C2

17.7K 500 24
                                    

Aish dan Rashdan masih kaku dalam kedudukan yang sama. "Apa fikiran Aish? Abang tak nak masuk campur tapi Aish satu-satunya adik abang. Abang tak nak Aish terluka nanti." Rashdan memandang Aish yang masih merenung lantai kayu rumah. Jelas muka tidak percaya Aish.

"Aish pun tak tahu ni bang. Patut ke Aish terima untuk tunaikan hasrat?" Bingung Aish memikirkan soal itu.

"Aish kena fikir betul-betul benda ni. Kita kahwin ni sekali je tak ada orang yang nak kahwin hanya untuk jangka masa yang pendek. Tapi apa yang abang boleh cakap, pilihan seorang ibu adalah pilihan yang terbaik. Semua ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak mereka. Kalau Aish masih tak ada jawapan, Aish buat solat istikarah. Minta petunjuk daripada Allah." Rashdan sungguh kasihankan Aish yang terbeban dengan harapan seseorang.

"Tapi macam mana kalau dia tak suka Aish? Macam mana kalau dia dah ada girlfriend dan bencikan Aish? Macam mana pula kalau dia puk-." Belum dia menghabiskan ayatnya Rashdan sudah menarik Aish ke dalam pelukannya. Aish selesa dalam dakapan hangat abangnya dan inilah yang dia perlukan buat masa sekarang.

"Aish jangan cakap macam tu. Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang dan mungkin itu adalah ujian untuk Aish. Tapi kalau dia berani buat macam-macam dekat Aish, Aish bagitau je kat abang. Abang akan tumbuk dia, berani dia nak apa-apakan adik comel abang ni eh." Aish tergelak dan terharu dengan kata-kata Rashdan.

Rashdan tersenyum memandang wajah Aish yang gembira. Dia tahu perkara sebegini amat sukar untuk Aish, namun sebagai abang dia hanya mampu memberi semangat dan kata-kata yang boleh menggembirakan hati kecil Aish Qayla.

~~~~~~~~~~~

Dalam mereka bergelak ketawa, mereka tidak sedar yang mereka diperhatikan seseorang, "Apa yang awak buat tu Ain?" Encik Hamzah melihat isterinya mengintip disebalik pintu

"Sejuk hati saya tengok dorang macam tu." Kata Puan Ain. "Abang rasa, betul ke apa yang kita buat ni?" Puan Ain risau sekiranya dia melukakan hati anak perempuannya.

"Ni untuk kebaikan Aish juga. Awak nak ke si Aiman tu datang cari Aish dan buat perkara yang sama?" Puan Ain menggeleng kepalanya dan menutup pintu dengan perlahan. "Saya pernah jumpa dengan anak Ahmad tu. Saya tahu dia budak yang baik. Awak jangan risau inshaallah ini yang terbaik buat Aish." Puan Ain hanya mengangguk setuju.

~~~~~~~~~~

Aish melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya selepas bergurau dengan abangnya. Di dalam bilik tidur yang sunyi sepi dia tidak dapat melelapkan matanya apabila teringatkan perbincangan mereka sekeluarga. Dia memusingkan badan ke kiri dan ke kanan. Dia cuba sekali lagi melelapkan mata namun hampah, "Aduh. Peningnya kepala aku. Patut ke aku terima? Tapi kalau dia tak suka aku? Tapi nanti mesti Pakcik Ahmad tu rasa terbeban dengan kebaikan ayah. Tapi- aih!" Dia membetulkan posisi badannya dalam keadaan yang selesa. Tanpa sedar, dia akhirnya terlelap.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tok! Tok! Tok!

"Sapa lagi ganggu tidur aku ni?" Gumamnya perlahan.

"Aish bangun. Anak dara apa ni bangun lewat." Rashdan mengetuk pintu bilik Aish tanpa henti.

"Aish dah bangun lah! Abang ni kacau je." Dia membuka pintu biliknya. Rashdan melihat muka tidak puas hati adiknya.

"Jom sarapan umi dah masak tu." Ajak Rashdan. Aish melangkah keluar bilik mengikuti Rashdan yang dari tadi senyum seperti kerang busuk, 'Dah kenapa pula senyum sorang-sorang ni?' Gumamnya sendiri.

"Abang dah kenapa senyum sorang-sorang? Aish dah nak dapat kakak ipar ke?" Soalnya riang.

Rashdan mengetuk kepala Aish."Apa pulak kakak ipar? Salah ke abang nak senyum pagi-pagi? Lagipun kan abang nak dapat adik ipar." Aish hanya memandang Rashdan tidak puas hati.

Dr. Zharil DarrizWhere stories live. Discover now