C24

12.1K 423 22
                                    


Sedang Zahra melakukan tugasnya, seorang security guard dalam lingkungan 50-an datang mendekatinya sambil membawa beg plastik putih. "Kamu Zahra Alana?" Soal pakcik itu dengan nada yang perlahan dan sopan.

"Ya, saya." Sambil kepala diangguk perlahan.

Lantas pakcik itu menyerahkan kepadanya beg plastik putih yang dibawa bersama tadi. Zahra mengerutkan keningnya sambil memandang beg plastik itu. "Ini ada orang hantar suruh bagi kamu kat bawah tadi."

"Perempuan ke lelaki?"

"Lelaki. Katanya kawan rapat." Jelas pakcik guard itu dengan wajah cuba mengingat sesuatu.

"Kawan rapat? Ouh, terima kasih pakcik." Dia menghadiahkan senyum manis pada pakcik guard itu sebelum pakcik itu melangkah pergi.

"Kawan rapat? Siapa kawan rapat lelaki?" Dia mengeluarkan isi di dalam plastik itu. Ternyata itu ialah sushi, makanan kegemarannya bersama surat kecil. Surat itu dia buka dan membaca isi kandungannya.

"Assalamualaikum bakal fiance. Awak dah lunch? Mestilah dah kan dengan Aish. By the way, saya bagi awak sushi ni sebab saya tak makan sushi. Sushi ni pun bukan saya beli tapi saya jumpa kat bawah tadi. Awak makan lah. Saya tengok muka awak ni pun dah macam sushi. Mesti awak hantu sushi kan? Saya just nak cakap, jaga diri elok-elok tau. Saya akan tunggu jawapan awak."

Your future fiance,
- Fariz -


Tergelak Zahra membaca surat daripada Fariz. Dia tahu Fariz bergurau mengenai dia terjumpa sushi di bawah tapi, macam mana Fariz tahu yang sushi ialah kesukaannya? Tidak mahu berfikir lama dia terus membuka kotak sushi dan menikmatinya.

~~~~~~~~~~~

"Aish, tak nak balik ka? Semua dah balik, makcik pun dah nak balik ni." Soal makcik cleaner yang membersihkan tingkat tempatnya bekerja. Baru dia perasan yang hanya dia seorang sahaja lagi tinggal kat tingkat itu. Zahra juga sudah pulang ke rumah. Terlalu sibuk mahu menyiapkan kerja yang Zharil berikan sehingga tidak sedar sudah tiba waktu pulang.

"Sekejap lagi saya balik. Saya nak kena siapkan kerja sikit. Makcik balik nanti hati-hati tau." Balas Aish dengan senyuman manis walaupun mukanya terlihat jelas kepenatan.

"Hm, yelah. Kamu juga hati-hati kat sini. Kalau ada apa-apa, panggil je pakcik guard bawah tu." Sedikit risau dia mahu meninggalkan Aish seorang diri disitu. Sudah lah larut malam begini. Macam-macam boleh jadi.

"Baiklah makcik." Lengan makcik cleaner itu digosoknya perlahan supaya kerisauan makcik itu hilang.

Jam sudah menunjukkan jam 11.30 malam. Akhirnya siap juga kerjanya. Lantas dia membawa kesemua fail itu ke bilik Zharil. Dia meletakkan fail itu di atas meja Zharil. "Finally! Siap pun."

Aish turun ke bawah dan melangkah keluar. Dari jauh, dapat dia lihat sebuah kereta hitam dipandu ke arahnya dan berhenti betul-betul dihadapannya. Terlihat wajah Afiq sebaik sahaja cermin kereta diturunkan.

"Apa kau buat sorang kat sini? Dr. Zharil mana?"

~~~~~~~~~~~

"Sorry Fiq menyusahkan kau."

"Tak lah. Aku sebagai kawan kau, takkan aku nak biar kau sorang kat situ. Malam-malam macam ni bahaya."

Terasa awkward pula bila berdua dengan Afiq. Mungkin Afiq sudah tidak mempunyai hati lagi pada dirinya namun dia tetap tidak selesa apabila mereka berdua bersama lagi-lagi sekarang ini dia sudah menjadi isteri orang.

"Kalau kau ada masalah dan rasa nak luah, aku ada. Aku janji, aku akan jaga kau dan akan ada bila kau perlukan aku."

Aish pandang Afiq yang sedang fokus memandu. Untung bakal isteri Afiq dapat seseorang yang sangat memahami.

Dr. Zharil DarrizWhere stories live. Discover now