C21

12.6K 514 29
                                    


Selepas makan malam bersama kawan-kawan Zharil, Aish terus menghilangkan diri ke dalam bilik mandi. Air yang menghempap kepala dan tubuhnya dibiarkan. Selesai membersihkan diri dia duduk di hadapan meja solek sambil mengeringkan rambutnya dengan masih mengenakan bathrobe.

"Wow."

Aish yang tadinya fokus mengeringkan rambut terus memandang pintu bilik. Dia langsung tidak perasaan akan kehadiran Zharil. Dia pandang Zharil yang bersandar pada pintu sambil tangan memeluk tubuh dengan pandangan yang... menggoda?

Zharil perlahan-lahan mengatur langkahnya mendekati Aish yang sedang memandangnya lantas berhenti betul-betul dekat dengan Aish. Badan dia bongkokkan sehingga wajahnya sama paras dengan wajah Aish. Mata sesekali memandang bawah.

"You really challenging me Aish." Katanya perlahan dengan suaranya yang serak basah. Jelas wajah takut Aish. Cabar lah lagi... Dia sangat pantang dicabar.

"Cha- challenge? Mana ada Aish cabar abang. Abang mimpi ni." Sambil gelak janggal. Tak sangka pula dia tercabar secepat ni. Aish hanya memandang wajah Zharil yang rapat dengannya. 'This is not good Aish!' Katanya sendiri.

"Ouh ya? I thought you want me tonight"

"No lah. Abang mimpi tu." Dia cuba meyakinkan Zharil. Halkum Zharil yang turun naik itu Aish perhatikan. Dia merasakan dirinya sekejap lagi akan menjadi mangsa kepada wolf. Tidak lama itu, dia merasakan dirinya ringan dan berada di awangan. Dalam dia mengelamun, kini tubuhnya sudah berada dalam pegangan Zharil.

'Tamat lah riwayat dara aku.' Gumamnya sendiri.

~~~~~~~~~~~

Suasana di dalam club malam itu riuh rendah seperti kebiasaannya. Tidak kira yang muda atau tua, semuanya sama sahaja. Cakap saja nak jumpa orang yang macam mana. Kaki minum, kaki perempuan, kaki lelaki, orang kaya or anything. Yang pakej pun ada.

Masuk sahaja Aiman ke dalam club itu, orang pertama yang dia nampak ialah Marissa. Jelas dimatanya Marissa yang sedang mabuk bercakap seorang diri dengan kepala diletak di atas meja. Dia mengambil langkah ke arah Marissa. Pakaian yang menjolok mata itu telah membuat Aiman panas.

"Marrissa." Sapa Aiman.

"Zharil... You ke tu? Kenapa you lambat bie? Bie.. I want you." Dalam tidak sedar dia berkata. Pandangnnya sangat kabur ketika itu. Wajah yang dia nampak hanya Zharil namun suara yang menyapa tadi membuatkan dia tidak pasti.

"Okay. Come." Aiman memapah Marissa naik ke bilik. Inilah peluang yang dia tak akan sia-siakan. Lantak lah Marissa nak marah sekalipun, dia tak akan nak ambil tahu.

"Bie... tolong buka kan kasut I." Katanya dengan suara yang menggoda. Marissa memaut leher Aiman. Aiman sudah tersenyum senang.

Baginya, perempuan hanyalah permainan yang boleh dipakai buang. Dia langsung tidak percaya akan manusia yang bergelar wanita. Dia menganggap semua perempuan sama seperti ibunya yang dia rasa tidak layak menjadi ibunya. Dia malu. Malu mempunyai ibu seorang pelacur yang hanya dekat dengan lelaki kaya semata-mata mahukan kekayaan dan meninggalkan keluarga sendiri.

Wanita itu langsung dia tidak mahu jumpa dan contact lagi. Sudah hampir 22 tahun sejak dia berumur 6 tahun wanita itu sudah meninggalkannya. Khabar wanita itu pun dia tidak mahu ambil tahu. Mungkin orang akan cakap "she's still your mother." Memang wanita itu ibunya tapi orang lain takkan faham selagi dorang tak rasa pedihnya macam mana.

~~~~~~~~~~~

"Hmm..." Mata dia buka perlahan-lahan. Dia pandang sebelah kirinya namun tiada sesiapa. Lalu pintu bilik pakaian yang dibuka dari dalam mengejutkan Aish. Dia menoleh ke arah bilik itu dan terlihat Zharil yang sudah siap memakai baju kerjanya.

Dr. Zharil DarrizWhere stories live. Discover now