C27

14.5K 502 13
                                    


Mata yang berat itu dibuka Aish perlahan-lahan. Aish tersedar dari tidurnya tika terdengar suara gelak ayah dan umi yang begitu kuat yang mungkin berada di ruang tamu. Dengan kepalanya yang masih terasa berat dan badannya yang masih lemah itu, dia memaksa dirinya bangun dari tidur.

Tangan naik memegang tombol pintu sebelum tombol itu diputar membuka pintu. Dengan perlahan-lahan dia membuka pintu bilik tidak mahu mengganggu perbualan antara umi dan ayah. Namun umi yang duduk menghadap biliknya itu terlebih dahulu menegur Aish.

"Aish meh lah sini, Zharil datang ni." Aish yang dari kejauhan, melihat belakang Zharil yang sedang duduk membelakanginya. Dia tidak tahu sama ada dia mampu menemui Zharil atau tidak. Hatinya kata ya kerana rindu belaian dan kasih sayang lelaki itu tapi mulut kata tidak disebabkan luka yang lelaki itu sendiri buat. Luka yang terpahat di dalam hatinya itu membuatkan dia tidak mahu bertentang mata dengan lelaki itu

Dia merasa, kepalanya seolah-olah dipijak kuat oleh suaminya sendiri. Rasa sakit yang dia pendam selama ini tidak akan mudah terpadam begitu saja.

Dengan muka yang penuh rasa bersalah, Zharil memusingkan badannya ke belakang memandang Aish yang masih berdiri kaku di depan pintu bilik. Dia memerhati wajah pucat dan letih Aish itu. Melihatkan wajah Aish tanpa dihiasi senyuman itu membuatkan dia pasti yang Aish tidak mahu memandang wajah orang yang telah melukakan hatinya. Ya, dia tahu ini semua salahnya. 100% salahnya. Andai Aish perlukan masa yang panjang untuk memberikan kemaafan pun, dia sanggup tunggu saat itu.

Aish melangkah ke arah mereka walaupun dia tidak mahu memandang wajah Zharil buat masa ini namun, keadaan telah memaksanya demi menjaga nama baik Zharil dihadapan kedua umi dan ayahnya. Dia melakarkan senyuman palsu kepada mereka bertiga lagi-lagi, dihadapan Zharil. Lalu, kerusi yang kosong di sebelah umi dia duduk.

"Kenapa Aish tak bagitahu Zharil nak datang?" Soal encik Hamzah lembut sambil menghirup kopi panas.

"Aish-." Baru dia membuka mulutnya, Zharil sudah memotong cakapnya.

"Aish tak tahu pun Zharil nak datang malam ni ayah." Zharil pantas memotong percakapan Aish. Dia tahu Aish pasti tidak tahu mahu membalas apa kepada ayahnya. Dia pandang Aish yang juga memandangnya dengan wajah yang serius tanpa senyuman sedikit pun.

"Kenapa tak bagitahu? Kalau tak, boleh umi masak sedap-sedap. Ni yang ada pun hanya makanan kampung saja." Puan Ain pula mencelah.

"Takpe umi. Zharil saja nak surprise Aish." Balasnya lagi.

Aish yang berada disebelah umi hanya duduk diam tidak lagi bersuara. 'Nak surprise konon. Dah buat salah, pandai pula datang cari.' Kata hatinya yang sedang panas.

"Eh, Zharil. Tambah lah lagi air tu. Banyak umi kamu ni buat. Tak mampu lah ayah nak habiskan." Encik Hamzah mempersilakan Zharil yang sudah kehabisan air. Semakin berumur ni, dia tidak lagi boleh minum kopi dalam kuantiti yang banyak.

"Ya ayah." Balasnya ringkas. Baru sahaja tangannya mahu mencapai teapot berisi kopi itu, tiba-tiba umi bersuara.

"Aish, tuangkan kopi untuk suami kamu."

"Huh?"

"Tuangkan kopi untuk Zharil..." Ulang umi sekali lagi sambil tangan menampar perlahan paha Aish.

"Aduh..." Dia menggosok pahanya yang terasa pedas walaupun ditampar perlahan oleh umi. Tidak mahu menjadi tumpuan, lantas dia menuangkan kopi itu ke cawan Zharil.

Hampir 10 minit juga mereka bersembang dan Aish hanya mendiamkan diri. Pandangan Zharil sekali-kali tertumpu pada wajah letih Aish. Sejujurnya, melihat Aish yang berdiam diri itu membuatkan dia rindu dengan mulut Aish yang banyak cakap tidak tahu berhenti itu.

Dr. Zharil DarrizWhere stories live. Discover now