C11

13K 499 14
                                    


        Aish meletakkan tangannya pada dada bidang Zharil untuk menahannya. Boleh meletup jantungnya kerana degupan jantung yang laju. Tak pasal-pasal dia mati di tangan Zharil malam ini. Gila kah Zharil? Mengapa Zharil berkelakuan pelik sejak akhir-akhir ini?

"Dr nak apa?" Dia memandang Zharil dengan dahi berkerut.

Dapat Zharil menangkap getaran dalam suara Aish. Dia mendekatkan lagi wajahnya pada wajah Aish. Matanya memandang Aish atas bawah dengan senyuman sinisnya. Tangan dinaikkan mengelus lembut pipi Aish. Suka dia melihat wajah ketakutan Aish.

"What? Don't you like this?" Jawabnya dengan mata yang menikam anak mata Aish.

Aish menolak Zharil menjauhinya namun tangannya ditangkap Zharil dan digenggam kemas. Aish memandang Zharil dengan wajah yang takut. Zharil meletakkan tangan Aish di atas kepala Aish dan menahannya. Dia mendekatkan wajahnya perlahan-lahan ke wajah Aish.

Aish menutup matanya dengan perasaan yang takut. Mutiara yang cantik jatuh dari tubir matanya.  Kedengaran esakan halus yang keluar dari mulut Aish. Dia benar-benar takut dengan kelakuan Zharil ketika ini.

"To- long..tolong berhenti..sa- saya tak nak.. please i'm begging you.." Dengan mata yang bertutup rapat, Aish berkata kepada Zharil.

Zharil yang tadinya mahu mengusik Aish terus terhenti dengan perbuatannya apabila melihat wajah Aish yang dihiasi dengan mutiara. Salah usik kah dia? Dia semakin bingung dengan Aish. Mengapa dia perlu memohon dengan air mata? Mungkin banyak lagi perkara yang dia tidak tahu mengenai isterinya. Dia perlu mencari tahu semua tentang Aish.

Dia kemudian bangun dan menarik Aish ke dalam dakapannya kemas. Tangan kanan diletakkan pada belakang badam Aish dan tangan kirinya pula mengusap lembut belakang kepala Aish untuk menenangkannya. Pelukannya tidak dibalas Aish.

"Shush.. Okay, i stop. Shush..don't cry little girl." Suara lembut Zharil menyapa telinga Aish. Suara Zharil membuatkannya semakin lebih tenang.

Zharil melepaskan pelukannya. Dia memegang kedua pipi Aish dan mengangkat kepala Aish memandangnya.Mata memandang tepat ke anak mata Aish.

"What's wrong hmm?" Soalnya dengan wajah yang penuh kerisauan.

Soalannya dibiarkan tidak berbalas. Aish melepaskan pegangan Zharil dan hanya menundukkan kepalanya memandang lantai. Dia menggelengkan kepalanya perlahan kemudian membuka langkah melepasi Zharil ke arah pintu.

Hati Zharil sakit melihat Aish. Dia berasa sangat bersalah. Sebelum Aish memusingkan tombol pintu, Zharil sudah berada di belakang Aish. Dia memeluk Aish dari belakang dan meletakkan dagunya pada bahu kanan Aish.

Aish yang sedikit terkejut terus kaku. Dapat dia rasakan pelukan lembut Zharil dan deruan nafas Zharil pada pipi kanannya. Dia menunggu ayat yang akan keluar dari mulut Zharil.

"I'm sorry if i make you scared. But can you accompany me sleep here tonight?" Aish memandang Zharil dari hujung mata.

"I'm sorry. I'm scared that I can't accompany you tonight. Saya dah janji dengan Zahra nak tidur dengan dia malam ni. Selamat malam Dr." Zharil melepaskan pelukannya dan memandang Aish pergi meninggalkan chaletnya.

"Oh god! What have you done Zharil?! She's crying because of you!" Zharil mengusutkan rambutnya dan mengusap wajahnya kasar. Dia buntu. Fikirannya kosong.

~~~~~~~~~

      Dalam suasana malam yang tenang dengan tiupan angin yang segar, Aish berjalan seorang diri dengan hanya ditemani lampu yang malap. Kaki melangkah perlahan melayan perasaan yang kecewa. Peristiwa hitam yang ingin dikubur datang semula dalam ingatan. Dia berasa bersalah kerana tidak dapat menjalankan tugasnya sebagai seorang isteri kepada Zharil. Jijik? Takut? Dia juga berasa takut kerana peristiwa silamnya dan jijik dengan diri sendiri.

Dr. Zharil DarrizUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum