𝓒𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 28

245 15 0
                                    

"Saya kata saya tak nak makan saya tak nak lah! Kenapa awak nak kena paksa saya makan?!" pekikan Aleeya bergema di segenap ruang bilik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Saya kata saya tak nak makan saya tak nak lah! Kenapa awak nak kena paksa saya makan?!" pekikan Aleeya bergema di segenap ruang bilik.

"Sayang kena sedar sekarang ni sayang tengah sakit tau. Kalau tak makan nanti melarat sakitnya" kata Haziq dengan dahi yang berkerut. Puas dia memujuk isterinya untuk makan. Tetapi Aleeya tetap berdegil. Haziq kelihatan kusut.

"Siapa punca saya sakit sekarang ni? Siapa punca saya hilang anak saya?" soal Aleeya dingin. Pandangannya dibuang ke luar tingkap.

"Abang tahu sayang sedih. Abang pun sedih dapat tau anak kita dah tak ada. Lagi lagi masa tu abang baru tau sayang mengandung" Haziq menunduk.

"Takkan awak tak perasan? Saya mengidam benda benda pelik. Melekat dengan awak 24 jam. Manja terlebih. Eh Haziq, semua tu simptom ibu mengandung takkan awak tak tau?!" soal Aleeya kuat.

Terpejam mata Haziq seketika. Ya. Dia bodoh. He's a jerk. Isteri sendiri mengandung pun tak sedar. Padahal Rash juga dah beritahu kemungkinan Aleeya mengandung.

Salah dia. Semuanya. Salah dia.

"Abang minta maaf. Semua salah abang, abang tau sayang abang minta maaf" Haziq memegang tangan Aleeya erat. Aleeya mengetap bibirnya kuat.

"Malam tu. Saya dah banyak kali kata kat abang jangan pergi. Abang pergi jugak. Memang. Memang bunuh musuh abang lebih utama daripada keselamatan saya" kata Aleeya. Suaranya bergetar menahan amarah.

My wife is my first priority.

Itu kata kata Haziq dahulu. Haziq menunduk. Bibirnya mengukir senyum sinis. First priority konon. Jika boleh, mahu sahaja dia mengambil pisau dan menikam dirinya berkali kali.

"Abang keluar. Saya tak nak tengok muka abang"

"Tapi sayang tak makan lagi" Haziq memandang mangkuk bubur ayam yang dia letakkan di atas bed tray.

"Pandai pandai lah saya makan bila lapar nanti. Tinggalkan aje dekat sini" kata Aleeya dingin lagi.

Haziq menghela nafas berat. Mangkuk bubur di angkat dan diletakkan di atas food trolley. Dia membantu Aleeya untuk baring dengan selesa sebelum menyelimutkan Aleeya.

"Tak payahlah, saya panas" kata Aleeya.

"Tapi sayang stokin pun tak pakai. Tak sejuk?"

"Saya mati beku kat sini pun bukannya awak nak kisah" kata Aleeya.

"Sayang for just one second. Can you put down your ego? Untuk sekali je sayang, abang merayu. Sayang sakit buat cara sakit. Jangan lawan cakap abang" Aleeya menjeling suaminya sebelum matanya ditutup rapat.

Setelah Haziq keluar dari bilik tidur mereka Aleeya membuka matanya kembali. Dia termenung seketika. Melampau sangatkah aku? Layan suami macam tu? Semakin Aleeya fikir, matanya semakin berkaca sebelum mutiara jernih mengalir perlahan di pipinya.

KEKASIH HATI MR MAFIAWhere stories live. Discover now