𝓒𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 26

218 15 0
                                    

"Kau pasti ke Haziq?" soal Alex meminta kepastian daripada ketuanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kau pasti ke Haziq?" soal Alex meminta kepastian daripada ketuanya.

"Tak boleh tangguh dah. Aku tak tahan nak bunuh parasit tua yang memang dah nak mampus tu" mata kelabu Haziq tajam memandang sniper rifle di hadapannya.

"Kalau isteri kau tahu kau nak pergi kotorkan tangan kau, dia mesti tak suka Haziq" kata Alvin dengan muka risau.

"Habistu nak tunggu sampai bila? Sampai dia bunuh isteri aku baru nak bunuh dia?! Orang tua tu memang tak padan dengan umur yang memang menunggu masa nak mampus tu" rahang Haziq diketap sehingga menampakkan urat urat lehernya yang menandakan dia sememangnya sedang marah saat ini.

Dua hari lepas Aleeya pengsan kerana menerima kotak yang dipenuhi dengan kepala burung gagak yang masih basah dengan darah. Di dalamnya juga berisi dua jantung manusia dewasa dan satu jantung kanak kanak yang masih segar dengan darah serta tulisan yang bertulis

'M A T I'

Dengan menggunakan darah.

Tidak cukup dengan itu, dua orang pembunuh diupah untuk membunuh Aleeya. Nasib baik waktu itu ada Farah yang menemani Aleeya. Nasib baik juga Farah pandai berlawan. Kalau tidak, tak tau apa yang akan terjadi dengan Aleeya.

Tengok isi dalam kotak sahaja, Haziq sudah tahu siapa yang mengirim.

"Tapi Haziq, lebih baik buat masa ni kau duduk rumah jaga Aleeya dulu. Kerja company kitaorang uruskan" Alvin tetap memujuk Haziq.

"Tak ada masa. Aku nak orang tua tu mati harini jugak!" Haziq masih berkeras.

"Haziq. Kau ingat tak aku kata yang aku syak Aleeya mengandung? Dalam kotak tu ada dua jantung manusia yang melambangkan nyawa kau dan Aleeya. Tapi lagi satu jantung kecil tu? Aku tak sedap hatilah. Aku rasa baik kau suruh Aleeya check betul ke tak dia mengandung" Rash sudah mula mundar mandir di dalam bilik kerja Haziq. Tak mungkin firasatnya salah.

"Kalau dia mengandung pun aku kena jugak bunuh orang tua tu"

"Tapi kalau Aleeya mengandung, kau patut jaga kat rumah Haziq! Nyawa anak dan isteri kau is your first priority! Berapa kali dah nyawa Aleeya tu terancam? Kau kenal siapa yang ugut kau kalini kan Haziq? Datuk kau. Kau kenal sifat dia macam mana. Apa yang dia nak, dia akan dapat. Even if it cost the whole world, he's ready to sacrifice it" kali ini Jash pula yang masuk campur. Alex hanya diam. Mata biru lautnya selesa memerhati.

"Tak ada masa!"

Tok tok tok

Suasana sunyi seketika daripada perbincangan mereka. Melihat tidak ada sesiapa yang mahu buka pintu, Alex menyusun langkahnya ke pintu. Pintu dibuka. Terpacul wajah Aleeya yang sembab.

"Aleeya, buat apa sini? Abang kata tidur kan?" kata Haziq dengan kerutan di dahi.

"Bro pergi lah pujuk bini kau. Kau memang dah biasa dengan semua ni tapi dia tak" kata Rash. Terselit simpati melihat Aleeya dengan keadaan begitu. Haziq melepaskan nafas berat.

KEKASIH HATI MR MAFIAWhere stories live. Discover now