𝓒𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 23

236 20 0
                                    

Haziq melihat Aleeya, Aleeya makan dengan senyap

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Haziq melihat Aleeya, Aleeya makan dengan senyap. Sudah 30 minit begitu. Aleeya mencapai airnya. Sekali gus dia mengangkat muka. Alangkah terkejutnya dia apabila tersedar Haziq merenungnya tanpa henti.

"K-kenapa abang pandang macam tu? Aleeya ada buat salah ke?" soal Aleeya. Haziq merenungnya tajam membuatkan Aleeya gelabah. Aku ada buat salah apa ya?

"Tak ada apa cuma, sayang berkelakuan pelik harini. Kenapa?" soal Haziq sambil menyuap daging steak ke dalam mulutnya. Matanya dibuang keluar memerhatikan keadaan bandar yang sibuk.

"Erm. Tak ada apa apa lah abang. Aleeya... Cuma-" belum sempat Aleeya menghabiskan ayatnya, Haziq memotong.

"Takut dengan abang? Sebab sayang dengar cara abang seksa orang tua tak guna tu kan?" soal Haziq sambil makan. Aleeya tersentak. Macam mana dia tahu?

"Abang tahu sebab Xavian cakap kat abang yang Aleeya dah dengar orang tua tu menjerit sebelum masuk" kata Haziq. Dahi Aleeya berkerut.

"Xavian?"

"Hm. Yang kita jumpa depan lif tadi" Haziq mencapai airnya.

"Ouh.."

"Sayang takut?" soal Haziq. Aleeya tersentak. Dia menunduk bermain dengan jari runcingnya. Haziq merenung orang orang di luar tingkap restoran dengan tajam.

"A- Aleeya... Aleeya-"

"Abang tahu. Aleeya takut. Tak apa, abang faham. Dah jom. Abang dah habis makan" Haziq menyelit beberapa keping not 20 di dalam buku bill. Dia menarik lengan Aleeya keluar dari restoran dan masuk ke dalam kereta.

"Abang. Abang marah ke?" soal Aleeya selepas Haziq mula memandu.

"Tak" jawab Haziq tanpa menoleh ke arah Aleeya. Dia hanya fokus pada pemanduannya.

"Abanggg. Aleeya minta maaf kalau abang marah" Aleeya menggoncang lengan Haziq sedikit. Matanya berkaca.

"Sayang ni kenapa? Buat apa abang marah dengan sayang? Normal lah tu sayang takut sebab sayang tak biasa lagi kan?" Haziq menoleh sekali ke arah Aleeya.

"Hmm"

"Sayang. Pakai tali pinggang tu" arah Haziq tiba tiba.

"Hm? Oh, Sorry. Saya lupa" Aleeya menarik belt tali pinggang.

Haziq menekan pedal minyak serentak keretanya bergerak laju. Aleeya terkejut tetapi dia hanya diam. Dah tu nak buat apa lagi? Berjoget?

Bang!
Bang!
Bang!

Secara tiba tiba kereta Haziq ditembak. Haziq mengetap rahangnya kuat menahan geram.

"Sayang. Buka dashboard tu" Aleeya membuka dashboard dan Wala!

Terdapat sepucuk CZ 75 dan sepucuk Bersa Thunder 380. Aleeya mencapai kedua dua pistol tersebut. Tangannya terketar ketar. Gerun dia memegang senjata yang banyak digunakan untuk mencabut nyawa itu.

KEKASIH HATI MR MAFIAWhere stories live. Discover now