C7

13.2K 482 15
                                    


Bilik kesihatan

      Aish mengecilkan matanya sebaik sahaja dia membuka matanya kerana cahaya lampu bilik itu. Dia memegang kepalanya yang masih sakit dan memerhatikan sekeliling, dia tidak tahu mengapa kepalanya terlalu sakit.

Nak kata demam, kepalanya tidak panas. Nak kata penat mungkin juga. Terimbas kembali memori pagi tadi. Wajahnya berubah sedikit muram.

"Aish! Kau okay tak?" Zahra yang baru keluar dari tandas memegang dahi Aish.

"Hm, aku okay cuma kepala aku sakit sikit." Aish meyakinkan Zahra.

Mata Aish memandang wajah Zahra yang kerisauan. Apalah yang nak dirisaukan, orang pengsan je bukannya tinggalkan dia. Tangan naik menyentuh Zahra.

"Sapa bawa aku datang sini?"

"Afiq lah. Punyalah risau aku tadi masa dengar si Afiq tu jerit nama kau." Jelasnya.

"Dr Zharil?" Dia memandang sekeliling bilik itu mencari-cari kelibat Zharil. Hatinya menjadi sayu tanpa kehadiran lelaki itu.

Zahra diam memandang Aish.

"Aku dah cakap dengan kau Ra, dia memang tak suka aku. Dia benci aku Ra. Dia tu dah ada girlfriend lah Ra. Kau rasa dia ambil berat pasal aku ke?"

Aish melarikan pandangan melihat kakinya. Dia mengenangkan nasibnya dengan wolf masa akan datang.

"Kau jangan cakap macam tu Aish, kau cuba lah pikat hati dia dulu. Kau pun tak tahu sama ada dia benci kau ke tak. Selagi dia tak cakap depan kau yang dia benci kau, selagi tu kau masih ada peluang untuk pikat hati dia." Pujuk Zahra cuba mahu meyakinkan Aish.

"Kau nak aku buat apa lagi Ra? Kau pun tahu kan mulut dia tu macam mana. Dia langsung tak risau aku pengsan tadi and even, dia marah aku lagi. Dia just nak pandang perempuan cantik dan seksi yang setaraf pangkat ngan dia je lah. Aku ni kan just orang kampung." Kata Aish cuba menyembunyikan perasaan kecewa.

~~~~~~~~~~~~~

D.R's Holding

     Setiap hari selepas habis tugasnya sebagai pensyarah, dia akan ke syarikat yang diamanahkan papanya untuk membuat kerja keduanya sehingga larut malam.

Wajahnya serius membaca setiap muka surat file yang diberi. Tangan dipanjangkan mengambil cawan yang berisi nescafe dan didekatkan pada bibir.

Ting!

Dia mengambil telefon yang tidak dia sentuh sepanjang hari untuk melihat pesanan yang diterima. Terpampang nama si penghantar. Bibirnya mula membentuk senyuman senget.

Tanpa berlengah, dia terus memberhentikan kerjanya dan membaca pesanan tersebut.

-Aish-
"Assalamualaikum."
"Saya nak minta izin untuk join program rabu ni?"

-Zharil-
"Waalaikumsalam. No. Aku tak izinkan."

-Aish-
"But why?"

-Zharil-
"No reason."

-Aish-
"Ish! Saya pergi ikut program je bukannya keluar dating."

Zharil hanya membiarkan pesanan terakhir Aish tidak dibalas. Bila dia teringatkan peristiwa pagi tadi, dia sangat rasa bersalah. Senyumannya semakin pudar. Sejujurnya dia langsung tidak berniat menyakiti hati Aish namun ego lebih menguasai dirinya. Itu lah, terlalu ikutkan sangat ego setinggi gunung everest tu kan dah mendapat.

Dr. Zharil DarrizWhere stories live. Discover now