Special Chapter 1

9.6K 289 8
                                    

Salam, semua!! Maaf sebab biar semua tertunggu-tunggu. Btw, happy reading ^o^




       Sinaran cahaya yang dipancar dari arah atas menutupi pandangan mata. Peluh yang mengalir dari kepala dibiar jatuh ke wajah. Mata dipejam rapat. “Sikit lagi puan. Push! Tarik nafas, push!” Arah doktor itu. Dia cuba memaksa tubuhnya namun, tenaganya semakin berkurang.

Zharil yang berdiri disebelah mengelus lembut kepala Aish sambil istighfar dan selawat di telinga isterinya. Tangannya yang sedang mengganggam tangan Aish, digenggam kuat. Sayu hatinya melihat Aish berkeadaan seperti itu.

Begitu kuat makhluk bernama wanita ini menampung anak selama 9 bulan sehingga bertarung nyawa mahu melahirkan anak mereka. Sungguh, tidak akan dia memandang rendah kepada kaum hawa.

“Bertahan sayang.. Sikit je lagi. Shushh.. tarik nafas sayang.” Ujarnya. Dapat dia rasakan semakin kuat genggaman tangan Aish. Apalah sangat mahu dibandingkan dengan sakit isterinya yang sedang bertarung itu.

“Sakit, abang..” Kata Aish sambil kepala digelengnya perlahan. Dapat dia tangkap getaran dalam suara isterinya. Zharil mengangguk faham. Air mata yang keluar dari tubir mata Aish, dikesatnya lembut.

“Sikit lagi puan, sekali push lagi. Tarik nafas dalam-dalam, push!” Arah doktor itu sekali lagi.

“ErrArggh!” Bersama suara teriaknya, suara tangisan bayi juga kedengaran. Perasaan syukur dan lega mula terasa di dalam hatinya. Jujur, mendengarkan suara tangisan bayi itu cukup membawa ketenangan di dalam hatinya

Zharil menghela nafas lega tika mendengar suara anak gadisnya. Dia kemudian menyatukan dahinya dengan dahi Aish sebelum dia menghadiahkan sebuah ciuman yang lama pada dahi bidadarinya. “Terima kasih sayang.” Ucapnya.

Entah bagaimana lagi dia mahu mengungkap rasa terharu dan berterima kasihnya. Teruja rasanya, buat kali pertamanya dia menjadi seorang ayah kepada bidadari kecilnya. Adelia Rose binti Zharil Darriz.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wajah Aish yang sedang dibuai mimpi itu direnung Zharil sambil tangan tidak berhenti mengelus kepala Aish. Tanpa sedar, bibirnya mengukir senyuman bahagia. Tidak lama itu, pintu wad diketuk lalu dibuka. Terlihat seorang jururawat wanita masuk sambil menggendong bayi perempuan.

Sejurus jururawat itu mendekat, dia terus berdiri dari duduknya tanpa membangunkan Aish. Tangan sudah bersedia untuk memindahkan anak perempuan ke dalam pangkuannya.

“Doktor Salbian minta saya sampaikan ucapan tahniahnya kepada tuan dan puan.” Kata jururawat itu sebaik sahaja menyerahkan anak itu kepadanya.

Kepala, Zharil angguk. “Terima kasih nurse. Sampaikan ucapan terima kasih saya dan isteri juga.” Balas Zharil. Dia bersyukur kepada ilahi kerana telah mempermudahkan segala urusan isterinya melahirkan hari ini. Dia berterima kasih juga dengan doktor Salbiah yang cukup bersabar dengannya dan isteri.

“Baik, tuan.” Ujar jururawat itu lagi sebelum dia pergi meninggalkan wad Aish.

Wajah kecil bayi perempuan itu dipandangnya dengan penuh bermakna. Senyuman yang dari tadi terukir pada bibirnya benar-benar tulus. Dia berasa seolah ingin mengalirkan air mata kegembiraan apabila melihat wajah secomel ini.

Tanpa membuang masanya, dia mendekatkan bibirnya pada telinga kanan Adelia sebelum dia melaungkan azan pada telinga kecil itu. Kemudian, beralih ke telinga kiri untuk dia iqamat. Lantas, dahi kecil itu menjadi tempat dia mendaratkan bibirnya buat kali pertamanya.

“Assalammualaikum little pie papa mama. Nama awak Adelia Rose tau. Tapi awak tetap little pie papa. Selamat datang ke dunia, sayang papa. Jadi anak solehah tau.” Sekali lagi, dia menghadiahkan sebuah ciuman pada dahi anaknya.

Dr. Zharil DarrizWhere stories live. Discover now