𝓒𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 39

95 8 1
                                    

Halimah menyusun langkah menaiki tangga rumahnya. Perlahan lahan pintu rumah dibuka sebelum dia mengunci pintu semula. Maklumlah. Zaman sekarang ramai manusia yang berniat jahat.

"Apa kena gelap bebenor rumah aku ni? Tak reti nak pasang lampu ke anak anak aku ni?" Halimah mencari suis lampu. Sebaik sahaja jumpa, dia terus menyalakan semua lampu di ruang tamu rumahnya.

Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati Haziq bersama empat lagi lelaki yang tidak dia kenal sedang duduk di ruang tamu. Salah seorang daripada mereka sedang memakan stok muruku yang dibuatnya semalam.

"Ee bluek. Mak cik nak jual muruku ni ke? Kat satu kampung? Jangan lah mak cik. Tercirit satu kampung ni karang. Tak pasal pasal subur semua tanaman kat kampung ni" Alvin menutup balang muruku ke limanya yang telah kosong.

Lama sangat tunggu si diva ni membeli belah. Dekat pasar je pun. Apa yang lama sangat pun tak tahu. Dekat tujuh jam diorang tunggu dalam rumah tu. Maka habislah 5 balang muruku ditelan seorang Alvin.

"Kau orang ni siapa? Kamu sedar tak aku ni isteri ketua kampung?! Bermakna kamu semua dah ceroboh masuk rumah ketua kampung! Boleh masuk penjara tahu?!" tangan Halimah terketar ketar mencapai telefon di dalam beg tangannya.

"Uish. Benda second dia sebut dia isteri ketua kampung. Fuyoo. Bangga ke jadi isteri ketua kampung? Lek lu. Isteri ketua kampung je. Bukan isteri perdana menteri" Rash berdiri sebelum memasukkan tangannya ke dalam kocek seluar.

"Nak report polis? Report lah. Mak cik ingat kami masuk rumah mak cik penat penat tunggu tujuh jam cuma untuk tengok mak cik report kami lepastu kami masuk lopak je ke?" soal Alvin

"Vin. Bukan lopak vin. Lokap vin. Aku tak mengaku kau kawan aku karang" tegur Rash.

Tangan Halimah perlahan mendail 999. Haziq yang nampak kemudiannya menghela nafas berat. Kalau boleh dia tak nak tunjuk depan si limau ni. Karang terkejut beruk mahunya tercirit tak pun sakit jantung kat sini. Buatnya mampus? Sia sia je diorang tunggu tujuh jam.

Sepucuk Glock 23 dikeluarkan daripada belakang seluarnya sebelum diacukan di dahi Halimah.

"Bak telefon kau"

"Eloklah bini engkau bomoh! Pembawa malang! Keturunan saka! Dapat laki perangai jin! Syaitan!" terketar ketar suara Halimah memaki hamun Aleeya dan Haziq. Nyawa dah dekat hujung tanduk pun masih lagi tak di silent mulut tu.

Haziq mengetap rahangnya kuat sehingga timbul urat kehijauan di seluruh leher sehingga ke dahinya.

Tanpa amaran Haziq menembak peha kanan Halimah.

"AAAARRRGHHH!" mulut Halimah segera ditutup dengan kain oleh Alvin. Dia menyumbat kain tersebut di dalam mulut Halimah sebelum mengikat hujung kain tersebut.

"Fuh. Boleh tahan jugak suara dia ni. Tak payah loudspeaker dah bergema satu kampung" Alvin duduk di sofa semula.

"Aik. Mana kau dapat kain tu Alvin?" soal Rash.

"Oh. Tu? Aku jumpa kat dapur tadi. Dah buruk sangat aku ingat dia dah tak nak guna. Tu yang aku rembat je. Harap bukan kain lap jamban lah" kata Alvin selamba.

"Cuba kau ulang ayat kau tadi. Aku tak dengar" mata helang Haziq menikam anak mata Halimah. Halimah sudah kecut perut. Terlajak perahu boleh patah balik, terlajak kutuk orang? Fuh buruk padah dia. Tak boleh reverse dah.

"Aku sebenarnya tak faham. Kenapa kita datang sini? Mak cik ni lemau je aku tengok. Ni nak angkat tong gas kt dapur pun tk larat aku rasa apatah lagi nak culik mak Aleeya" soal Alvin.

"Dia je orang last dalam kampung ni yang cari pasal dengan ibu" Haziq memandang Halimah yang sudah sesak nafas dengan pandangan kosong.

"Bukak kain tu Vin. Macam macam cacing dah aku tengok dia menggelupur" arah Rash.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 02 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KEKASIH HATI MR MAFIAWhere stories live. Discover now