𝓒𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 33

161 7 0
                                    

"Apa yang kau dapat kalini?" soal seorang lelaki bersut hitam lengkap.

"Mereka di Italy boss. Nampaknya, Haziq sudah mempunyai seorang isteri" terjongket kening lelaki tersebut mendengar apa yang disampaikan oleh anak buahnya.

"A wife? Haziq Geogery Mikael? Are you really sure?" soal lelaki tersebut tertawa tidak percaya.

"Ya boss. Saya juga mendapat intel yang isterinya baru sahaja keguguran pada tiga minggu lepas. Mereka juga diserang di rumah Carlos Geogery, ayah Haziq tiga hari yang lepas" Lelaki tersebut mendiamkan diri.

"Spade. Kau nak buat apa kali ni?" seorang lelaki bermata hijau menyoal lelaki yang bersut hitam tadi.

"Aku rasa dah sampai masa kita serang. Dah lama sangat kita diam. Haziq tak akan expect untuk aku muncul dan serang dia" Spade menyilangkan tangannya.

"You'll be dead in no time Haziq"

...

Tok tok tok

"Masuk" dengan perlahan Aleeya masuk ke dalam bilik Haziq.

"Sayang" langkah Aleeya mati sebaik sahaja mendengar suara garau suaminya.

"Y-ya?"

"Sayang naik guna tangga ke lif? Jujur Aleeya" Aleeya senyap.

"Aleeya Natasya. I'm talking to you sayang" Aleeya menghela nafasnya.

"Tapi abang jugak yang kata Aleeya boleh pakai tangga kalau Aleeya dah okay. Asyik pakai lif je. Dahlah kerja Aleeya makan, minum, tidur, mandi. Nanti lama lama gemuk lah Aleeya kalau tak excercise langsung" Aleeya mencebikkan bibirnya. Haziq yang sedang menongkat dagunya menjongketkan dahi.

"When I said no then it's no sayang. Nak derhaka pada suami ke?" soal Haziq. Aleeya hanya diam menunduk.

"Hey... Abang tak marah lah. Come here. Sit on my lap" perlahan Aleeya melangkah ke arah suaminya yang sedang duduk.

"How was your day hm?" soal Haziq lembut. Dia mengusap kepala Aleeya. Aleeya menunduk mencebikkan bibirnya.

"Abang. Aleeya cantik tak?" soal Aleeya tiba tiba. Dahi Haziq berkerut. Tak pernah pernah isterinya menyoal perkara tersebut. Setahunya Aleeya memang yakin dengan rupa dia. Malah, dia tak kisah langsung pendapat orang lain tentang dirinya.

"Kenapa sayang tanya tiba tiba?" soal Haziq.

"Ihh abang ni. Aleeya soal dulu kan. Abang jawab dulu lah baru tanya soalan lain" Aleeya menyilangkan tangannya sebelum memandang ke tempat lain, merajuk.

'Bini aku ke ni? Tak padan dengan umur betul' mendengarkan bicara hati Haziq, Aleeya memandang suaminya.

Dia.. dah boleh dengar suara hati Haziq semula! Jadi betullah dia tak hilang kuasa dia. Aleeya tersenyum tetapi sesaat kemudian mukanya masam kembali. Tak padan dengan umur? Apa? salah ke dia nak act macam budak pun? Ke.. Haziq menyampah? Dia penat ke layan perangai aku?

Perlahan Aleeya bangun daripada riba suaminya. Melihatkan itu Haziq segera memegang tangan isterinya. Haih. Trauma betul masa Aleeya marahkan dia haritu. Sakit wo.

"Sayang cantik lah. Kenapa sayang tiba tiba tanya?" soal Haziq. Melihatkan Aleeya yang berdiam diri dia melontarkan lagi satu soalan.

"Siapa yang cakap sayang tak cantik tu? Penjaga kaunter haritu ke? Atau pekerja pekerja lain?" Aleeya memandang suaminya.

"Masa Aleeya datang dekat office abang minggu lepas, Aleeya terlanggar bahu seorang lelaki ni. Lepastu dia tengking Aleeya. Dia cakap Aleeya macam macam lepas Aleeya minta maaf dekat dia. Lepastu dia cakap Aleeya buruk. Perempuan buruk baik duduk rumah je ha macam tu" Sayu suara Aleeya mengadu kepada suaminya.

"Kesian isteri abang ni. Sayang jangan down, hm? Sayang perempuan paling cantik dekat dunia ni. Lagipun dia tak nampak pun muka Aleeya, macam mana dia boleh sure sangat yang sayang tak cantik? Lagipun kecantikan isteri abang, abang je layak tengok" mendengarkan itu Aleeya tersenyum menampakkan matanya yang sepet.

"Sekarang sayang nak abang buat apa? Bunuh jantan tu? Boleh. Seksa dia? Lagilah boleh" Senyum Aleeya mati. Baru dia teringat dia berkahwin dengan ketua mafia.

"Abang dah janji tak akan membunuh dah kan?" Haziq diam memandang isterinya.

"Kalau abang nak tengok je muka dia boleh?" Soal Haziq.

"Buat apa?"

"Adalah hehe"

...

BHAM!

"Alvin. Bukak cctv dekat lobby office aku minggu lepas" terjatuh keropok yang dipegang Alvin sebaik sahaja Haziq menghempas pintu pejabatnya.

"Kalau setakat nak tengok cctv baik kau pergi bilik security je Ziq" Alvin menekan nekan keyboard komputernya.

"Jauh sangat" Alvin menghela nafas berat sebelum menjeling Haziq.

"Nah" dengan teliti Haziq melihat satu persatu rakaman sehingga ada satu rakaman mengalihkan perhatiannya. Dia terdiam lama.

"Alvin"

"Hm, Apa?"

"Dua tahun lepas, kau sure ke kau dah bunuh mamat tu?" soal Haziq.

"Mamat? Mana satu ni? Banyak mamat aku bunuh dua tahun lepas" Alvin melihat skrin komputernya sebelum dahinya berkerut.

"Tu... Bukan ke.."

"Austin Karter" Rahang Haziq diketap kuat menampakkan urat biru kehijauannya. Tahulah Haziq sedang marah sekarang.

"Haziq. Kau marah sebab dia still hidup ke apa?" Soal Alvin berhati hati. Takut juga dia kalau Haziq mengamuk dekat dia sebab tak comfirmkan betul betul kematian Austin. Tapi, Tak mungkinlah. Dia nampak dengan mata kepalanya sendiri Alex kelar leher Austin sebelum mencampakkannya ke dalam laut.

Takkan zombie?

"Austin jumpa isteri aku dekat lobby minggu lepas. Aku ingat jantan random je langgar bini aku, rupanya dia" Mata Alvin serta merta membulat.

"Dia tahu ke Aleeya isteri kau?" soal Alvin.

"Itulah yang aku takut sekarang ni. Aku risau Austin baru muncul sekarang sebab dia tahu aku dah ada isteri" mereka berdua diam memandang rakaman yang telah diberhentikan tadi.

Austin Karter. Dua tahun lepas, Haziq menghantar Alex dan Alvin ke Spain untuk membunuh Austin kerana telah membunuh nenek Haziq. Seminggu selepas kematian Austin dimaklumkan kepada Haziq, muka Austin muncul di berita yang menyatakan mayat Austin dijumpai di celah batu berdekatan pantai.

Dahtu? Siapa yang mereka nampak tadi? Hantu?

"Kau positive thinking jelah Haziq. Mungkin roh dia tak tenang so dia muncul sebagai hantu yang boleh langgar manusia dan nak jatuhkan company kau. Kebetulan pulak yang dia langgar tu bini kau so apa lagi? Pergilah panggil ustaz halau dia" Haziq mencengkam bahu Alvin kuat menyebabkan Alvin menjerit dengan refleks.

"Aku tak main main Alvin. Kalau dia target bini aku memang kena aku dengan madre" Alvin yang mukanya sudah nazak hanya menganggukkan kepalanya dengan dahi berkerut.

"Dahtu? Nak buat apa sekarang ni?" Soal Alvin.

"Kau bosan tak?" soal Haziq tiba tiba.

"Bosan lah jugak. Kenapa?"

"Aku rasa dah sampai masa kau jadi Phantom semula" dengan laju kepala Alvin berpusing melihat Haziq dengan mata bersinar.

"Kau serius ke ni?!" Haziq hanya mengangguk.

"Tapi! Jangan hijack private jet aku, kawal kereta aku, hack cctv rumah aku dan padre dan jangan kau berani masuk dalam phone aku. Kalau aku tahu, siap kau aku bunuh" Alvin mengangguk berkali kali dengan mata bersinarnya.

"Okay so apa yang aku kena buat?" tangan Alvin menekan satu butang di sebelah komputernya. Automatik semua lampu terpadam dan lampu LED di dinding belakang dan depan Alvin menyala. Alvin menyeringai melihat komputernya. Apa yang dia pandang pun tak tau. Ada wallpaper Gojo je.

"Ni dah kenapa tutup lampu bagai?" soal Haziq pelik.

"Saje. Baru feel macam spy ke, detective ke" Alvin menyengih.





KEKASIH HATI MR MAFIAWhere stories live. Discover now