𝓒𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 8

426 19 2
                                    

"Lambat lagi ke Izzaty? Jangan lah tebal sangat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Lambat lagi ke Izzaty? Jangan lah tebal sangat. Malu aku nak keluar nanti. Lagipun aku berpurdah. Tak perlu tebal sangat mekap" kata Aleeya.

"Shh diam. Alah bukan tebal mana pun. Aku dah masak dengan perangai kau yang suka mekap simple. Bibir kau pakai lip balm sikit je dah cukup. Sebab bibir kau tu merah asli. Muka kau pun dah putih melepak. Pipi kau dah sedia pink. Ha natural beauty tu" bebel Izzaty sambil membetulkan purdah Aleeya yang senget.

Sudah dua minggu berlalu sejak perbincangan kami tentang majlis perkahwinan. Bagi Aleeya tak perlu pun buat grand grand. Buat sikit je dah lah.

Tapi Alvin kata kahwin sekali seumur hidup jadi bila nak merasa lagi. Maka, Haziq tukar plan aku kepada plan dia. Tak sangka grand macam ni. Dia membuat majlis kahwin di hotelnya. Ya. Hotel milik Haziq. La Pearlz Hotel.

Tentang baju pengantin, Haziq dapatkan dari butik Farah. Farah yang akan design baju kami. Sangat cantik. Minimalis, elegant dan sesuai untuk dia.

"Dah siap?" tanya Farah yang baru masuk ke dalam bilik pengantin perempuan.

"Hm. Sikit lagi. Okay done! Oh my god ! Cantik nya ratu sehari kita ni! Farah omg omg! Aku tak sangka weyh kawan kita nak kahwin dah. Huhu rasa macam baru semalam aku kenal kau dekat sekolah menengah!" jerit Izzaty dia mahu memeluk kepala Aleeya tapi dihalang Farah.

"Jangan mengada lah. Rosak tudung dia nanti. Dah elok dah tu. Aleeya, jom. Haziq dah tunggu kat luar" kata Farah. Mereka mengiringi Aleeya keluar.

Kelihatan Haziq sudah duduk di hadapan tok kadi. Mukanya hanya tenang. Tenang? Macam lebih kepada beku je? Macam tak rela je?

"Baik. Boleh kita mulakan sekarang?" soal tok kadi. Haziq hanya mengangguk.

"Haziq Geogery Mikael bin Carlos Geogery Marco"

"Ya, saya" sahut Haziq.

"Aku nikahkan dikau, Aleeya Natasya binti Abu Nasir dengan mas kahwinnya RM 20,000 tunai"

"Aku terima nikahnya, Aleeya Natasya binti Abu Nasir dengan mas kahwinnya RM 50,000 tunai"

"Sah?"

"Sah"

"Sah"

"Alhamdulillah"

Dengan sekali lafaz Aleeya sudah selamat menjadi isteri kepada Haziq.

Selepas selesai bacaan doa, Haziq merapati Aleeya untuk sesi pembatalan air sembahyang.

"Bagi salam dulu mat!" jerit Alvin. Haziq hanya diam.

Aleeya hanya menahan senyumnya melihat muka Haziq. Tak tau kenapa. Tapi lawak. Dia menyarung cincin Haziq setelah Haziq menyarung cincin untuknya. Tangan Haziq dicium lama sebelum dahinya juga dicium lama.

KEKASIH HATI MR MAFIAWhere stories live. Discover now