𝓒𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 38

130 7 0
                                    

"Abang sembang apa dengan mak cik mak cik tu?" soal Aleeya yang baru masuk ke kereta Haziq.

Asalnya dia hendak ke pasar sekejap. Kebetulan terjumpa Haziq yang sedang lepak minum kopi. Tapi yang peliknya dekat kiri kanan dia penuh mak cik mak cik. Yang dah kahwin ada, janda ada, andartu lagilah ada!

"Sembang kosong je. Sambil sambil tu diorang promote anak anak diorang" Haziq tergelak kecil.

"Suka lah tu?" Aleeya menjeling suaminya.

"Tak lah. Abang gelak sebab muka diorang lawak. Lepas abang cakap abang dah kahwin diaorang tak percaya tau. Lepas abang tunjuk cincin dengan gambar kahwin kita diorang terus cakap benda buruk pasal sayang.

Diorang kata sayang ada bela saka lah. Keturunan bomoh lah. Perempuan murah, sundal semua ada. So abang bagilah freegift penampar sorang satu. Lepastu muka diorang lawak betul. Mata terbeliak tengok abang macam abang ni hantu" Aleeya ternganga.

"A- Abang buat apa? T- tampar? Astaghfirullah al azim abang ni cari maut ke memang suka menuju ke arah kemautan?" berkerut dahi Haziq.

"Hah?"

"Diorang tu tadi mak cik mak cik diva dekat sini. Senang cerita diorang lah yang paling berkuasa dekat sini.

Yang paling cantik, kaya, berkuasa, bagus, pandai, perasan memang semua pas dekat diorang. Yang pakai tudung hijau tu isteri ketua kampung. Kalau diorang halau ibu daripada sini macam mana?" Haziq ketawa kecil sementara Aleeya membeliakkan matanya.

"Abang gelak? Kepala abang ada terhantuk dekat mana mana ke tadi?"

"Tak ada lah. Sebab abang tak pernah dengar sayang mengumpat orang. Ni baru first time. Lagipun kalau diorang nak halau ibu, halau lah. Abang boleh bagi ibu rumah yang sepuluh kali lagi better daripada rumah diorang"

"Dalam mimpilah Abang nak ajak ibu keluar daripada rumah tu. Rumah tu peninggalan arwah nenek dengan atuk. Ibu sayang rumah tu dan dia memang takkan pindah sampai bila bila. Aleeya dah 25 tahun cuba ajak ibu pindah, tu pun gagal. Apatah lagi abang" Aleeya tersenyum sinis.

"Kalau macam tu abang ugut mak cik diva tu supaya dia tak halau ibu" mudah Haziq berkata.

"Amboi. Senang je cakap"

"Abang dah pernah berjaya jatuhkan top mafia dekat Russia sana tau. Setakat mak cik mak cik acah gangster dekat sini apa lah sangat" Aleeya tersenyum. Di dalam otaknya keliru hendak gembira ke nak takut.

Stereng kereta dipusing Haziq sebaik sahaja sampai ke simpang rumah ibu Aleeya.

"Ibu ada buat party sambut menantu handsome ke?" Aleeya melihat ke depan. Rumah ibunya agak jauh lagi tetapi kelihatan begitu meriah. Ada ambulans, polis dan juga bomba.

"Takkan buat party jemput polis ambulans bagai?" Aleeya menjenguk kepalanya untuk melihat dengan lebih jelas. Seketika kemudian matanya terbeliak.

"ABANG! TU RUMAH IBU!" Aleeya menjerit cemas apabila terlihat keadaan rumah ibunya.

"Hah? Rumah ibu?" Haziq melihat rumah ibu Aleeya.

"Abang! Rumah ibu! Ibu! Ibu ada dekat dalam masa Aleeya keluar tadi!" Aleeya bergegas keluar daripada kereta. Dia berlari menuju ke rumahnya. Polis polis yang ada disitu dirempuhnya.

"Eh sayang, jangan dekat bahaya!" sedang Aleeya berlari ke arah rumah ibunya, tiba tiba berlaku letupan dashat daripada dalam rumah. Haziq segera menarik isterinya.

"Abang ibu! Ibu! Abang selamatkan ibu!" Aleeya meronta ronta. Dia hendak masuk ke dalam rumahnya. Biarlah terbakar sekali pun. Dia nak masuk jugak!

"Shh sayang. Ada bomba tengah cari kalau ada ibu dekat dalam tapi rumah tu kosong sayang. Mungkin ibu keluar lepas sayang keluar tadi" air mata Aleeya yang tidak berhenti mengalir dikesat Haziq. Belakang badan Aleeya ditepuk perlahan menenangkan isterinya.

KEKASIH HATI MR MAFIAOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz