C8

12.7K 524 25
                                    


Mereka memasuki hutan itu dengan hanya berbekalkan lampu suluh, peta dan kompas. Mereka sudah berada di pertengahan jalan untuk tamat.

"Eh jap. Fiq tu bukan papan tanda ke?"

"Ha'ah. Tapi, dalam peta ni dia tunjuk lurus je kenapa papan tu tunjuk kiri?"

"Aku rasa, paku longgar tu. Tu yang angin tiup terus tergerak." Duga Aish

"I think so. Kita ikut peta je lah. Kalau ikutkan peta ni, kejap lagi kita sampai." Cadang Afiq.

Sementara, Zharil dan Marissa yang tidak jauh dengan Afiq dan Aish.

"Bie, tunggu lah kejap. I penat ni." Kata Marissa gedik.

"Woi pompuan. Boleh tak kau jalan cepat sikit? Lambat lah kau ni. And stop calling me that." Marah Zharil.

Marissa membuka jaketnya separuh dan menampakkan bahunya yang terdedah kerana dia hanya memakai singlet di dalam untuk menggoda Zharil.

"Apa kau nak buat ni? Kau pakai balik jaket kau. Kau tak payah nak tunjuk badan kau yang kotor tu dekat aku. Bukannya cantik mana pun badan kau. Lagi satu, kau tak payah lah nak catwalk sangat." katanya dengan wajah yang dingin.

"Halah you ni. I panas lah sebab tu I buka. Kita rehat dulu boleh tak?" Dia masih berusaha menggoda Zharil.

"Kau ni lambat lah." Zharil terus berlalu meninggalkan Marissa seorang diri dalam hutan. Marissa sudah hilang kata dengan perlakuan Zharil terhadapnya. Sungguh dia tidak sangka yang Zharil melayannya sebegini rupa. Marissa yang sudah ketakutan ditinggal sendiri terdengar suara lelaki dan perempuan dan terus memanggil mereka.

Afiq dan Aish yang sedang mencari jalan sambil bercerita terdengar suara perempuan yang memanggil mereka. Mereka terus mendekati perempuan yang sedang melambai itu.

"Miss. Miss okay tak ni? Mana Dr. Zharil?" Soal Afiq.

"Saya okay. Tadi saya terpisah dengan dia." Balas Marissa.

"Jom lah Miss, saya rasa tinggal kita je lagi kat sini." Aish bersuara.

"Okay let's go." Kata Marissa.

Sedang mereka bertiga berjalan mencari jalan keluar, Aish yang tekun melihat peta terjatuh apabila kakinya terlanggar akar kayu dalam gelap.

"Auww!"

"Aish, okay tak?" Soal Afiq risau.

"Okay-okay." Dia cuba untuk bangun tetapi terjatuh semula.

"Kau boleh jalan tak ni?" Soalnya lagi.

"Kaki aku terseliuh lah. Aku tak dapat nak gerak." Balas Aish.

"Meh naik belakang aku." Cadang Afiq

"Ish tak nak lah. Aku ni pompuan."

"Kalau macam tu, aku papah kau je lah."

"Hm.... Yelah." Katanya selepas berfikir sejenak.

~~~~~~~~~~~~

Mereka tiba di tempat berkumpul. Aish merasakan dirinya bagai direnung seseorang. Dia melihat Zharil yang sedang memandangnya tajam dengan dia masih dipapah Afiq. Dia terus menarik tangannya dari pegangan Afiq.

Zahra membantu Aish berjalan. Dia perasan akan muka Zharil sebab itu dia cepat-cepat mengambil Aish dari Afiq.

"Kaki kau kenapa?" Zahra memapah Aish.

"Aku terjatuh tadi. Terus kaki aku terseliuh tak boleh gerak sangat."

"Habis tu, macam mana Miss Marissa tu ada ngan korang?" Bisiknya

Dr. Zharil DarrizWhere stories live. Discover now