C9

12.1K 448 28
                                    


      Zharil yang ingin ke chalet ternampak Aish yang berjalan sendirian ke dalam semak. Dia mengekori Aish dalam diam untuk keselamatan Aish. Zharil berjalan mendekati Aish yang sedang melabuhkan punggung atas batu. Setiap kata yang dikeluarkan Aish didengar Zharil. Mata tidak lari dari sosok tubuh di hadapannya.

Aish duduk di tepi sungai sendirian. Sungai itu jarang didatangi orang disebabkan jauh dari tempat camping. Dia menikmati suasana yang tenang dengan bunyi air sungai yang mengalir tanpa ada sesiapa mengganggunya. Dia membuka kasut dan merendam kakinya di dalam sungai.

Senyuman pada bibir terukir.

"Huh, bestnya kalau dapat selalu macam ni. Tenang ja rasa tanpa ada orang yang menyakitkan hati." Dia bermain dengan air sungai dan menyusun batu sungai sementara menunggu aktiviti kedua bermula.

"Lamanya aku tak main kat sungai ni. Semuanya disebabkan laki tak guna tu. Huh, sabar hati. Ni semua masih awal." Katanya lagi masih tidak perasan akan kehadiran Zharil. Kepala digelengkan.

"Which guy?" Zharil bergerak melabuhkan punggungnya pada batu sebelah Aish.

"Sejak bila Dr kat sini?" Aish memandang Zharil.

Dia turut merendamkan kakinya dan membalas pandangan Aish.

"Kalau kau nak orang hormat kau, kau kena hormat orang."

"Tapi Dr tak jawab lagi soalan saya."

"Easy little girl, kau jawab soalan aku, aku jawab soalan kau." Aish hanya diam tidak menjawab soalan Zharil kerana tidak mahu membuka luka lama. "Kau memang tak boleh lupakan laki tu ke? Kenapa kau kena ingat laki lain sedangkan kau dah ada suami?"

Zharil memandang serius Aish apabila tiada balasan dari Aish. "Kau dengar ke tak?" Soalnya bengang.

Aish menyandarkan badannya ke belakang dengan tangan sebagai tongkat (korang tau kan maksud aku?). Dia hanya memandang air sungai yang mengalir. "Dengarlah."

"Respect me as your husband. I've told you that everytime aku bercakap, pandang aku." Zharil menarik dagu Aish memandangnya. Diam. Zharil terleka apabila memandang wajah cantik Aish. Tanpa sedar dia mendekatkan wajahnya pada wajah Aish. Dekat, dekat, and...

Splash!

"Aish!" Jerit Zharil.

"Dr! To- long! Huk." Aish yang tidak pandai berenang sudah tenggelam di dalam sungai yang dalam.

"Aish!" Tanpa membuka baju, Zharil terus melompat masuk ke dalam sungai. Dia mendapatkan Aish yang sudah pucat dan tidak sedarkan diri. Dia membawa Aish ke tempat yang rata dan melakukan CPR.

"Aish, wake up! Wake up Aish!" Dia mencuba semampu yang dia boleh untuk menyedarkan Aish. Pipi Aish ditampar perlahan.

"Uhuk! Uhuk!" Terkeluar semua air sungai yang masuk ke dalam mulutnya. Zharil terus mendakap badan kecil Aish dan menggosok kepala Aish yang dibaluti tudung bawal.

"Zharil! Apa you buat ni? She is your student!" Marissa yang dari tadi diam, bersuara.

Zharil memandang tajam ke arah Marissa yang berdiri dengan wajah tidak bersalah. "Aku yang sepatutnya tanya kau! What's wrong with your head sampai kau tolak dia?! Apa masalah kau sebenarnya?!" Terlihat urat leher Zharil terkeluar dan mukanya yang merah.

"Because she's your student and she tried to seduce you! Don't you know that she want to kiss you?" Terangnya.

"And you! You tu student, bukan isteri dia! Kenapa gatal sangat nak cium your own pensyarah?! You tak malu ke? Terdesak sangat ke you ni sampai suami orang you nak kebas?! Ke you ni pelacur sampai you lupa yang kat depan you ni pensyarah and bukan pelanggan you?!" Kini dia menyalahi Aish. Aish yang masih berada dalam dakapan Zharil menolak Zharil jauh dan memandang Marissa lemah.

Dr. Zharil DarrizΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα