C10

13.2K 469 3
                                    

Sebelum tu aku nk minta maaf awal2 sbb bab ni mmg bosan😭...

************************************

        Petang itu, Aish dan ahli kumpulannya berkumpul untuk berbincang mengenai pertandingan malam ini di restoran tempat perkhemahan mereka.

"So, apa plan korang untuk persembahan malam ni?" Soal Zikri.

"Aku pun tak ada idea ni." Jawab Mirul.

"Hm.. apa kata kita buat persembahan menyanyi? Lagi pun Siti ngan Mirul kan pandai nyanyi." Cadang Aish.

"Ha'ah. Tadi aku dengar, ramai yang nak buat persembahan menari and puisi. So why not kita hiburkan dengan menyanyi?" Zahra pula bersuara.

"Aku okay je. Siti?" Soal Mirul kepada Siti.

"Hmm, aku okay je."

"Kalau macam tu, persembahan kita menyanyi." Kata Zikri.

"Korang nak nyanyi lagu apa?" Soal Afiq pula.

"What about lagu 'Takdir Tercipta'?" Cadang Zahra.

"Ok cun." Sokong semua.

~~~~~~~~~~~

"Baiklah semua. Sekarang kita teruskan dengan aktiviti seterusnya. Dalam satu kumpulan akan ada 6 orang ahli. Ahli itu kami sudah bahagikan dan saya rasa kamu semua sudah tahu siapa ahli kumpulan kamu. Untuk game pertama ialah fashion show!"

Semua kumpulan bersorak melihat semua pakaian yang dipakai dengan tema masing-masing yang menarik sehingga kumpulan Aish yang terakhir.

"Nampaknya semua pakaian peserta sangat menarik perhatian." Ujar pengacara majlis.

Kedengaran sorakan daripada semua pelajar dan tepukan daripada para pensyarah.

"Kini tiba masanya untuk game seterusnya iaitu persembahan daripada semua kumpulan!"

"Wuwww!" Sorakan para pelajar.

Hampir semua kumpulan sudah membuat persembahan mereka. Kini kumpulan kedua terakhir sebelum kumpulan Aish membuat persembahan.

"Apa jadi ni? Lepas ni kumpulan kita." Soal Zikri sedikit cemas.

"Siti kaki dia terseliuh masa turun tangga tadi so tak leh gerak. Mirul pula, sakit perut." Jelas Zahra.

"So apa kita nak buat ni?" Soal Zikri sedikit buntu.

Masing-masing memikirkan jalan penyelesaian sebelum kumpulan mereka dipanggil. Zikri yang sedang berfikir teringat akan kebolehan Afiq dalam bernyanyi. Walaupun Afiq agak keberatan untuk setuju, tapi dia tahu Afiq tetap akan lakukannya.

"Aku ada idea." Dia memetik jarinya memandang mereka.

"Apa?" Soal Aish.

Kini mata Zikri memandang Afiq yang juga melihatnya dengan senyuman manis.

"Are you serious bro?" Soal Afiq ragu.

"Yes! Pretty sure." Zikri mengangguk kepalanya dan memegang bahu Afiq.

"Tapi sapa nak teman aku?" Afiq menyoal semula.

"Don't worry, Aish teman kau. Dia pun pandai nyanyi." Aish memusingkan kepalanya memandang Zahra dengan muka tidak percaya yang Zahra akan menikam belakangnya.

'Tak guna kau Zahra. Kau hutang aku belanja makan.' Kata hatinya.

Kini mata Afiq dan Zikri terarah ke arahnya dengan penuh harapan.

Dr. Zharil DarrizWhere stories live. Discover now