C16

12.2K 431 28
                                    

Hye! Wlcm back. Tq for read my story❤. Jangan lupa vote dan comment tau. Vote dan comment korang dah boleh buat hati author berbunga2🥰. Happy reading🥳🥳🥳

************************************

Aish bergegas masuk ke dalam pejabat pensyarah apabila dia diberitahu ada pelawat yang datang mahu berjumpa dengannya. Aish yang mendengar terus berasa teruja mahu berjumpa dengan umi dan ayahnya. Rindu di dalam dada sudah tidak boleh ditahan lagi. Ingin dia luahkan dengan pelukan yang erat. Dia mengetuk pintu bilik Sir Firdaus.

"Come in." Jawab orang yang berada di dalam.

Aish menolak daun pintu perlahan-lahan. Melihat orang yang berada di dalam itu terus membuatkan senyumannya pudar. Kaku. Dia seakan tidak percaya. Kenapa, kenapa mesti dia. Aish berundur setapak.

"Aish, please." Rayu Aiman.

Aish cuba untuk bertolak ansur. Dia menarik nafas panjang sebelum masuk ke dalam. Dia minta untuk pintu dibiar terbuka memandangkan di dalam bilik Sir Firdaus hanya ada mereka berdua. Aish memandang Aiman yang berpakaian kemas sama seperti sewaktu mereka bersama dulu.

"Apa kau nak?" Soal Aish serius.

"I betul-betul menyesal dengan apa yang I dah buat kat U dulu. I datang ni sebab I nak mintak maaf dekat U. I rasa tak aman selagi I tak dapat maaf dari U Aish." Katanya dengan penuh rasa bersalah.

"Senangnya kau cakap. Kau ingat senang ke aku nak lupakan apa yang kau buat kat aku. Lepas semua benda yang jadi, kau tahu tak betapa takutnya aku bila ada lelaki nak dekat dengan aku." Balas Aish dengan suara yang ditahan-tahan risau sekiranya pensyarah lain terdengar.

"Yes, I know. But please, Aish. U cakap je apa yang U nak I buat untuk I dapatkan kemaafan dari U. I will do it." Aish memandang Aiman pelik. Sejak bila Aiman berubah dia pun tidak tahu. "Tolong lah Aish. I nak mula hidup baru. Kalau U tak maafkan I, macam mana I nak bina hidup I yang lebih baik dengan tenang

"Okay. Aku maafkan kau tapi dengan syarat, jangan ganggu aku dan family aku. Jangan sesekali kau tunjukkan muka kau dekat depan aku dan family aku lagi." Hati Aish sangat mudah rapuh. Dia pun bukanlah seorang pendendam. Melukai hati dan perasaan orang bukanlah bidangnya. Dengan itu, dia sudah membuat kata putus.

"Thank you Aish. I will not. I promise." Teruja Aiman mendengarkan kemaafan Aish. "Tapi kita boleh jadi kawan kan?" Senyap. Aish langsung tidak menjawab. "Tak jadi kawan pun tak apa lah. But untuk kali terakhir I jumpa U, I nak ajak U dinner dengan I malam ni and I will treat U better for the last time. Kalau U was-was, U bawa je husband U. Kalau U tak nak pun, tak apa, I takkan paksa U."

Aish berfikir sejenak. "Okay then." Tanpa mereka sedari Marissa sudah mencuri dengar perbualan mereka.

~~~~~~~~~~~

"Hei Long!" Sapa Ziyyad sebaik sahaja menerobos masuk ke dalam bilik pejabat Zharil. Dia melihat Zharil yang begitu fokus memandang computer membuat kerja terus mengangkat pandangan memandang Ziyyad dan Zayyid yang baru masuk dengan wajah terkejut apabila mendengar sapaan Ziyyad.

"Hei! What are you guys doing here?" Soalnya dengan mempelawa mereka berdua duduk. Sempat dia memanggil Suraya untuk membuat air buat mereka bertiga. Dia bangun dari kerusi dia membuat kerja tadi lalu bergerak mendekati adik kembarnya.

"Lupa ke yang minggu depan kitorang akan masuk kerja sini. So, papa asked kitorang datang tengok keadaan kat sini dulu." Balas Zayyid. Malas dia dengan alongnya yang selalu lupa hal-hal penting macam ni. Biasalah, orang tua cepat lupa.

Dr. Zharil DarrizWhere stories live. Discover now