𝓒𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 35

111 6 0
                                    

"Sayang nak yang mana?" Soalan yang diajukan oleh Haziq dibiarkan tidak berjawab oleh Aleeya.

"Sayang cepatlah sikit. Dah setengah jam kita kat sini" Haziq melihat jam tangannya.

'Bini aku ni pilih kek pun lambat ke? Dia tenung semua kek tu macam tu soalan matematik'

"Ish sabarlah abang ni. Ibu tak suka benda manis sangat. Lepastu dia tak suka yang ada banyak krim dan dia tak suka perisa coklat" Haziq hanya menghela nafas berat. Nak tak nak kena lah jugak tunggu isterinya selesai memilih kek. Takkan nak tinggal sini.

Dia dan Aleeya dalam perjalanan ke rumah ibu isterinya. Puas Aleeya merayu pada Haziq nak balik ke rumah ibunya jadi dia ikutkan sajalah. Kerja kerjanya dia dah selesaikan dulu sebelum ikut Aleeya balik. Memang tidaklah dia nak benarkan Aleeya balik sendiri.

"Mikael?" Haziq berpaling kebelakang.

"Oh. Kau ke Hayder. Kau buat apa kat sini?" soal Haziq kepada lelaki kacukan cina yang bernama Hayder tersebut.

"Tempah kek kahwin" Hayder tersengih malu.

"Kek kahwin? Untuk siapa? Takkan untuk Daniel? Ke untuk Felix?" Haziq mengerutkan dahinya.

"Ish. Aku punyalah ni nampak kat tangan ni! Cincin tunang" cincin di jarinya di tunjuk di depan mata Haziq.

"Kau serius lah? Bukan kau kata tak nak terima anak kawan kawan mak kau ke?" membulat terus mata Haziq.

"Siapa orang bertuah tu?" terjongket kening Haziq. Hayder tersengih sengih.

"Tu ha. Tengah bersembang dengan perempuan berpurdah tu" Haziq melihat ke arah yang ditunjukkan Hayder.

"Perempuan tu bini aku lah" Haziq melihat ke arah isterinya yang sedang rancak bersembang bersama tunang Hayder. Orang suruh pilih kek dia pergi bersembang. Haih.

"Aikkk? Sejak bila kau kahwin? Tak cakap pun! Kad kahwin pun aku tak dapat" Haziq tersenyum.

"Kahwin instant je mat. Nanti aku cerita" Hayder hanya mengangguk.

"Sayang. Lama lagi ke nak pilih? Nanti jammed pulak jalan" Aleeya tersentak.

"Awak dah habis order kek?" soal Hayder kepada tunangnya.

"Dah. Pilih yang ni nak tak?" perempuan tersebut menunjukkan gambar kek yang dipilihnya.

"Abang ni. Saya tengah berbual dengan dia tadi. Kejap je pun. Abang kenal ke tunang dia tu?" soal Aleeya sambil melihat ke arah rakan yang baru dikenalinya.

"Kenal je. Dia er.. Rakan sekerja abang" Haziq tersengih.

"Dia kerja dekat company abang ke? Tak pernah nampak pun" soal Aleeya musykil.

"Eh dia ada company sendiri lah. Maksud abang rakan sekerja tu dia dengan abang bergabung dalam satu projek. Ha macam tu" Aleeya hanya mengangguk.

"Haziq. Kenalkan ni bakal isteri aku. Isla Jasmine Melody. Ni pulak Haziq Mikael. Kawan saya" Haziq dan Jasmine hanya senyum dan menunduk sedikit.

'Takkan nak salam? Gila ke? Mahu Aleeya baling aku campak dalam sungai'

Aleeya tersenyum kecil mendengar isi hati Haziq. Tahu pun takut.

"Okay lah. Aku gerak dulu Haziq. Nanti sambung sembang" Haziq dan Hayder bersalaman sementara Aleeya dan Jasmine bertukar nombor. Hayder dan Jasmine kemudian keluar daripada kedai tersebut.

"Sayang dah pilih kek?" soal Haziq.

"Dah!" Aleeya mengangkat kotak kek ditangannya. Haziq tersenyum kecil.

KEKASIH HATI MR MAFIAWhere stories live. Discover now