C20

14.3K 478 19
                                    


Zharil melangkah masuk ke pejabat pensyarah. Terlihat ramai guru sedang berkumpul di suatu sudut tapi dia tidak mahu mengambil tahu sama sekali. Lalu dia meneruskan langkahnya masuk ke dalam bilik pejabatnya. Tidak lama kemudian, seorang pensyarah masuk ke dalam biliknya.

Yes Firdaus?”

“Kau tak nak jumpa Marissa ke?”

“Aku banyak kerja lah.”

“Pergi lah jumpa kejap. Hari ni last day dia mengajar kat sini lagipun dia kan kawan kau waktu kat luar negara dulu.”

Zharil mengangkat pandangannya. “Selagi aku tak jumpa dia selagi tu lah kau takkan lari kan.” Terus dia bangun dari duduknya dan berlalu keluar berjumpa dengan Marissa walaupun hati kata tidak.

Marissa yang ketika itu sedang mengemas barangnya di atas meja terkejut apabila disapa Zharil. Dia tersenyum tika melihat Zharil.

“Goodluck and goodbye.” Hanya kata-kata itu yang keluar dari mulut Zharil. Marissa terkilan. Mungkin dia yang terlalu meletak harapan untuk Zharil menerimanya kembali. Dia melihat Zharil kembali ke biliknya daripada jauh. ‘Berangan lah U ni Marissa.’ Katanya sendiri.

Handphone yang berada di atas meja berdering. Terpampang nama Dato Halim di muka screen. Tidak mahu mengganggu pensyarah yang lain, handphone itu diangkat.

I tunggu U kat tempat biasa.”
Okay. See you.”

~~~~~~~~~~~

“Aish. Kau dah tengok email kau?”

“Dah.”

“Kau dapat kat mana?” Soal Zahra teruja. Dia mengharapkan tempat intern mereka berdua adalah tempat yang sama.

“Aku dapat kat D.R’s Holding. Kau dapat kat mana?”

“Yeayh! Aku pun kat situ juga.” Ini lah yang dinamakan ikatan persahabatan itu kuat.

“Cun!” Tidak dia sangka mereka akan dapat tempat yang sama. Walau macam mana pun, Zharil perlu tahu berita baik ni. Dan mungkin dia boleh minta tunjuk ajar Zharil.

~~~~~~~~~~~

Tiba sahaja Aish di perkarangan rumah, dia mempercepatkan langkah memasuki ruang tamu mencari Zharil namun jejak Zharil tidak dia temui. Dia cuba untuk mencari di bilik tidur mereka. Hampah. Bayang Zharil pun tidak dia jumpa. Perasaan terujanya tadi untuk memberitahu Zharil mengenai internnya musnah.

Memandangkan Zharil belum tiba, dia mengambil keputusan untuk membersihkan diri dan menyiapkan makan malam. Masakan ikan sweet and sour merupakan menu wajib kerana makanan itu kegemaran Zharil.

Habis sahaja dia masak, Aish membuka langkah ke ruang tamu. Kerusi yang empuk menjadi tempat dia merehatkan badannya. Dia baring sambil remote control ditangan menukar channel. Jam pada dinding dilirik. Dia leka. Jarum jam sudah menunjukkan jam 11 malam. Perut yang tadinya kosong sudah dimasuki angin. Dengan kasar dia bangun dari baringan dan duduk bersila sambil memegang perutnya yang berbunyi.

“Mana awak ni? Kerja pensyarah tapi waktu kerja tak macam pensyarah pun. Kang aku habiskan makanan tu nanti baru tau. Kenapa dia selalu lambat balik eh? Dia kerja atau dia ada perempuan lain? Habis aku ni sapa? Eh! Tak nak!! Huhuhu… Think positive Aish.”

You are my heart dear.”

“Arrghh!!” Teriak Aish apabila mendengar suara yang garau dari telinga kirinya. Laju dia memusingkan kepalanya ke belakang. Kaku dia melihat Zharil. Kini wajah mereka benar-benar rapat. ‘Jangan rapat sangat encik wolf.’

Dr. Zharil DarrizWhere stories live. Discover now