C14

11.6K 405 15
                                    


Aish masuk ke dalam bilik pejabat dan duduk di kerusi tanpa pelawaan Zharil. Habis sahaja kelasnya hari ini, dia terus bergegas ke pejabat pensyarah untuk berjumpa dengan Zharil sebelum Zharil pulang ke rumah. Dia sudah berjanji mahu keluar bersama Zahra petang ini tetapi dia belum memberitahu Zharil.

Dia melihat Zharil yang sudah duduk bersandar pada kerusi kulitnya itu. Wajah tenang Zharil Aish pandang.

"Yes Aish, what can i help you? Apa yang awak tak faham pasal subjek saya?" Zharil menyoal sebagai seorang pensyarah bukan sebagai seorang suami memandangkan mereka masih berada di universiti. Riak tenang dia pamerkan.

"Saya datang sini sebagai isteri dan bukan sebagai student Dr." Kata Aish dengan serius. Zharil hanya memandang Aish tenang lantas mengangguk kepalanya perlahan memberi Aish peluang bercakap.

"Boleh tak saya nak keluar petang ni?" Soalnya sebaik sahaja Zharil mengangguk.

"What for?"

"Keluar makan."

"With who?"

"Zahra."

"Just her?"

"Erm..yes"

"Balik jam berapa?"

"Sebelum jam 7."

Singkat dan padat soalan yang Zharil berikan. Aish juga menjawab dengan sangat ringkas, tidak mahu berpanjang lebar bermain soal jawab dengan lelaki yang terlebih bijak di hadapannya ini. Aish melihat sahaja tingkah Zharil yang sedang berfikir itu.

"So, boleh ke tak?" Hampir 5 minit dia menunggu jawapan dari Zharil namun satu bunyi pun tidak keluar dari mulut Zharil. Lantas dia menyoal Zharil semula.

"Hmm." Pelan sahaja Aish terdengar suara Zharil.

Selepas dia mendapat keizinan Zharil, pintu bilik pejabat Zharil menjadi sasarannya namun langkahnya terhenti tika suara Zharil menyapa telinganya.

"Petang ni aku keluar. Jangan balik lewat."

~~~~~~~~~~~

"Hello Ril, kau dah sampai ke?"

"Not yet. Aku masih kat pejabat. Asal? Kau dah sampai ke Luk?"

"Good. Ambil aku kat pejabat aku."

"Kenapa pulak? Kereta kau mana?"

"Kereta aku kat bengkel."

"Driver kau?"

"Ada je..tapi aku tak nak lah driver aku ikut aku. Tak best lah."

"Hmmm ye lah. Nanti aku suruh Danish ambil kau."

"Thanks bro."

~~~~~~~~~~~

Restaurant

"Hai. Korang dah lama sampai ke?" Soal Aish sebaik dia dan Zahra masuk ke dalam private room itu. Aish dan Zahra sempat menyinggah ke mall untuk membeli barang keperluan mereka sebelum berjumpa dengan Afiq dan Zikri.

"Tak lah. Kitorang pun baru je sampai. Kita order dulu lah lepastu, kita main game ngan karaoke." Zikri memberi cadangan sambil kening diangkat berkali-kali kepada Zahra dan Aish. Sengaja dia menambah aktiviti karaoke kerana dia tahu Aish dan Afiq mempunyai suara yang merdu, jadi tidak salahkan kalau dia mahu mereka berdua menyanyi duet sekali lagi.

Selesai memesan makanan, mereka menggunakan masa menunggu itu untuk berbual tentang internship dan sebagainya.

"Lepas ni, korang plan nak buat apa?" Soal Zahra kepada Afiq dan Zikri.

Dr. Zharil DarrizWhere stories live. Discover now