𝓒𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 7

364 20 0
                                    

Semua yang berada di dalam ruangan tersebut terkejut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Semua yang berada di dalam ruangan tersebut terkejut. Berani betul minah ni bantah arahan Haziq.

"Itu arahan bukan soalan"

"Erk" Aleeya Terdiam. Nak jawab apa? Karang yang di jawabnya merepek mahu dia mati kat sini.

"Tapi saya tak sedia lagi" kata Aleeya perlahan.

"Jadi sediakan diri kau" mudah jawapan Haziq.

"Tapi saya tak tahu apa apa pasal awak. Nama penuh awak pun saya tak tahu" Haziq diam.

"Haziq Mikael bin Carlos Geogery Marco"

"Ha! Saya tahu nama awak je. Pasal benda lain saya tak tahu lagi"

"Lepas kahwin aku bagi kau file latar belakang aku. Kau hafal lah kalau kau nak" Aleeya diam.

"Saya- Tapi saya-"

"Apa lagi?" potong Haziq.

"Wali macam mana?" tanya Aleeya.

"Panggil je lah bapak kau apa susah?"

"Tapi ayah saya. Saya- saya tak tau dia ada kat mana" jawab Aleeya sambil memandang ke lantai.

Haziq mengeluh kecil. Menyusahkan lah perempuan ni. Aku nak tolong ni terima je lah. Apa yang susah sangat tak tau lah. Haih.

"Pasal tu biar aku yang uruskan. Tak perlu susah susah" kata Haziq senang.

"Hmm. Okay. Tapi, kenapa tiba tiba?" tanya Aleeya.

"Sebab kau dalam bahaya. Aku minta maaf dah libatkan kau dalam hal ni, Aleeya. Musuh aku semua anggap kau penting untuk aku lepas aku selamatkan kau masa pertama kali kita jumpa. Semua musuh aku dh tau. Ingat kau kena serang tu? Tu salah satu musuh aku" terang Haziq.

Aleeya terdiam. Nampaknya memang bahaya juga dunia Haziq ni. Tapi kalau dia kahwin dengan Haziq, bukankah itu menarik lebih ramai perhatian musuhnya kerana menganggap aku sebagai kelemahannya?

"Tapi bukan tu lagi tarik perhatian musuh ke sebab anggap saya kelemahan awak? Sebab perkahwinan ni akan bukti kan yang saya betul betul penting untuk awak atau tak" kata Aleeya.

"Sekurang kurangnya, kita dah halal. Apa apa jadi senang. Aku boleh selamatkan kau" kata Haziq. Aleeya hanya diam. Tidak mahu membuat lelaki itu terbeban dengan sikapnya.

Nampak seperti Haziq sangat kusut sekarang. Dengan rambut serabai sedikit. Tak teruk sangat. Kemeja yang dipakainya sedikit berkedut. Mata nya ada lingkaran hitam. Mungkin dia stres sekarang?

"Terima atau mati kena bunuh sia sia tanpa ada apa apa perlindungan langsung. Kalau kau kena culik ke apa ke aku biar je. Mampus pun lantak engkau lah. Sebab apa? Sebab kita bukannya ada apa apa hubungan pun" Haziq memandang Aleeya mendatar. Aleeya mengetap bibirnya.

Baik jangan susahkan dia. Kesian pula Aleeya tengok keadaan Haziq. Kalau ini yang terbaik...

"Okay. Saya setuju"

"HAH?! ALHAMDULILLAH AKHIRNYA! ADA JUGAK MANUSIA YANG MAMPU TERIMA MAMAT BEKU NI!" jerit Alvin sambil menadah tangan mengucap syukur. Heh.

"Jadi kau tak perlu buat apa apa. Semua aku yang uruskan. Kau cuma perlu bersiap sedia untuk jadi isteri aku. Itu sahaja" kata Haziq sebelum berdiri.

"Aku cau dulu. Apa apa call"

Maka, Haziq, Alex dan Alvin mengangkat kaki beredar.

Aleeya menghela nafas lega.

"Weyh kau sumpahlah kahwin dengan Haziq tu? Dia tu mafia yang paling digeruni terutamanya dekat Italy dan US tahu? Tak ke bala kalau kau kahwin dengan dia?" tanya Izzaty. Farah masih dengan muka bekunya.

"Hm.. Rasanya niat dia baik kut. Tak elok lah anggap macam tu. Walaupun dia mafia tapi aku rasa dia baik" kata Aleeya tenang.

"Mana kau tahu?"

"Kalau dia jahat dah lama dia buat benda tak elok kat aku. Tak pun dia tak akan selamatkan aku masa pertama kali kami jumpa. Dia juga sarungkan tudung aku lepas kena culik haritu. Aku rasa dia baik" jawab Aleeya.

Izzaty terdiam. Farah terdiam. Setelah beberapa minit Farah mengeluarkan suaranya.

"Kalau ni je cara untuk jamin keselamatan kau, kahwin lah. Janji kau selamat. Sekurang kurangnya dia mampu jaga kau" kata Farah.

 Sekurang kurangnya dia mampu jaga kau" kata Farah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Di dalam kereta semuanya senyap. Amatlah jarang ya kereta Haziq sunyi kalau ada Alvin.

"Kau pasti nak kahwin dengan dia?" tanya Alex yang sedang memandu kepada Haziq yang sedang membuang pandangan ke luar tingkap.

"Hm"

"Aku pelik sebenarnya. Bukan kau dah pernah berjanji kau tak nak kahwin sampai bila bila sebab bagi kau perempuan ni menyusahkan dan complicated ? Lagi pun, kau kahwin dengan dia tanpa rasa cinta. Kau tak rasa kau menyeksa dia nanti kalau bagi harapan dekat dia? Ni lepas Vex dah mampus. Kau mesti akan ceraikan dia kan? " soal Alex bertubi tubi.

Wah. Sangatlah jarang ya seketul orang utan ni nak bercakap. Bercakap pun sepatah dua aje. Ni, Uish. Karangan bang? Rajin betul. Ni mesti esok exam BM kan?

Haziq terdiam. Ya. Memang betul. Rancangannya adalah melepaskan Aleeya setelah memastikan Aleeya selamat. Tapi, aku ni macam dayus jugak kan? Biarlah! Yang dia tahu. Aleeya sudah menyusahkan dirinya. Tetapi, tiba tiba dia rasa kasihan akan Aleeya. Tidakkah hancur hati wanita itu? Ah! Persetankan semua yitu!

"Lantaklah apa nak jadi. Yang aku tau lepas je dia selamat aku nak bla dari Malaysia. Kita balik Italy" kata Haziq dingin.

Alex hanya mengeluh kasar sebelun kembali fokus memandu. Bang. Dah kena tumbuk tadi buat cara kena tumbuk please.

Alvin pula terdiam di belakang. Betul ke Haziq nak ceraikan Aleeya lepas Aleeya selamat? Itu, misi dia. Dia tak akan benarkan Haziq ceraikan Aleeya kelak. Benda tu dia kena halang. Larh. Pikir plan rupanya. Aku ingat dah nak mampus.

Kau tengok aa nanti. Haziq akan jatuh cinta dengan Aleeya. Seratus peratus aku sure ni tau! Haa.

Plus, dia tak nak tinggalkan Malaysia. Nanti tak dapat jumpa Izzaty dah. Itu aje alasan dia sebenarnya. Well, Alvin kan? Mat, Tengok kaki ah! Hahahahah

 Well, Alvin kan? Mat, Tengok kaki ah! Hahahahah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
KEKASIH HATI MR MAFIAWhere stories live. Discover now