BAB 32

117 12 0
                                    

Sarah mengaru kepalanya yang tidak gatal itu.

"Apasal math ni susah sangat? Apa function kalkulator kalau kena guna otak??" Sarah mengadu kepada diri sendiri.

Sarah terus menutup buku. Berputus asa ingin mengulang kaji subjek matematik itu. Yelah, SPM dah nak dekat, kena la belajar untuk jawab semua soalan-soalan yang tak masuk akal tu nanti.

Aniq yang melihat Sarah daripada tadi tergaru-garu kepala datang kepada Sarah. Sarah memang sudah tidak sedar kehadiran Aniq sebab fokus dengan soalan matematik tu. Aniq terus duduk di sebelah Sarah lalu menarik bukunya. Sarah menoleh ke arah Aniq.

"Bila masa kau datang sini?" Sarah agak terkejut sebab tidak sedar kehadiran Aniq. Bunyi kasut pun tak dengar.

Aniq hanya diam sambil tangannya bergerak menyelesaikan soalan matematik Sarah tu. Setelah habis Aniq menyelesaikan soalan itu, Aniq terus memberi buku itu kepada Sarah.

Sarah terpegun. Aniq ni budak pandai. Soalan mana aje dia tak reti selesaikan. Dalam kelas pun dia yang betulakan cikgu, bukan cikgu betulkan dia.

"Kalau kau tak faham kau tanya aje aku. Aku boleh tolong kau." Aniq mempelawa pertolongan sebagai kekasih mithali.

"Kau tak busy ke? Aku bukan tanya satu dua soalan tau. Banyak soalan aku tanya."

"Sarah. Untuk kau, everytime aku free."

Sarah hanya terdiam. Berbunga la tu. Sejak kebelakangan ni, Aniq ni rajin betul buat sweet dengan Sarah. Sarah nak bersweet tak reti. Tak ada idea. Nak cari dalam Google macam tiber aje. Heih...

"Everyone. Makanan! Aku belanja." Kila dengan gembiranya membawa dua bungkus makanan atau keropok kepada budak kelas. Good mood kan.

"Aku nak ais-krim!" Sarah dengan ais-krim tak pernah berpisah.

"Eh flavour ni aku punya." Hajar dah cop dulu.

"Yang ni la." Sarah memilih yang lain.

"Sorry Sarah. But ini aku punya." Kila cop pulak.

"Ish kata belanja. Semua kau orang punya. Habis aku punya mana?" Sarah dah marah. Ais-krim pilihan hati dah ada orang cop dulu.

"Aku." Aniq dengan selamba menjawab.

Semua memandang Aniq dengan muka geli. Ada yang acah muntah bagai. Geli dengan jawapan ringkas Aniq. Aniq hanya tertawa sampai terlihat gigi putihnya itu. Sarah hanya terkedu sampaikan muka dah memerah.

"Nak sweet-sweet kat tempat lain la." Kila dah marah.

Aniq hanya tersenyum.

"Kalau kau orang jealous cakap la jealous. Kan baby?" Kata Nusa.

Nusa pun nak show off ada kekasih. Fadhil hanya layan perangai kekasihnya itu. Angguk ajelah.

Tak lama kemudian, guru matematik sudah memasuki kelas. Semua dengan gelabah mencari tempat duduk masing-masing. Terlihat sesorang budak di belakang cikgu itu. Rambutnya menutupi mukanya kerana dia menunduk jadi tak nampak muka dia.

"Harini saya ada bawa pelajar baru. Saya harap awak semua boleh kenal-kenal dengan dia. Awak boleh duduk di belakang sana, Randy."

Sarah terkejut. Sarah berfikir positif. Mungkin orang yang berlainan kerana nama dia bukan dia sorang sahaja guna. Sebaik sahaja Randy mengangkat mukanya, mata Sarah terus terbeliak. Terkejut. Tangannya terus menggigil ketakutan. Kenapa dia tiba-tiba ada kat sini? Aniq terus menoleh memandang Sarah dengan muka penuh kerisauan.

Randy berjalan menuju ke tempat duduk belakang sambil matanya tajam melihat Sarah. Sarah langsung tidak memandang Randy. Dia semestinya takut. Tapi taklah setakut dulu. Sekarang dia dah agak berani tapi masih tidak cukup kekuatan untuk memandang Randy.

Sarah hanya menarik nafas dalam-dalam untuk menenangkan diri. Dia menoleh ke arah Aniq sambil tersenyum menunjukkan dia okey.

Aniq mengangguk walaupun sebenarnya dia tahu Sarah tak okey.

ASTAGHFIRULLAH!! (COMPLETE)Where stories live. Discover now