mengangguk, dia juga tidak tahu yang restaurant perlu buat temujanji.

Setelah mendapat menu Sarah menyelak-nyelak menu tersebut tetapi tidak ada satu makanan pun dia tahu. Semua makanan di situ tidak pernah dia makan, langsung tidak pernah!

"Nak aku pilihkan?"

Sarah mengangguk.

Melihat bagaimana Aniq hidup berbeza daripada kehidupan Sarah, Sarah seketika berfikir yang tidak masuk akal dia menyukainya tetapi hanya sekejap selepas itu dia tak fikirkan lagi selepas dapat makanan.

"Astaghfirulla! Besar kedabak burger ni!"

Aniq hanya ketawa.

Mereka makan dan berbual untuk tugasan mereka, iyalah sambil menyelam minum air kan.

Setelah sahaja mereka selesaikan makan, mereka terus masuk ke kereta untuk ke destinasi seterusnya! Walaupun perut Sarah seperti ingin meletup sebab kekenyangan tetapi makanan tidak pernah ada penghujungnya kena teruskan!

"Makan apa pulak lepas ni?"
Tanya Sarah dengan mata kucingnya.

"Makan? Aku ingat kau dah kenyang?"

"Memang dah kenyang."

"So stop makan, kita pergi tempat lain."

"Ke mana?"

"Tempat rahsia aku?"

Sarah hanya kebingungan manakala Aniq hanya tersenyum riang.

Mereka perlu berjalan kerana tempat itu di atas gunung. Kata Aniq tempat itu di jual kepada keluarganya tetapi disebabkan tempat itu popular dengan keseramannya tempat itu tidak lagi digunakan, jadinya Aniq mengambil tempat ini.

Sesampai sahaja di puncak, terlihatlah seluruh bandar, cantik, berkilau sepertinya berada di dunia sendiri.

"Wahh, Masyallah!! Cantiknya!!"
Mata Sarah bersinar-sinar melihat bandar yang berkilau.

"Ni lah tempat rahsia aku. Tak ada siapa tahu kecuali driver."
Jelas Aniq.

"So kenapa kau bagitau aku?"
Sarah bertanya kepada Aniq.

"Kau Rasa?"

Sarah terdiam. Dia sempat menelan air liurnya kerana terlalu gementar. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini Sarah selalu gementar apabila berada dekat dengan Aniq, padahal sebelum ini tidak langsung ada perasaan seperti ini. Sarah juga kebingungan dengan perasaannya sendiri, entah sudah suka atau apa?

Aniq ketawa kecil.

"Kau tau kan aku-"

"Kau suka aku?"

Sarah memotong percakapan Aniq.

"Aku tau. Aku tau kau suka aku tapi aku tak pernah rasa kau serius."

Aniq mengaru kepalanya.

"Aku tau, aku faham juga kau tak suka aku sebab tu aku selalu main-main, aku taknak kau rasa tak selesa tapi aku serius suka kau"

Jelas Aniq. Dah jelas daripada riak muka apabila Aniq meluahkan perasaan cintanya kepada Sarah pada hari itu Aniq sudah tahu Sarah tidak menyukainya. Pada mulanya Aniq ingin putus asa kerana orang dah tak suka kenapa nak paksa kan? Tapi sejak Sarah membantunya semasa dia dan Sarah semasa di bilik disiplin bersama ayah Aniq, Aniq merasakan dia perlu dapatkan Sarah. Ialah siapa lagi yang boleh tengking ayahnya, Sarah orang pertama! Bila lihat sahaja Sarah ketika itu, Aniq merasakan jatuh cinta kali kedua!

"Aku faham kau tak suka aku."

"Macam mana kalau aku suka?"

"Huh?"

"Macam mana kalau aku suka kau?"

Terbeliak mata Aniq apabila mendengar kata-kata itu daripada mulut Sarah, rasa seperti mimpi! Dalam kepala Aniq dia merasakan dia perlu mengetuk dirinya dengan batu untuk mengetahui kalau ini mimpi atau realiti tapi semestinya dia tidak lakukannya. Gila! Dengan suasana macam ni, anjing juga boleh terkejut!

ASTAGHFIRULLAH!! (COMPLETE)Where stories live. Discover now