𝓒𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 32

143 7 0
                                    

Mata Aleeya terbuka dengan perlahan lahan. Sekali sekala dikelip kelip untuk memulihkan penglihatannya. Siling putih hospital menghiasi matanya.

Mata Aleeya kemudian menjelajah seluruh bilik yang didudukinya sehingga terhenti pada satu susuk tubuh yang sedang lena tidur di sebelahnya.

Haziq yang masih berbaju t shirt putih dengan tompok darah miliknya sedang lena tidur. Macam bayi yang tidur lena tanpa memikirkan apa apa masalah dunia. Muka Haziq kelihatan serabut dengan rambutnya yang sudah tidak mampu Aleeya terangkan. Aleeya senyap.

Macam mana dia boleh pengsan ya? Dia tak ingat pun dia kasar sangat sepanjang berpantang.

Kreeek

Seseorang membuka pintu. Tersembul (?) muka Henryk yang memakai hoodie hijau gelap.

"Hai akak iparku"

"Apa ryk buat kat sini?" Aleeya hanya mampu melihat Henryk melewat ekor mata kerana dia masih tidak larat untuk bangun.

"Ni. Ryk ada belikan bubur untuk abang dengan akak. Ryk risau sebab abang tak makan dekat dua hari dah. Yang dia telan cuma kopi, teh dan air masak" mendengarkan itu automatik kepala Aleeya berpaling melihat Haziq di sebelahnya.

"Kenapa dia tak makan sampai dua hari?" dahi Aleeya berkerut.

"Abang risaukan akak. Dengan kerja dia yang berlambak lagi. Tu pun pagi tadi sebelum ryk balik rumah, pukul 2 tu abang still berjaga siapkan kerja dia atas meja dekat hujung tu" mulut Henryk dimuncungkan ke arah sebuah meja kopi yang terletak di hujung bilik.

Terdapat komputer riba yang masih terbuka dan timbunan kertas yang berselerak. Di lantai, meja dan kerusi bertaburan pelbagai highlighter dan pen.

"Hargailah pengorbanan suamimu ya kak. Tu pun dah kena tampar dengan madre tiga kali masa first night akak warded" terbeliak seketika mata Aleeya.

"Kena tampar? Kenapa?"

"Madre dah tau macam mana akak kahwin dengan abang, apa sebab abang kahwin dengan akak, macam mana akak dengan abang boleh bergaduh dan sekian sekian" Henryk membuka chicken tortilla di atas meja sebelum disua ke dalam mulut.

"Akak maafkan lah abang tu. Kesian Ryk tengok dia. Tak terurus tu ha. Dah macam mati bini tahu? Lagipun abang dah menyesalkan? Berapa banyak kali dah abang minta maaf kat akak? Berapa banyak kali akak tinggi suara dekat abang? Ada abang marah akak balik? Dia salahkan diri sendiri lagi adalah" bebel Henryk panjang. Macam dia pulak yang duduk dalam jubo abang dia. Eh kasut abang dia.

Aleeya hanya mampu diam. Sedar akan silapnya.

"Akak tahu tak, selagi akak tak maafkan abang, madre tak akan maafkan abang jugak. Kira macam abang anak derhaka dan akak lah penyebabnya" selamba Henryk melontarkan kata kata tersebut. Memang sengaja dia mahu sakitkan hati Aleeya. Aleeya hanya mampu merenung muka Haziq.

"Bagus. Akak jadi isteri kepada lelaki yang derhaka dengan madre dia sendiri just sebab akak tak maafkan abang sampai sekarang. Bawa bawa insaflah ye kak. Abang tu dah lama tak cabut nyawa orang tau. Sebab? Sebab akak lah. Dia tak nak isteri dia digelar isteri pembunuh" Henryk berjalan ke meja kopi di bahagian hujung bilik. Dia mula mengutip satu demi satu pen dan highlighter sebelum menyusun kertas kertas kerja abangnya di atas meja.

"Ha! Ni baru cara menjadi isteri berguna. Bukan duduk senang lenang atas katil, arah abang sana sini, lepastu marah dia, dia suap akak makan akak marah, dia tolong dukung pun akak marah. Dia tolong tidurkan pun akak marah.

Tak sedar salah sendiri ya kak? Memang lah salah abang sebab tinggalkan akak macam tu je. Tak nak dengar pun pendapat Rash masa dia kata ada kemungkinan akak mengandung. Tapi akak pun salah jugak.

KEKASIH HATI MR MAFIAWhere stories live. Discover now