𝓒𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 5

403 21 0
                                    

Aleeya sudah berura ura untuk masuk ke dalam bilik tersebut sebelum tangan dia ditarik kasar dan mulutnya ditekup dengan kuat supaya tidak mengeluarkan sebarang bunyi

Deze afbeelding leeft onze inhoudsrichtlijnen niet na. Verwijder de afbeelding of upload een andere om verder te gaan met publiceren.

Aleeya sudah berura ura untuk masuk ke dalam bilik tersebut sebelum tangan dia ditarik kasar dan mulutnya ditekup dengan kuat supaya tidak mengeluarkan sebarang bunyi.

"Shh. Diam sekejap"

Aleeya terkaku. Dia kenal suara itu. Cuma seorang sahaja yang boleh berbisik garau seperti itu. Itu suara..

Haziq!

Haziq menarik Aleeya masuk ke dalam bilik tidurnya semula sebelum menutup pintu. Aleeya hanya diam. Hanya mampu berdoa dia tidak akan diapa apakan oleh Haziq.

"Kau kenal siapa mereka tu?" tanya Haziq setelah lama berdiam.

"Tak. Awak kenal ke?"

'Kenal. Kenal sangat. Macam aku tak nampak tatto ikan jerung dekat tangan penyangak tu. Obviously tu orang Vex. Tapi apa dia buat dekat rumah Aleeya? Dia nak jadikan Aleeya salah sorang mangsa atau dia ingat Aleeya ni kelemahan aku?'

"Tak" jawab Haziq sepatah. Otaknya memikirkan cara membunuh penceroboh tadi.

'Tch. Susah betullah bawak beban ni. Kalau tak aku bunuh je terus laki tu'

Aleeya hanya berdiam diri setelah mendengar suara hati Haziq. Bukan main berjela dia membebel. Dengan aku? Angguk geleng je. Dasar mamat ego. Eh astaghfirullah al azim. Maaf ya Haziq. Termengata. Kira halal lah tu ya.

"Kau tunggu dalam ni sekejap. Tutup semua tingkap. Kunci. Faham?" pesan Haziq. Aleeya mengangguk lalu menutup tingkap di dalam bilik itu. Setelah dikunci dia duduk di birai katil.

"Aku nak pergi bunuh jantan tu sekejap"

Aleeya tercenggang dengan kata kata Haziq.

"Bunuh?"

"Hmm" Haziq membuka blazernya lalu diberi kepada Aleeya untuk memegang sebentar. Dia membuka dua butang atas kemeja T putihnya dengan kasar lalu melipat lengan baju hingga ke siku menampakkan urat dan otot dilengannya.

Dia membuka pintu perlahan lalu menutup dengan sangat senyap. Dia mengintai sedikit di dalam bilik tersebut. Terdapat dua orang lelaki selain dua orang rakan Aleeya.

Seorang menggunakan senjata api manakala seorang lagi menggunakan karambit. ( kalau nk tau rupa karambit yg ats skli tu. Tu gambar karambit )

"Kau ni memang tak guna lah betina sial!" jerit lelaki yang memegang karambit selepas ditendang oleh farah.

Dia mengangkat karambit di tangannya sebelum bertindak untuk mengelar leher Farah. Tiba tiba...

Bang!

Headshot tepat didahinya. Farah tercenggang. Izzaty tercenggang. Malah Haziq tercenggang. Cubalah kau teka siapa yang tembak kalau bukan Haziq.

Kelihatan Alex sedang memegang sniper riflenya di bangunan sebelah rumah Aleeya.

KEKASIH HATI MR MAFIAWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu