𝓒𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 14

329 15 0
                                    

Pintu wad dibuka dari luar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pintu wad dibuka dari luar. Haziq masuk ke dalam wad vvip sambil memegang bakul buah buahan kesukaan Aleeya.

"Hey. Dah bangun?"

"Dah" Aleeya tersenyum. Di dalam wad tersebut tiada seorang pun boleh masuk tanpa izin Haziq. Kalau nak masuk kena ada pass yang cuma Haziq, Alvin, Alex, Jash dan Rash sahaja yang ada.

"Aku ada bawak bubur sekali. Makan dulu lepastu baru makan ubat" kata Haziq sambil membuka bekas makanan yang dibawanya.

Dia menyuap Aleeya. Sudah dua hari setelah Aleeya dimasukkan ke wad.

"Awak"

"Hm" jawab Haziq sambil menyuap Aleeya makan.

"Bila saya boleh balik? Kat sini bosan lah" kata Aleeya.

"Hmm. Dalam tiga hari lagi lepastu kau balik" kata Haziq. Dia menyambung menyuap Aleeya.

"Lamanya" Haziq tersenyum.

"Kau tak sihat lagi kan? Macam mana kalau kau tiba tiba sakit dekat rumah?" soal Haziq. Aleeya terdiam.

"Ye lahh" kata Aleeya. Haziq menyambung suapan. Setelah habis dia membantu Aleeya minum air dan makan ubat. Kerana Aleeya masih tidak boleh duduk. Tulang rusuknya retak kerana Vex.

"Jap. Aku kupaskan buah" kata Haziq. Dia mengambil pisau dan memotong buah untuk Aleeya. Setelah selesai dia menyuap Aleeya satu demi satu buah tersebut.

"Sedap?" Aleeya mengangguk.

"Esok aku bawak lagi" kata Haziq. Aleeya hanya mengangguk. Sejak Haziq kata yang dia mula sayangkan Aleeya, Haziq banyak berubah.

Contohnya ni lah. Haziq dah tak layan dia dengan dingin macam dulu dan Haziq lebih banyak tersenyum daripada dulu. Biasanya muka masam aje.

"Kenapa kau tengok aku macam tu?" soal Haziq pelik.

"Tak adalah. Cuma awak dah banyak berubah" kata Aleeya. Seketika kedengaran tawa Haziq. Kali pertama dia dengar Haziq ketawa. Bukan lagi ketawa sinis. Tetapi kalini betul punya ketawa.

"Mana ada. Muka aku sama aja. Mananya yang aku berubah. Kau ni pelik pelik je" kata Haziq.

"Perangai awak lah yang berubah" kata Aleeya.

"Perangai aku? Contohnya?" soal Haziq

"Contohnya awak dah banyak senyum berbanding dulu. Cara layanan awak dekat saya pun dah tak dingin macam dulu" kata Aleeya.

"Dulu? Dulu yang kau maksudkan tu dua minggu lepas ke?" soal Haziq.

"Hm" Aleeya mengangguk.

"I'm truly sorry. Aku ego. Tak nak mengaku perasaan sendiri tapi hebat jugak kau. Dua minggu je masa untuk buat aku jatuh cinta" kata Haziq sambil tersenyum. Aleeya hanya ketawa kecil.

KEKASIH HATI MR MAFIAWhere stories live. Discover now