C13

12.1K 409 20
                                    


      Aish naik ke atas dengan membawa susu panas yang baru dibuatnya tadi. Apabila dia berada betul-betul di depan pintu bilik tidur mereka, dia menjadi kaku seperti patung. Dirinya rasa bersalah atas apa yang dia katakan kepada Zharil apabila dia melihat kelakuan Zharil selepas Zharil mendengar jawapan daripadanya. Namun, hatinya kadang terasa puas setelah meluahkan apa yang terbuku di dalam hati.

Dia menarik nafas panjang sebelum membuka pintu bilik mereka. Pintu dibuka perlahan-perlahan dan kepala dimasukkan memandang kiri dan kanan mencari kelibat Zharil. Malangnya, jejak Zharil berada dalam bilik itu pun tidak ada. 'Ish! Mana pula wolf puaka ni? Takkan lah dia marah sangat kat aku sebab tadi tu.' Keluhan halus keluar dari mulut Aish.

Dia mencuba nasib mencari Zharil di dalam tandas namun tidak ada sesiapa mahupun lantai basah yang menunjukkan Zharil mandi di situ. Kepala yang tidak gatal digaru perlahan. Teringat sahaja dia tentang bilik kerja Zharil yang berada di hujung, terus dia bergegas keluar mendekati bilik itu.

Krek..

"Assalammualaikum.." Perlahan suaranya memberi salam risau Zharil terkejut melihat keberadaannya di dalam bilik itu. Dia masuk mendekati meja kerja besar yang berada di hujung. Satu demi satu barang yang ada di dalam bilik itu dia perhatikan seperti dia terpukau dengan kekemasan dan kecantikan bilik itu.

"Pandai juga wolf ni hias bilik. Cantik and kemas." Dia mencapai kotak berwarna merah yang berada di atas meja itu. Kotak itu diperhati Aish sebelum dia melihat isi yang ada di dalam. "Zharil nak bagi aku rantai emas ni ke?" Katanya dengan teruja. Tidak dia sangka yang Zharil rupanya seorang yang sweet dan romantic. Baru sahaja dia mahu membuka kotak itu tiba-tiba pintu bilik itu dikuak dari luar.

"Didn't i warn you not to come in my room as you wish?" Jelas suara beku dan tegasnya.

Aish menoleh ke belakang memandang Zharil yang sudah menunjukkan wajah bekunya. "Maaf lah Dr. Saya tak ada niat pun nak masuk tanpa kebenaran. Ni sebab Dr lah, saya cari Dr kat bilik tak ada tu yang saya masuk cari kat sini."

Zharil yang ternampak Aish memegang kotak itu terus merampasnya dari pegangan Aish dengan kasar. "Aku tak suka orang lain sentuh barang aku sesuka hati. Remember Aish, don't you ever touch my things lagi-lagi semua yang ada dalam bilik ni dan bilik depan ni. Kau sepatutnya bersyukur sebab aku dah bagi kau tinggal sekali dengan aku." Keras suara Zharil membuatkan Aish terkaku.

"Ouh, okay." Itu sahaja yang mampu Aish keluarkan dari mulutnya sambil melakarkan senyuman palsu. Pandangannya kini sudah beralih daripada memandang anak mata Zharil. Dia melangkah meninggalkan bilik kerja Zharil terus masuk ke dalam bilik tidur. Mata menahan air matanya dari jatuh mengalir. Dia baring dan menyelimuti badan sehingga paras lehernya.

Zharil membuka pintu bilik tidur mereka perlahan. Dia berdiri di depan pintu sambil memandang Aish yang baring membelakanginya daripada jauh. Zharil mendekati katil yang bersaiz king itu dan duduk dibelakang Aish. Mata dipejamnya rapat. Nafas ditarik panjang sebelum dia bersuara. "Aish, aku minta maaf." Katanya lembut dengan penuh rasa bersalah.

"Buat apa Dr nak minta maaf? Sepatutnya saya yang minta maaf sebab ni salah saya. Saya yang masuk bilik Dr tanpa izin. Saya ni bukan sapa-sapa pun dalam rumah ni. Saya lupa yang saya ni hanya ORANG LAIN dalam rumah Dr ni." Sengaja dia tekankan 'orang lain' itu supaya Zharil sedar akan kata-katanya tadi.

"Huh" kedengaran keluhan halus Zharil. Belum sempat Aish berpusing memandang Zharil, badannya sudah dipeluk dengan erat oleh Zharil dalam keadaan baring mengiring. Aish mengerutkan dahinya memandang tangan yang melingkar di perutnya.

"I'm sorry little girl. I was completely unintentional. Hmm?" Suara lembut dan deruan nafas Zharil pada telinga Aish membuatkan Aish tergoda namun cepat-cepat dia sedarkan dirinya semula.

Dr. Zharil DarrizWhere stories live. Discover now