𝓒𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 21

307 18 5
                                    

"Ni ayah"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ni ayah"

Dang! Semua memori buruk bagaikan diputar kembali. Aleeya memusing badannya. Matanya berair.

"Aleeya, Aleeya kena tolong ayah. Ada orang kejar ayah! Tolong ayah sembunyi Aleeya!" Aleeya menolak ayahnya.

"Aleeya takkan tolong ayah! Lepas apa yang ayah dah buat dekat ibu! Dekat kakak! Ayah selalu pukul ibu sebab nak duit. Selagi tak dapat duit, selagi tu ayah pukul ibu. Sampai Aleeya dengan kakak pun kena tempias! Ayah rogol kakak! Setiap hari ayah pukul Aleeya. Ayah kejam tahu tak ayah. Aleeya masa tu baru umur 5 tahun. Kakak pulak baru 10 tahun ayah!" suaranya dikawal supaya mereka sahaja yang dengar. Mata Aleeya memerah.

"Ayah cakap lah apa pun. Aleeya benci ayah" Aleeya merenung ayahnya dengan mata yang berkaca.

"Aleeya! Aku ayah kau kau tau tak?!"

"Ayah apa yang sanggup rogol anak sendiri? Yang sanggup pukul, dera anak dia sendiri? Yang sanggup bunuh anak dia sendiri? Cuba ayah bagitahu Aleeya. Ayah sepatutnya yang kena lindungi kitaorang" kata Aleeya dingin. Dia tidak pernah rasa marah begini.

"Aleeya kau jangan kurang ajar dengan aku" Abu Nasir memberi amaran kepada anaknya.

"Or what? Aleeya boleh telefon polis sekarang jugak kalau ayah nak" Aleeya mengeluarkan telefon bimbitnya.

"Kau!" Abu Nasir merentap tangan Aleeya. Aleeya mendesis kesakitan. Kuku Abu Nasir yang agak panjang dan tajam mencengkam tangan Aleeya dengan kuat

"Kau dengar sini perempuan. Baik kau tolong aku sembunyi atau-"

Buk!

Cengkaman pada tangan Aleeya terlepas.

"Atau apa?" Abu Nasir melihat gerangan yang berani menumbuknya.

"Kau siapa hah?!"

Haziq membantu Aleeya bangun. Panas hatinya melihat lelaki tua kerepot dah nak mampus yang tak sedar diri tu sakitkan isteri dia. Wa panas tau! Panas!

"Sayang, okay tak?"

"Aku tanya kau siapa bodoh?!"

"Aku suami dia" Haziq memegang bahu Aleeya sambil merenung tajam Abu Nasir. Dia menyelak sedikit handsock yang dipakai Aleeya. Luka. Okay. Kalini wa memang sudah panas sama lu. Berani orang tua tak sedar diri ni sakitkan isteri aku?! Kau memang nak kena sial.

"Suami? Oh, patutlah kau kurang ajar dengan aku. Dah ada suami rupanya. Eh mari sini aku bagi tahu suami kau ni kisah silam kau" Aleeya tersentak. Badannya menggigil kecil ketakutan.

"Kau tahu tak? Isteri yang kau sayang tu, ramai lelaki dah pernah pegang dia dulu lah! Peluk pernah! Cium? Lagilah pernah! Cuma mahkota dia je tak sempat diragut lagi. Tapi dia tu dah tak suci! Ramai lelaki dah pegang dia! Berlagak suci. Kau ingat dia bertutup litup macam tu, dia baik sangat ke hah?! TUIH! "

KEKASIH HATI MR MAFIAWhere stories live. Discover now