Special Chapter 2

7.8K 266 10
                                    


Aish menyerahkan patung kecil kepada Adelia yang berada dalam pelukan Zahra. Cepat sungguh masa berlalu. Seperti baru semalam dia melahirkan Adelia. Ramai yang berkata wajah Adelia lebih mirip dengannya berbanding Zharil.

Namun bagi dia dan Zharil, itu bukanlah sebuah masalah kepada mereka. Yang penting, anak itu darah daging mereka sendiri. Aish mengelap air liur yang keluar dari hujung bibir Adelia. Bibirnya mengukir senyuman tatkala melihat senyuman Adelia.

"Kau tak bagitahu aku pun yang Fariz ikut sekali." Suara Aish memecah kesunyian. Terkejut juga dia tadi bila Zharil memberitahunya.

Zahra mengangkat pandangan memandang Aish yang masih bermain dengan Adelia. "Aku tak rancang pun lah. Dia yang tiba-tiba nak ikut aku sekali bila aku cakap kau dengan Dr. Zharil ikut sekali." Dia juga terkejut bila Fariz tiba-tiba mahu mengikut dirinya bercuti.

Tapi, apa salahnya. Bagus juga kalau Fariz mengikutnya sekali. Tidak lah dia sakit dari rindu nanti. Haih, entah mengapa sejak berkahwin ini dia merasakan dirinya yang manja mulai menonjolkan diri.

Kepala, Aish angguk faham. Bagus juga lah Fariz ikut. Boleh lah dia menemani Zahra. Meja bulat yang diduduki mereka kini semakin ramai yang duduk. Dengar cerita, malam ini mereka akan bermain permainan tetapi tidak tahu apa.

"Semua dah ada? Saya ambil kehadiran dulu ya." Kertas kehadiran dan pen hitam dikeluarkan oleh Zaki. Salah seorang pelajar yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan semuanya bersama ajk yang lain sepanjang 2 malam ini.

Nama seorang demi seorang disebut dan disahut oleh empunya nama. Zharil dan Fariz yang baru tiba terus mengambil tempat duduk yang masih kosong. Mereka duduk bersebelahan bersama para pensyarah yang lain.

"Untuk makluman semua, malam ini kita akan bermain treasure hunt." Walaupun permainan mereka tidak mempunyai hadiah, mereka langsung tidak kisah. Kerana tujuan utama mereka adalah berseronok.

Begitu panjang lebar Zaki menerangkan peraturan-peraturan permainan pertama. Singkatnya, akan ada watak seorang polis, seorang pembunuh dan seorang doktor. Dan semestinya, mereka perlu menyelesaikan masalah dengan mencari tahu siapa pembunuh, polis dan doktor itu.

Watak-watak itu akan diambil oleh 5 orang, dan orang itu ialah pensyarah termasuk Fariz. Mereka perlu mencari 5 orang itu untuk mendapatkan kertas yang mempunyai maklumat mengenai 3 watak tadi.

"Okay, 3 minit lagi kita akan mula. Kita bagi masa untuk 5 orang tadi mengambil tempat masing-masing."

Aish memasukkan Adelia ke dalam baby carrier sebelum mereka mula bermain. Dan dalam sekelip mata, permainan dimulakan. Masing-masing kumpulan menuju ke tempat mereka berpandukan kertas pertama yang mereka dapat.

"Kat kafe. Kalau kafe, kat depan tadi." Kata seorang ahli kumpulan Aish yang memegang kertas itu.

Mereka menapak ke ruangan kafe. Terlihat madam Ain sedang berdiri di hujung pintu keluar. Lantas, mereka melangkah besar mendekati madam Ain. Satu kertas diserahkan kepada mereka lalu diambil Laila.

"Burung pipit terbang melanggar awan,
Hinggap di pokok di tepi sawah,
Siapa berani melawan atasan,
Saya hanya menurut perintah."

Next, kolam renang.

Ya, itu lah yang tertulis di dalam kertas itu. Dan pantun itu lah yang menggambarkan watak madam Ain.

Tidak mengambil masa yang lama, mereka meneruskan pencarian mereka ke lokasi yang seterusnya. Fariz yang sedang duduk di atas kerusi kayu di sebelah kolam renang itu didekati mereka. Sekali lagi, kertas diberi kepada mereka.

"Tiba masa bertumbuh lalang,
Segera cegah sampai berhenti,
Mencari pelaku bukan lah senang,
Andai tiada tuan disini."

Next, bilik karaoke

Dr. Zharil DarrizWhere stories live. Discover now