𝓒𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 17

284 14 0
                                    

"Kau dah dapat tau siapa yang berani sangat cari pasal dengan aku tu?"

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

"Kau dah dapat tau siapa yang berani sangat cari pasal dengan aku tu?"

Alvin tersentak. Fuh. Kus semangat.

"Err. Belum. Kenapa kau tak sabar sabar sangat? Apa kau ingat hacking ni senang macam main tukar tukar perempuan ke? Main tukar tukar code dia susah gila" kata Alvin. Lebih tepat lagi. Bebel Alvin.

"Bukan kau kata benda ni thrilling ke bagi kau? Takkan dah ubah fikiran? Lagipun bukan kau kata kau pro ke? Herh" Haziq menarik salah satu kerusi di dalam bilik tersebut sebelum duduk di sebelah Alvin. Alvin tersentak. Dia menelan air liurnya kesat.

"Kau kenapa ni?"

"Apa? Aku duduk pun salah ke? Nak jugak tengok macam mana kau buat benda ni" kata Haziq sambil menyilangkan tangannya.

"Err.. Tapi aku tak boleh buat kalau orang tengok. Rasa macam terancam. Kau tak tau perasaan hacker ni macam mana. Bila kau hack something tu. Kau akan rasa macam diperhatikan tau tak?" bebel Alvin lagi.

Terangkat sebelah kening Haziq.

"So?"

"So... Aku nak kau blah sekarang. Aku nak buat kerja ni. Karang lambat habis, lambat aku boleh balik, lambat aku tidur. Nanti ada eyebag tak hensem dah" bebel Alvin lagi. Nyampah pulak aku mamat ni duk bebel dari tadi. Hempuk kang.

"Kalau aku tak nak?" Haziq menyilangkan tangannya sambil memandang muka Alvin dengan serius.

"Aku tak nak tolong kau cari maklumat pasal company G.H" kata Alvin dingin.

"Huhh. Fine" Haziq bangun sebelum keluar bilik tersebut. Setelah Haziq keluar, Alvin menghela nafas lega. Dia menyambung kerjanya.

.....

Setelah Haziq menutup pintu bilik kerja Alvin dia merenung pintu tersebut.

He sounds fishy. And I need to know what he's up to. Jangan main main dengan aku Alvin.

Dia kembali memasang muka dinginnya dan menyusun langkah ke bilik kerja Alex. Ada perkara yang perlu dia bincangkan. Bunyi kasutnya bergema di sepanjang laluan office tersebut.

.....

"Lama sia tak jumpa kau hm" kata Izzaty.

"Tulah. Seminggu tak jumpa macam seratus tahun tak jumpa" balas Aleeya. Mereka membuat keputusan untuk berjumpa di sebuah restoran. Almaklumlah. Member nak lepas rindu tu.

"Kau sihat tak? Cafe okay? Sorry tau aku tinggal macam tu je cafe kat korang padahal aku bosnya. Bos tak bertanggungjawab betul aku ni" kata Aleeya.

"Hey sokay lah. Aku okay je handle sorang sorang. Lagipun kau dah settle kan semua kerja kerja kan? Bahan pun kau dah restock. Kotak apa semua, semua dah restock. Senang lah kerja aku. Tak apa. Kau teruskan je lah rehat. Lagipun memang selama ni kau je buat kerja. Alah rilek rilek sudah" kata Izzaty menenangkan Aleeya.

KEKASIH HATI MR MAFIADonde viven las historias. Descúbrelo ahora