𝓒𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 10

340 17 0
                                    

Aleeya menutup enjin keretanya

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.

Aleeya menutup enjin keretanya. Dia mencapai telefonnya sebelum bergegas keluar kereta. Dia mengunci keretanya lalu berlari masuk ke dalam bangunan suaminya yang gah itu.

"Ya cik? Boleh saya bantu?" tanya penjaga kaunter tersebut ramah.

"Saya nak jumpa Haziq"

"Cik ada buat apa apa appointment ke?" tanya penjaga kaunter tersebut acuh tak acuh. Mukanya terus bertukar.

"Urm. Tak ada tapi, saya ada hal penting" jawab Aleeya. Tolonglah, Dia perlu berjumpa dengan Haziq sekarang jugak.

"Maaf tapi tak boleh. Tak ada appointment, tak boleh jumpa. Cik boleh beredar sekarang"

"Tolonglah, saya cuma nak jumpa dia sekejap sahaja" rayu Aleeya seperti hendak menangis.

"Baik Cik beredar sebelum saya panggil guard"

"Tapi saya cuma nak jumpa Haziq sekejap sahaja. Tolonglah cik" rayu Aleeya lagi. Dia sudah menangis.

Dua orang guard menarik tangannya. Aleeya meronta sedikit kerana mereka memegang lengannya dengan begitu kuat.

"Hey! What are you guys doing?!" jerkah Haziq. Terkejut dia apabila melihat Aleeya ditarik guard sambil menangis.

"Encik Haziq. Maaf, saya dah suruh perempuan ni beredar tapi dia-"

"Kenapa tak bagi dia masuk awal awal?" soal Haziq dingin.

"Let her go" dingin Haziq menurunkan arahan.

Guard tersebut melepaskan Aleeya dengan kasar. Haziq memeluk Aleeya dari tepi.

"Hey. Okay tak?" tanya Haziq. Aleeya hanya menangis. Haziq menyeka air mata Aleeya sebelum memandang guard guard tadi.

"What have you guys done to her?!" jerkah Haziq.

"Perempuan ni bekeras nak jumpa Encik Haziq. Saya dah halang. Dia degil sangat Encik" penjaga kaunter tadi memandang Aleeya jengkel.

"Kenapa kena halang dia? Dia nak jumpa aku biarlah!" jerkah Haziq. Penjaga kaunter tersebut tergamam. Dia memandang kebawah ketakutan. Seram dengan suara dan pandangan maut Haziq.

"She's my wife! Now, the three of you! You're all fired! Alvin! Bawa diorang masuk bilik tahanan. Aku nak ajar diorang" Haziq memalingkan mukanya kepada Aleeya yang sedang menangis. Haziq mendukung Aleeya gaya bridal style.

Alvin hanya mengeluh. Dia memandang penjaga kaunter dan dua guard tersebut sebelum memandang sekeliling. Ramai pekerja yang memandang mereka.

Dia tersenyum.

"Tak ada apa apa. Boleh balik ke tempat kerja masing masing ya" Alvin menoleh semula ke arah tiga bekas pekerja Haziq.

"Aku ni bukan lah kejam sangat macam dia tu. Kau orang blah sekarang sebelum aku ubah fikiran. Esok aku suruh orang kemas barang kau orang dan hantar ke rumah. Jangan sesekali pun jejak kaki dalam mana mana company Haziq faham?" ketiga tiga bekas pekerja Haziq tersebut hanya mengangguk laju sebelum beredar. Alvin hanya menggeleng.

"Nasib baik aku ni baik" dia berlalu ke lif untuk naik ke bilik kerjanya.

...

Sesampainya di dalam bilik pejabat Haziq, dia mengunci pintu dan meletakkan Aleeya di atas sofa dengan berhati hati.

Air mata Aleeya diseka perlahan. Tangannya mencapai lengan Aleeya sebelum menyelak sarung lengan Aleeya. Merah. Agak teruk. Dah membiru sedikit. Dia mendengus geram.

Haziq mengambil kotak ubatan yang terletak di atas meja kerjanya. Dia menyapu ubat tersebut di lengan Aleeya sebelum membalutnya.

Selesai balut Haziq menyimpan kembali semua ubat ubatan dan alatan yang digunakan. Dia membuka tuxedo hitam miliknya sebelum membuka tali lehernya.

Haziq melipat sedikit lengan bajunya sebelum memandang ke arah Aleeya. Dia menghela nafas perlahan.

"Hey" panggil Haziq. Aleeya memandangnya.

Haziq mengusap pipi Aleeya yang berpurdah itu dengan lembut.

"Kenapa nak jumpa aku?" tanya Haziq memandang isterinya.

Aleeya tiba tiba menangis dengan kuat. Haziq terpampang.

"Hey kenapa ni? Sakit lagi ke hm?" Haziq menarik Aleeya ke dalam pelukannya. Aleeya menangis di dalam pelukannya. Haziq mengusap belakang badan Aleeya. Setelah tangisan Aleeya reda, Haziq menyoal.

"Kenapa ni? Tell me"

"Saya call Izzaty dengan Farah banyak kali tapi tak dapat. Saya pergi ke rumah kitaorg. Lepastu bila saya masuk je pintu tak berkunci. Lampu semua terpasang. Pasu pecah.

Lepastu ada darah dan pisau dekat lantai. Saya panggil diorang banyak kali tak dapat. Saya risau. Haziq tolong cari diaorang. Please. Saya merayu" cerita Aleeya. Aleeya memegang lengan Haziq dan menggoncangnya lembut. Matanya kembali berair

"Okay okay. Kita cari diorang okay? Jangan risau. Dah, tak nak menangis. Basah purdah tu" kata Haziq memujuk. Aleeya kembali diam. Haziq mengambil Iphone 13 pro maxnya sebelum menelefon Alvin dan menceritakan segalanya yang terjadi.

Alvin yang diarahkan memantau tiga orang pekerja Haziq yang baru dipecat tadi terus paskan kerjanya kepada budak bawahan. Dia mengamuk kerana Izzaty'nya' diculik. Haziq hanya menggeleng. Alvin juga mengheret abangnya ke rumah Aleeya.

"Jom. Pergi rumah kau dulu lepastu, kita tengok dulu apa yang ada kat sana. Mana tau ada petunjuk ke" kata Haziq seraya bangun dan memimpin Aleeya ke keretanya.

Setelah sampai, mereka keluar. Memang betul apa yang Aleeya katakan. Rumah berselerak. Terdapat kesan darah di lantai. Masih basah dan, ada sesuatu yang ditulis menggunakan darah tersebut.

"A-awak" Haziq menoleh ke arah Aleeya.

"Hm?"

"Darah ni, tadi masa saya datang, darah ni kering. Tak basah dan tak banyak macam ni" kata Aleeya.

Alvin mendengus geram. Alex hanya memasang muka serius.

"Maksudnya, maybe lepas Aleeya datang, diorang kembali ke sini dan buat benda ni" kata Alvin.

Tulisan tersebut bertulis;

'Gudang lama company V'

Alvin mendengus geram. Sah. Sorang je yang boleh buat macam ni.

"Vex" kata mereka bertiga serentak. Aleeya hanya diam.

"Aku rasa kita kena ada plan Haziq. Aku takut ni perangkap" kata Alex.

"Balik markas. Bincang kat sana" kata Haziw dingin.

Alex dan Alvin keluar daripada rumah Aleeya.

"Awak nak pergi mana?" tanya Aleeya.

"It's not me. It's us. Markas aku. Jom" kata Haziq.

"Tapi saya takut"

"No need to be scared. I'm here. I'm your husband. The most powerful mafia in this world. I'll take care of you. Aku akan jaga kau. Jangan risau" kata Haziq.

Dia membawa Aleeya masuk ke dalam kereta sebelum kereta mereka meluncur laju ke markas Haziq.

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.
KEKASIH HATI MR MAFIAOnde histórias criam vida. Descubra agora