C28

15K 441 13
                                    


Matanya yang berat, dia buka. Pandangannya menjadi sedikit kabur. Keadaan sekelilingnya juga dia perhatikan. Ternyata dia berada di dalam bilik tidurnya sendiri. Terlihat beberapa ubat di atas meja sebelah katilnya. Dia cuba untuk bangun dari baring. Kemudian, sepantas kilat Zharil mendekatinya sambil membawa makanan dan menahannya dari bangun.

Dengan daya tenaga yang tidak cukup, dia hanya mengikut arahan Zharil. Dia menjeling Zharil apabila lelaki itu menatapnya sebelum membaringkan dirinya semula. Dia benci. Dia melepaskan pegangan Zharil pada bahunya.

"Sayang ada sakit mana-mana tak?" Aish hanya mendiamkan diri. Dia mengiringkan badannya pada sebelah kanan membelakangi Zharil yang sudah duduk di sebelah kirinya.

Dia memejam matanya yang terasa berat. Dia sangat penat tidak mempunyai tenaga mahu bergaduh dengan Zharil. Luka yang ada mungkin boleh sembuh tapi luka itu akan meninggalkan parut yang tidak mudah untuk dihilangkan.

"Abang ada masak bubur nasi ni. Sayang makan eh, abang suapkan." Bubur yang berada di meja sebelah katil itu dia ambil. Lalu dia sebatikan semula bubur itu sebelum memberikan kepada Aish.

"Takpe, saya masih ada tangan nanti saya makan sendiri. Dr boleh keluar tak? Saya nak rehat." Perbuatan Zharil terhenti. Dia memandang belakang kepala Aish dengan pandangan yang lembut. Dia menarik nafas panjang sebelum bangun dari duduknya. Dia akan memberi Aish ruang sekiranya itu yang Aish minta.

"Lepas dah makan bubur, jangan lupa makan ubat." Ujarnya sebelum dia meninggalkan ciuman hangat pada atas kening Aish lalu berlalu keluar dari bilik itu. Berat hatinya namun apa lagi yang dia boleh lakukan? Tak akan dia mahu memaksa Aish.

Sakit hati terhadap perbuatan Zharil masih lagi tinggi. Bukan dia benci suaminya sendiri tapi biarlah dia mengubati luka yang bakal meninggalkan parut itu dahulu untuk persiapkan diri menerima luka yang lainnya.

~~~~~~~~~~~

Zharil memandu kereta dengan penuh berhati-hati. Badannya sedikit sakit disebabkan dia tidur di sofa semalam. Sebelum umi dan ayah bangun, dia bangun lebih awal supaya umi dan ayah tidak tahu. Tapi dia langsung tidak kesah badannya sakit. Dia tidak kesah tidur di kerusi sekiranya itu boleh membuatkan Aish senang hati.

Aish dari tadi hanya mendiamkan diri. Zharil mencuri pandang Aish yang hanya memandang ke luar tingkap. Zharil memanjangkan tangannya lalu menggenggam erat tangan Aish. Lantas Aish menepis tangannya dengan pantas.

"Tangan tu jangan nak merayap boleh tak? Drive aje lah." Marah Aish dengan nada suara yang mendatar. Dia benci tangan yang pernah mengangkat perempuan lain itu.

"Patut lah perempuan tu suka, sebab tangan gatal sangat." Perlahan sahaja suaranya seperti berbisik.

"Huh? Sayang ada cakap sesuatu ka tadi?" Soal Zharil seakan terdengar Aish berkata sesuatu.

"Tak." Sepatah sahaja yang keluar dari mulut Aish. Dia tidak mahu bercakap banyak takut terasa pulak lelaki itu dengan kata-katanya. Maklumlah, mulutnya kan pedas. Lantas telefon yang berada di dalam beg tangan, diambil. Message yang dihantar Zahra kemarin petang ditekan. Baru sekarang dapat dia membuka message itu disebabkan terlalu penat.

"Huh?! Seriously?" Terkejut dia melihat mesej yang dihantar Zahra.

Zharil yang berada disebelah tahu apa yang Aish terkejutkan sangat. Dia menoleh ke arah Aish. "It's true sayang." Katanya dengan senyuman.

Dia juga pada awalnya tidak percaya apabila Fariz memberitahunya tentang majlis nikah Zahra dan sahabat baiknya yang satu itu. Fariz seorang playboy jatuh hati dengan wanita biasa saja? Sangat mustahil bagi mereka. Fariz langsung tidak pernah membuka cerita soal dirinya dan Zahra apabila mereka bersua muka.

Dr. Zharil DarrizDonde viven las historias. Descúbrelo ahora