C3

14.2K 451 9
                                    


"Aish tekad, Aish tak nak-."

"Baiklah kalau itu keputusan Aish. Umi takkan paksa Aish." Potong Puan Ain.

"Apa umi ni. Aish tak habis cakap lagi lah. Aish dah tekad yang Aish tak nak paksa diri Aish jadi, Aish akan terima dengan hati yang terbuka." Sambung Aish.

Puan Ain yang mendengar sedikit terkejut dengan keputusan anak perempuannya.

"Aish dah fikir baik-baik?" Puan Ain ingin kepastian.

"Ye umi. Aish dah fikir lagipun pilihan umi dan ayah adalah pilihan yang terbaik untuk Aish." Aish merehatkan badannya di atas katil.

"Alhamdulillah. Nanti umi bagitau ayah keputusan Aish supaya kawan ayah tahu." Puan Ain terlalu teruja akan mendapat menantu. Dia terus mematikan panggilan tersebut. Aish yang belum habis bercakap, mendengar bunyi 'tut'.

"Ya Allah umi ni. Boleh pulak matikan macam tu je. Ya Allah, kau permudahkan lah urusan ku ini aaminn." Dia terus mematikan lampu bilik dan menghidupkan lampu tidur sebelum terlena.

~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kampung

"Apa? Aish setuju? Kamu jangan main-main Ain." Tanya Encik Hamzah.

"Ye abang. Ain dah tanya Aish dah dan dia cakap ni keputusan muktamad dia." Jawab Puan Ain.

"Baguslah kalau macam tu. Tertunai juga hasrat saya dan Ahmad." Teruja Encik Hamzah. "Nanti saya khabarkan dekat Ahmad mesti dia gembira." Katanya lagi.

"Bila dorang bertunang bang? Ahmad ada bagitau abang ke?" Soal Puan Ain.

"Dia cakap kalau Aish setuju, dorang akan bertunang dalam masa terdekat lepastu kahwin selepas sebulan tunang."

"Elok juga tu. Benda baik perlu dicepat-cepatkan." Balasnya

~~~~~~~~~~

"Hello. Assalamualaikum ma." "Ril free je kenapa?" "Ok nanti Ril balik. Assalamualaikum ma." Dia membuka group chat yang tidak berhenti berbunyi sejak dia masuk ke pejabatnya dan membaca satu-persatu.

-Ikhwan-
"Guys, don't forget our reunion yang tak berapa reunion sabtu ni k. Aku busy pula ahad"

-Fariz-
"Don't worry, bro."

-Lukman-
"Tapi Zharil tu tak nak. Korang pujuklah dia."

-Ikhwan-
"Aduh. Zharil where r you? Munculkan diri kau @ZhaRiz."

-Lukman-
"@ZhaRiz."

-Fariz-
"@ZhaRiz."

-Ikhwan-
"Oi Ril. U better join us. Istg, if u don't join us I'll tell Marissa that u mis her."

-Fariz-
"Habis lah kau Ril."

"Berani kau ugut aku Wan?" Kata Zharil apabila terbaca pesanan ugutan dari Ikhwan.

-Zharil-
"U threatened me?"

-Ikhwan-
"Yes. Ngl, she still wanna know where r u."

-Zharil-
"Fine. I'll join u guys."

-Lukman-
"Great."

-Fariz-
"Ok c u guys. I have 2 go."

~~~~~~~~~~~

Aish yang sedang bergelak ketawa dengan Zahra dan budak kelasnya terhenti apabila namanya dipanggil, "Aish Qayla!" Panggil seorang pelajar dari depan pintu kelas.

Dr. Zharil DarrizWhere stories live. Discover now