𝓒𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 15

353 17 0
                                    

"Kau betul betul pasti ke tu dia?" satu suara garau kedengaran selepas dia memberikan laporan misinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kau betul betul pasti ke tu dia?" satu suara garau kedengaran selepas dia memberikan laporan misinya.

"Ya Tuan. Saya pasti. Nampaknya dia betul betul bencikan Tuan sehingga sanggup mengingkar arahan Tuan" kata anak buahnya.

"Dia betul betul mencabar kesabaran aku"

"Jadi apa yang tuan mahu buat sekarang?" soal anak buahnya.

"Kita tunggu. Tunggu dan lihat sejauh mana dia boleh bertahan. Kemudian kita serang. Secara mental dan fizikal" mata greyish green tersebut merenung tajam sebingkai gambar yang tergantung di dinding. Sebelum tersenyum sinis.

"You'll see what I can do Haziq, You'll see"

.....

Tok!
Tok!
Tok!

"Come in"

Pintu bilik dibuka daripada luar.

"Assalamualaikum" Aleeya menutup kembali pintu bilik pejabat Haziq. Dua minggu telah berlalu. Luka Aleeya juga makin sembuh. Aku ulang. Makin ya. Makin sembuh. Bukan sepenuhnya sembuh.

"Hey. Kenapa tiba tiba datang?" soal Haziq selepas menjawab salam Aleeya. Ya. Daddy garunk kitew dah jadi seorang suami mithali guys.

"Saje je datang. Bosan lah duduk dekat kedai. Izzaty tak bagi tolong buat apa pun" kata Aleeya. Haziq tersenyum.

Ya. Haziqlah yang suruh Izzaty buat semua kerja Aleeya. Baru lepas sembuh gatal jugak nak pergi kerja. Puk kang. Nasib bini.

Izzaty? Minah tu takut kena bunuh. Dah jantan seketul ni pergi pandang dia macam nak pancung kepala dia. Mana budak tu tak takut?

Alvin? Hm budak bertuah tu lepas dengar je Izzaty kena 'buli' terus dia tinggalkan meja kerja dia. Dia pecut ke kedai Aleeya untuk membantu Izzaty. Tak sanggup tengok Izzaty penat katanya. Ada ada je lah tenuk sekor ni.

"Alah, kau pun bukan sihat sepenuhnya. Apa salahnya kau rehat dulu. Kerja sungguh sungguh buat apa? Kau bos kut. Hairan aku haih" kata Haziq. Dia sambung menyelak fail fail yang diberikan anak buahnya.

"Sebab saya bukan bos syarikat besar macam awak. Saya bos kedai cafe je. Kertas apa je yang saya boleh belek belek?" Aleeya memandang Haziq yang serius membuat kerjanya.

"Kenapa kau kerja?"

"Hm? Kenapa saya kerja? Untuk tampung mak saya kat kampunglah. Kalau tak kerja, tak ada duit. Tak boleh tampung mak saya kat kampung" kata Aleeya.

"Kau fikir kau kahwin dengan siapa? Aku CEO syarikat besar tau. Seluruh dunia tau syarikat aku. Tak cukup duit kau minta je lah kat aku" kata Haziq.

"Tapi tu kan duit awak. Saya nak pakai duit saya. Lagipun kalau tak kerja nanti saya bosan. Bila bosan saya boleh mati tau" Haziq ketawa. Bosan boleh mati? Yeyeje budak ni.

KEKASIH HATI MR MAFIAWhere stories live. Discover now