C23

12K 463 13
                                    

Thank you sebab jadi pembaca setia karya yang tak seberapa ini. Jangan lupa vote dan comment😊😘

************************************

Dengan wajah yang masam Aish masuk ke dalam kereta Zharil. Sedikit pun tidak dia pandang wajah Zharil yang sedang duduk di kerusi pemandu. Kereta dipandu dengan kelajuan sederhana. Sepanjang perjalanan mereka, Zharil hanya mendiamkan diri dan langsung tidak memandang Aish seolah Aish tidak wujud dalam kereta itu.

Setibanya mereka di rumah itu, Zharil terus turun dan masuk ke dalam rumah meninggalkan Aish yang baru keluar dari dalam kereta. Aish hanya memandang belakang Zharil pelik. ‘Kenapa dengan Zharil? Takkan lah dia merajuk. Sepatutnya aku yang merajuk sebab dia sembunyikan pasal syarikat tu. Arrgh! Pening lah macam ni.. kejap baik, kejap tak.’

Selesai membersihkan diri, Aish turun ke bawah untuk masak makan malam. Ayam masak kicap dan sayur kangkung tumis menjadi pilihannya. Setelah lama berperang di dapur, masakan tadi dihidang di atas meja dengan pinggan kaca. Walau marah macam mana pun dia, dia tetap kena jaga makan minum Zharil. Merajuk tu hanya untuk dia bermanja dengan Zharil bukan untuk menjauhkan diri.

“Abang, jom makan.” Pelawa Aish apabila tersedar akan kehadiran Zharil yang sibuk dengan telefon bimbitnya. Mungkin busy. Aish menarik kerusi untuk Zharil. Wajah Aish langsung tidak dipandang.

“Abang, makan lah… Sedap tau Aish masak ni.” Kata Aish mahu perhatian daripada Zharil namun handphone yang berada di tangan Zharil lebih menarik perhatian Zharil. Geram!

“Abang dah kenyang.”

“Tapi Aish masak untuk abang.” Melihatkan Zharil yang melangkah pergi meninggalkannya membuatkan dia terpana. Mengapa Zharil bersikap dingin dengannya? Dia ada buat kesilapan kah?

~~~~~~~~~~~

“Sebaik - baik kamu ialah suami yang baik terhadap isterinya. Kenapa? Sebab kelakuan seorang isteri ini tidak baik kerana sesungguhnya wanita ini diciptakan daripada tulang rusuk yang bengkok dan paling bengkok.”

“Sekiranya para suami tidak mengambil kisah tentang isteri, maka semakin bengkok lah dia. Dan sekiranya kamu berkeras terhadap isteri kamu, maka patahlah dia. Jadi, beringat-ingatlah para ketua keluarga... peranan kita sangat penting dalam membina keharmonian keluarga.”

“Alhamdulillah, kita telahpun sampai ke penghujung ceramah hari ini. Apa-apa pun, kita kena sentiasa sujud dan minta pertolongan daripada Allah S.W.T. apabila mempunyai masalah. Assalamualaikum semua.”

“Waalaikumsalam.”

Fariz melangkah masuk ke dalam keretanya. Kereta dipandu menuju ke rumahnya sebaik sahaja dia selesai mengikuti ceramah tentang menjadi suami di masjid yang berdekatan dengan rumahnya.

Barulah dia faham sekarang mengapa Zahra memberikannya sebulan adalah supaya dia dapat memperbaiki dan mempersiapkan dirinya untuk menjadi seorang ketua keluarga kerana tanggungjawab sebagai seorang suami itu amat besar.

Demi menjadikan Zahra sebagai isterinya, dengan ini dia sudah bersedia berubah ke arah yang lebih baik untuk menjadi ketua buat bakal keluarganya.

~~~~~~~~~~~

Lengan Marissa ditarik kasar oleh orang suruhan Aiman. Marissa cuba melawan namun pipinya ditampar lantas dia diangkat dengan penuh paksaan memasuki salah satu bilik di dalam kelab malam.

Marissa dihempas di atas katil dangan kasar. “Apa kau nak?!” Teriak Marissa tidak puas hati diperlakukan sebegitu rupa.

“Diam! Kau tunggu sini jangan nak lari.” Kata orang suruhan Aiman sebelum melangkah meninggalkan bilik itu lalu mengunci pintu.

Dr. Zharil DarrizWhere stories live. Discover now