𝓒𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 34

106 6 0
                                    

"Kau sure ke Haziq bagi kita masuk ni? Bukan dia dah larang kita untuk masuk rumah dia sesuka hati ke?" Rash memandang Alvin dan kunci ditangannya bergilir gilir.

"Aku ada benda penting nak bincang dengan dia" Melihatkan Alvin yang sangat serius, Rash akhirnya akur. Sebaik sahaja pintu rumah agam Haziq terbuka, Alvin terlebih dahulu masuk mencari Haziq.

"Mana pulak dia ni?" rungut Alvin.

"Ala abang boleh lah. Aleeya janji Aleeya duduk dalam rumah je" kepala Alvin berpaling ke arah suara Aleeya yang didengarinya. Kelihatan Aleeya dan Haziq di dapur. Aleeya hanya mengikuti setiap langkah Haziq sambil merengek sementara Haziq menggelengkan kepalanya.

"Tak boleh sayang. Abang banyak musuh. buatnya dia serang dekat rumah tu macam mana? Abang tak ada nak teman sayang kat sana" Aleeya mencebik.

"Alah pasanglah bodyguard" terdengar keluhan Haziq.

"Abang takut anak buah abang ada yang khianat abang. Buatnya ada anak buah abang yang sebenarnya spy musuh abang ikut sayang? Macam mana?" Haziq kemudian menyusun langkah ke arah peti sejuk. Aleeya setia mengikuti belakangnya.

"Kan ada Alex, Alvin, Rash, Jash semua. suruh diorang lah"

"Diorang pun ada kerja jugak sayang. Abang tak nak kacau diorang" nafas berat dihela oleh Alvin. Apa lagi yang digaduhkan laki bini tu tak tahu lah.

"Apahal ni?" dia menegur Haziq dan Aleeya di dapur kerana sudah penat menunggu suami isteri itu berbincang. Nampak macam sampai esok takkan habis.

"Bini aku nak balik rumah ibu dia. Rindu katanya" Aleeya hanya menunduk.

"Dah tu? Biar jelah. Kalau apa apa jadi, pandai pandai lah dia hidup. Nak sangat balik kan?" selepas Alvin menghabiskan ayatnya Aleeya berlalu naik ke bilik.

"Aleeya.. Sayang!" tangan Aleeya cuba dicapai tetapi tidak sempat. Isterinya menyusun langkah terlebih dahulu naik ke bilik. Merajuk mungkin? Panggilan Haziq juga tidak diendah oleh Aleeya.

"Kau ni apahal aduh. Karang nak kena pujuknya aku bukan kau"

"Ada benda penting aku nak bincang. Pasal Austin" Haziq hanya mengangguk bersahaja. Dengan bersahaja dia menyambung membancuh kopinya.

"Dan... pasal Vex"

Haziq kaku. Terhenti tangannya yang sedang ralit membancuh teh tadi.

"Apa kena kau mention nama dia tiba tiba?" hatinya tidak sedap.

"Aku just ikut apa yang kau suruh. You asked me to tail Austin right? Yes i did. Tapi masa aku tengok balik rakaman cctv dekat lobby office kau haritu, aku ternampak Vex" Haziq diam mendengar.

"Masa Austin marah bini kau tu dia ada dekat lobby. Dia tengah duduk dekat salah satu kerusi. Dia pakai hoodie hitam masa tu and then... Dia.. Err.." berkerut kerut dahi Haziq menunggu perkataan seterusnya yang akan keluar daripada mulut Alvin.

"Lepastu apa?! Kau jangan cabar kesabaran aku pagi pagi ni boleh tak Alvin?" mug yang dipegang oleh Haziq dihentak ke meja.

"Tiba tiba dia hilang. Like, cctv tu macam kena hack. Okay kalau kau tak percaya tengok ni sendiri" phone Alvin dikeluarkan daripada poketnya. Dia memainkan sebuah rakaman yang mereka lihat di office Alvin tempoh hari.

Rakaman tersebut menunjukkan Austin yang sedang memarahi isterinya.

"Kau tengok masa tu betul betul"

1 : 24 : 37

"Okay sekarang kau tengok ni. Ni Vex" mata Haziq melirik ke arah lelaki yang ditunjukkan Alvin. Memang betul tu Vex. Dalam kira kira lima saat kemudian Vex hilang daripada rakaman.

"Kau tengok balik masa"

1 : 32 : 18

"Kau tengok! Aku tak tipu kan? Rakaman cctv ni macam tercut" Haziq hanya diam.

"Macam mana dia boleh keluar daripada tahanan polis? Kalau aku tahu baik aku bunuh je dia. Aku cincang jadi 14 kerat campak dalam laut"

"Abang nak buat apa?!" terhenjut bahu Alvin dan Haziq apabila Aleeya menjerkah mereka.

"Eh sayang? Bila sayang turun?" Aleeya tidak menjawab sebaliknya dia memandang Haziq tajam.

"Abang ingat nyawa tu macam mainan ke yang abang boleh sesuka hati cabut? Abang fikir abang tuhan ke berkuasa nak cabut nyawa orang?" naik turun dada Aleeya memarahi suaminya.

Paling pantang dengan orang yang bermain dengan nyawa. Sudah banyak kali dia menasihati suaminya untuk berhenti melakukan semua kerja itu. Tetapi Haziq tetap Haziq. Memang taklah dia nak stop terus.

"Kalau abang seksa dia dan bunuh dia, abang tak ada beza dengan diorang semua" terdiam Alvin dan Haziq.

"Tapi kalau abang biar, nyawa kita yang terancam nanti" Aleeya tersenyum sinis.

"Apa yang jadi masa abang nak balas dendam dekat datuk abang? Nyawa Aleeya tetap terancam juga kan?" sekali lagi Haziq terdiam. Tidak tahu mahu jawab apa.

"Kalau suatu hari nanti kita dah ada anak. Abang nak ke anak tu digelar anak pembunuh? Abang tak kisah kalau masa tu nyawa dia terancam sebab kerja abang ni?" Haziq diam merenung kakinya.

"Aleeya, you kena faham. Generasi Haziq ni dah mula membunuh sejak moyang dia lagi. Jadi kalau nak berhenti tu memang susah. Lagipun bukannya kami buat kerja haram macam buat dadah ke, kutip hutang ke, pukul orang tanpa sebab ke. Kami bukan macam mafia lain"

"Dahtu nak pakai senjata tu seludup secara haram jugak kan? Haram lah tu. Lagipun korang bukannya tuhan nak cabut nyawa orang. Biar Allah je balas apa yang diorang dah buat. Lagi satu. Nama kumpulan korang tu lame sangat. Ingat sedap ke?"

"Mana lah abang tahu sayang. Moyang abang yang tetapkan" Perlahan Haziq menjawab.

"Tapi betul jugak cakap bini kau Haziq. Nama group kita tak sedap. The Evil Knight. Eh kau tukar lah Haziq. Pelik pulak aku dengar" Alvin menyuarakan pendapatnya.

"Tak tahu pulak aku bos aku takut bini?" serentak kepala Aleeya, Haziq dan Alvin berpaling ke arah suara tersebut.

"Aik? Sejak bila kau kat situ Rash?" kening Haziq terangkat kehairanan melihat Rash yang sedang berjalan mendekati mereka.

"Sejak Alvin masuk tadi. Tapi memang ya. Nama kumpulan kita macam tiber. Tak sedap langsung" Rash memeluk bahu Alvin.

"Ish! Point dia sekarang ni saya nak abang stop membunuh! Bukan tukar nama kumpulan je. Bubarkan terus!"

"Woi. Kau diam sikit boleh tak. Bingit telinga aku. Daripada tadi kau menjerit tak sakit tekak ke?" Rash menggaru kepalanya yang gatal.

'Ish. Apa pasal gatal betul kepala aku ni. Bukan aku baru shampoo semalam ke? Ke ada kutu?'

"Rash kepala awak ada kutu ke?" Aleeya yang mendengar isi hati Rash terus menyorok dibelakang suaminya.

"Eh? Ma-mana ada! I baru shampoo semalam ek! Jangan nak fitnah! Fitnah tu berdosa lagi besar daripada membunuh!" jerit Rash. Serta merta Alvin menolak rakannya sebelum menutup rambutnya sendiri menggunakan tangannya.

"Eh jap. Maknanya kalau kita membunuh tak adalah besar sangat dosa dia macam dosa fitnah kan Aleeya? Ha so okay lah kita membunuh" Aleeya menepuk dahinya.

Ha sudah.

KEKASIH HATI MR MAFIAWhere stories live. Discover now