𝓒𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 37

169 8 2
                                    

"Sayang boleh... apa?" ternganga mulut Haziq yang baru naik ke ruang tamu daripada dapur rumah tersebut.

"Eh! Sejak bila abang ada dekat situ? Aleeya tak perasan pun" soal Aleeya.

"Tak, sekarang ni abang nak tahu betul ke apa yang abang baru dengar tadi? You can hear people's thought? Sayang tak pernah bagitahu abang pun!" Aleeya mengetap bibirnya kuat. Macam mana ni...

"Abang marah?"

"Marah lah. Berapa lama sayang kenal abang? Kita dah kahwin berapa bulan dah sekarang? Sayang boleh je bagi tahu dekat abang tapi kenapa sayang sorok?" Ellis yang sedang duduk di sofa hanya diam menjadi pemerhati.

"Sorry. Aleeya takut kalau abang benci Aleeya macam kawan kawan Aleeya dulu" Haziq mengerutkan dahinya.

"Ibu masuk bilik dulu lah ya. Kamu berdua berbincanglah dulu dekat sini" Ellis mula mengorak langkah masuk ke dalam biliknya. Haziq menarik lengan Aleeya perlahan untuk duduk di atas sofa. Dia mengambil tempat di sebelah isterinya.

"Abang. Aleeya minta maaf. Aleeya bukan nak ketepikan abang atau tak percayakan abang. Aleeya takut kalau abang benci Aleeya sebab hal ni" Aleeya menunduk.

"Kenapa pulak sayang fikir macam tu?" soal Haziq.

"Dulu masa sekolah semua orang benci saya sebab kelebihan ni. Diorang kata saya ni bomoh lah apa lah. Saya dulu selalu kena buli tapi bila kakak saya masuk campur dia pun kena buli sekali.

Pernah ada orang sebelah kampung datang dan cuba culik saya sebab kelebihan ni. Jadi sejak tu, saya tak berani nak cakap dengan orang yang saya boleh dengar isi hati diorang" luah Aleeya. Haziq memandangnya sayu.

"Kawan kawan sayang yang sekarang ni tahu?" soal Haziq.

"Tahu. Farah dengan Izzaty sekolah sama dengan saya dulu. Sejak dari tadika, jadi diorang memang tahu pasal saya. Malah, diorang yang tolong saya masa saya kena buli" Haziq terdiam.

"Apa yang diorang buat dekat sayang?" soal Haziq.

"Hm? Siapa?"

"Orang yang buli sayang"

"Ouh benda biasa je. Kena baling telur, tomato busuk, kena kunci dalam stor, letak bangkai lipas dalam beg..." Haziq melihat muka Aleeya. Biasa? Biasa?!

"Sayang panggil tu biasa? Sayang, abang pun tak pernah kena macam tu" Aleeya tersenyum.

"Awak kan anak mafia. Tak ada siapa berani sentuh awak. Lagipun saya dah hadap benda ni daripada darjah empat sampai spm. Dah lali dah" semakin sayu wajah Haziq merenung isterinya. Mesti susah kehidupan Aleeya semasa sekolah dahulu.

"Sorry abang marah sayang tadi. Abang tak tahu pun sayang sampai kena buli macam tu dulu"

"Tak apa. Benda dah lepas dah pun" terus tegak badan Haziq.

"Lepas? Dah lepas sayang kata? Lepas apa yang diorang dah buat dekat sayang?" soal Haziq.

"Ala tak ada lah teruk sampai kena belasah" Haziq terdiam.

"Dahlah jomlah tido. Saya mengantuk ni" Aleeya menarik lengan Haziq tetapi Haziq enggan bergerak walau seinchi.

"Sayang pergilah dulu. Abang ada kerja sikit" Aleeya mengangguk sebelum masuk ke biliknya. Haziq hanya memerhati lewat ekor mata sebelum membawa telefon bimbitnya keluar. Nombor seseorang didail.

"Hello? Ha dah apahal call tiba tiba ni? Mak mertua kau reject kau ke? Ke sebab kes cik tipah tu?"

"Jangan nak membabi lah Alvin. Aku nak suruh kau cari maklumat ni. Bila aku balik je aku tahu semua maklumat tu dah ada atas meja aku" Haziq melihat ke arah pintu bilik iterinya. Risau jika Aleeya terdengar.

"Berapa orang kau nak cari?"

"Tak banyak pun. Aku nak kau cari budak budak yang sekolah dengan isteri aku daripada darjah empat sampai tingkatan 5"

"HAAAAAAAA?!"

...

"Mata kau dah apahal Alvin?"

"Si Haziq lah. Ada ke patut dia suruh aku cari budak budak yang sekolah sama dengan Aleeya daripada darjah empat sampai budak tu habis sekolah? Gila ke mamat tu?" tangan Alvin lincah bermain di atas papan kekunci komputer ribanya.

"Setakat ni berapa ramai yang kau dah cari?" soal Alex. Dia melabuhkan punggungnya di atas sofa.

"6392 orang dalam masa 43 jam 17 minit 21 saat" jawab Alvin dengan mata kuyu. Ternganga mulut Rash.

"Kesiannya kau. Bertabah lah ya rakan. Kitaorang pergi makan lu. Cau" serentak itu Alex, Jash, Rash dan Henryk keluar daripada bilik Alvin.

"Haih. Aku ingatkan nak tolong aku sekali tadi. Rupanya tak" Alvin menggeliatkan badannya.

"Dahlah. Aku nak rehat jugak" Alvin berlari keluar daripada bilik kerjanya bagai babi hutan hendak menyondol bontot orang. Nanti nanti lah dia sambung kerja tu.

...

"Ibu Aleeya nak keluar kejap ke kedai. Ibu ada nak kirim apa apa?" Aleeya mencapai tas tangannya seraya menyalam tangan orang tuanya. Ibunya menggeleng.

"Macam mana semalam?"

"Semalam? Oh pasal tu Aleeya dah beritahu semuanya pada Haziq" Ellis mengangguk faham.

"Baguslah macam tu. Kamu kena ingat. Kamu tu isteri dia. Dia berhak tahu semua benda tentang kamu. Jangan rahsia kan apa apa dah ya?" Aleeya tersenyum sebelum menggangguk kecil sebelum ke pintu utama rumah tersebut. Kasut dicapai.

"Ibu tak apa ke tinggal sorang sorang kat rumah ni? Haziq tak ada. Dia keluar sekejap tadi" Aleeya menyarung kasutnya. Ellis yang berada di muka pintu menggeleng sebelum memeluk anaknya.

"Ibu sayang Aleeya sangat sangat tau. Jaga perangai dengan suami. Jangan melawan cakap dia. Patuh arahan dia. Jadi isteri yang baik faham?" sekali lagi Aleeya mengangguk.

"Ibu ni kenapa? Macam pelik je tiba tiba cakap macam tu" Ellis tersenyum.

"Cepat sikit mengandung. Ibu nak tengok cucu ibu sebelum ibu pergi kalau boleh. Boleh ibu main dengan dia sekali" Ellis tertawa kecil.

"Ish, apa ibu ni cakap macam tu. Ibu jangan berani nak tinggalkan Aleeya sebelum Aleeya dapat menantu. Kalau tak Aleeya merajuk"

"Aleeya, ajal tu di tangan tuhan. Kalau satu hari nanti ibu dah tak ada, kamu janji dengan ibu jangan menangis. Teruskan hidup macam biasa. Kamu muda lagi. Masih panjang perjalanan hidup" Aleeya mengerutkan dahinya.

"Ish ibu ni. Aleeya tak nak hilang ibu" Aleeya memeluk ibunya erat. Pelukannya dibalas erat oleh Ellis juga.

"Ibu sayang Aleeya sangat sangat tau"

...

"Aik? Kau buat apa kat sini babe? Stress ke?" Seorang perempuan dengan parut di dahi duduk di sofa ruang tamunya. Mata melirik ke arah rakannya yang sedang ralit merenung ke luar tingkap.

"Kau fikir pasal dia ek? Alah. Kau ni. Jangan lah risau. Aku dengar dia kahwin dengan mafia. Comfirm selamat punya babe" rakannya menghela nafas berat.

"Itu yang aku risaukan. Kau macam tak tau suami dia tu banyak musuh. Buatnya dia jadi mangsa macam mana?"

"Alah kau ni banyak cakap lah. Kalau nyawa dia terancam, kau kan ada? Tak pun aku. Kita bunuh je semua musuh suami dia. Amacam?" Bahu raknnya dipaut erat.

"Sampai bila kau kena jaga dia dalam bayang Tasya? Tak boleh ke kau kata je yang kau masih hidup" rakannya yang bernama Tasya tersebut mendiamkan diri sebelum memandang rakannya.

"Tak apa. Janji dia selamat. Itu sudah cukup untuk aku"

KEKASIH HATI MR MAFIAWo Geschichten leben. Entdecke jetzt